Search This Blog

Wednesday, October 17, 2012

NGO lapor polis kes RM40 juta Umno Sabah

Jamilah Kamarudin


Wakil Jingga 13, Afzainizam Abdul Rahman berkata, pihaknya percaya keputusan siasatan skandal tersebut hanya untuk menyelamatkan Musa Aman.


PETALING JAYA: Jingga 13 hari ini membuat laporan polis terhadap dakwaan ‘derma politik’ RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan tauke kayu balak, Michael Chia.

Laporan itu dibuat badan bukan kerajaan (NGO) terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur petang tadi.

Wakil Jingga 13, Afzainizam Abdul Rahman dalam laporannya berkata, pihaknya percaya keputusan siasatan skandal tersebut hanya untuk menyelamatkan Musa Aman yang dikatakan mempunyai kaitan dengan lesen pembalakan Sabah sehingga mampu membawa pulangan lumayan.

Beliau turut melaporkan, skandal ini turut melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila enggan mendedahkan individu yang menjadi penyumbang dana terbabit.

“Jingga 13 juga mendapati bahawa Najib selaku Presiden Umno dan Menteri Kewangan turut mengetahui bahawa wujudnya skandal penyeludupan wang RM40 juta tersebut.

Wang haram

“Selaku Menteri Kewangan, Najib sepatutnya cukup prihatin bahawa tindakan menyeludup wang haram serta sumbangan kepada parti politik daripada sumber wang haram tersebut adalah merupakan satu jenayah.

“Tindakan Najib yang enggan mendedahkan siapakah penyumbang kepada wang haram sebanyak RM40 juta kepada Umno Sabah ini jelas membuktikan keterlibatan beliau di dalam skandal tersebut bersama-sama dengan Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan juga hartawan balak Micheal Chia. Malahan Umno Sabah turut sama mempertahankan tindakan jenayah tersebut .

“Jingga 13 mendapati bahawa telah wujud kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib yang turut sama bersekongkol dengan Musa, Micheal Chia dan Umno Sabah dalam aktiviti penyeludupan sejumlah wang haram yang cukup besar .

“Justeru itu kami meminta agar satu siasatan secara terperinci dibuat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Jenayah Komersial dan menyiasat isu tersebut tanpa prejudis dan pilih kasih agar tindakan undang-undang dan pendakwaan dapat dikenakan ke atas para penjenayah tersebut,” katanya dalam laporan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, berdasarkan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada elemen rasuah dapat dibuktikan.

“Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri,” katanya dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen Khamis minggu lalu.

Nazri juga berkata, berdasarkan keputusan kertas siasatan SPRM, badan pencegahan rasuah Hong Kong ICAC juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan lanjut.

Malah menurut Nazri, permohonan kerjasama ICAC untuk menyiasat perkara jenayah berhubung akaun bank di Switzerland juga ditarik balik atas alasan sama.

Michael Chia ditahan pada 14 Ogos 2008 di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong apabila wang berjumlah RM40 juta (dalam matawang Singapura) ditemui dalam bagasinya ketika mahu menaiki pesawat yang menghala ke Kuala Lumpur.

94 comments:

  1. haya....lama suda ni wei...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada idea sudah dorang ni. terdesak sudah guna isu lama sampai recycle banyak kali.

      Delete
    2. Cerita kitar semula, isu lama jadi isu 'baru', susah nak cari berita ba ni....

      Delete
    3. Mana ada begitu banyak cerita untuk dilapor, kan politik Sabah steady je.

      Delete
    4. Mengapa kebelakang ni banyak sangat cerita politik ya, baca sampai pening kepala.

      Delete
    5. Pilihan raya kan dekat sudah, mesti dalam 6 bulan ni, hangatlah dunia politik Malaysia.

      Delete
    6. Apa yang nampak, CM Sabah asyik2 kena rosak nama, pembangkang punya kerja, mungkin XD..

      Delete
    7. Oh my....they are following SAPP's lead on this: for cheap publicity i suppose. This is a good example of THE BLIND LEADING THE BLIND, A FOOL HARDY DOMINO'S EFFECT

      Delete
    8. Buatlah laporan..Rasanya tidak akan ada apa-apa pun yang penting sekali SPRM sedang membuat siasatan berhubung perkara ini.

      Delete
    9. makin pembangkang mahu tunjuk HERO, makin nampak kebodohan mereka.. benda yang sudah selesai dan sudah dibuktikan melalui siasatan terperinci, mereka masih tidak puas hati.. tapi bila pemimpin2 mereka naik Jet, beli bas mewah, beli treler dan rumah rm7 juta, bukan main lagi mereka puji..

      Delete
    10. Kalau tidak suka pun dengan Datuk Musa tidak perlulah membuat fitnah yang bukan-bukan.

      Delete
    11. Betul..Memfitnah dosa besar tahu tak. Kalau tidak percaya cuba tanya dengan Tok Guru, Nik Aziz.

      Delete
    12. Selagi tidak ada bukti yang kukuh maka rasanya tidak ada guna juga Pembangkang asyik bercakap mengenai perkara ini.

      Delete
    13. SPRM tahu apa yang mereka lakukan. Mereka sendiri ada prosuder yang perlu diikut. Jadi terima seadanya dengan laporan yang dibuat oleh SPRM ini.

      Delete
    14. Memang kes ini sudah lama diperkatakan tapi menjadi masalah sebenarnya pembangkang cuma bercakap kosong saja dengan isu ini. Jadi tidak ada bukti maka tidak bersalah ceritanya.

      Delete
    15. pembangkang nak jg perbesarkan isu ini. benda dah selesai pn. minta puji betul.

      Delete
    16. Well oh well, they thought they are making the proud choice of calling the police on this. In fact, it only caused congestion in the police station.

      Delete
    17. sia pa ni jingga 13 ni? keluaran buku jingga PR kah?

      Delete
    18. ni kes sudah selesai...tiada elemen rasuah dibuktikan melibatkan KM sabah...tidak payahlah cari publisiti murah...jingga 13 ni jangan2 agen pembangkang atau pihak2 lain yang terdesak..

      Delete
    19. Jingga 13 konon, mampus la!

      Delete
    20. I was wondering there are so many so called NGOs are fooling around in Sabah. For what reasons?

      Delete
    21. Perkara sudah selesai..buat apa mau siasat lagi...buang masa betul.

      Delete
  2. pembangkang tidak sudah2 dengan kes ini. perlukah lapor pada polis d stiap negeri? siapa yg polis berikan laporan ini kalu bukan lebih kpd SPRM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka buat report di balai polis mungkin nak tunjuk2 muka, kononlah membantu rakyat..

      Delete
    2. macam mana sekalipun mereka buat laporan polis, hasilnya tetap sama.. siasatan oleh sprm dan badan pencegah rasuah paling telus di asia telah membuktikan bahawa musa aman tidak terlibat.. tindakan JingGAY 13 ni sekadar untuk menarik perhatian rakyat supaya dana asing Pakatan dapat disembunyikan..

      Delete
    3. Apalah diorang dapat selepas buat laporan polis? Yang pasti SPRM juga kena beri nanti. Yang pasti SPRM sudah ada rekod untuk kes ini.

      Delete
    4. Biarkan SPRM membuat siasatan yang berkaitan dengan kes ini. Tapi berita yang gembira mengenai Datuk Musa bersih daripada kes ini.

      Delete
    5. nak tunjuk baiklah tu.. kenapa tak lapor polis pasal skandal2 pemimpin pembangkang.

      Delete
    6. Akhirnya Datuk Musa terlepas daripada tuduhan tersebut yang mengaitkan dengan kes Micheal Chia.

      Delete
    7. Sebaiknya terima apa yang telah dilaporkan oleh SPRM mengenai kes siasatan yang berkaitan dengan Micheal chia ini.

      Delete
    8. Nak terkenal bukan cara macam ni, pembangkang ni memang tak suka nak aman la.

      Delete
    9. memang beginilah sikap sesetengah orang yang sentiasa dahaga akan publisiti murah...isu sudah selesai...ICAC juga sudah selesai buat siasatan dan keputusan siasatan juga sama...

      Delete
    10. Datuk Musa banyak perkara mau buat lagi, tidak perlu layan isu sebegini.

      Delete
  3. Oppositions more and more aggressive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agresif membangkang dan mengkritik ada lah..

      Delete
    2. Agresif kerana nak sangat membantah sebarangan, kan bagus2 negeri Sabah sekarang..

      Delete
    3. Bins more & more lies,hiding behind their pangkats;corruptions,ada lagi perkara lain ke!

      Delete
    4. bukan aggresif dalam memperjuangkan nasib rakyat, sebaliknya agresif dalam mendedahkan kebodohan mereka dan dalam masa yang sama agresif memperjuangkan Anwar yang sudah sekian lama bergelumang dengan dana SOROS..

      Delete
    5. Beginilah bila sudah ketandusan isu. Pembangkang sekarang ini tidak duduk diam dengan memberikan pelbagai isu yang tidak ada kebenaran.

      Delete
    6. Kita dapat rasakan sekarang ini yang mana dekat-dekat PRU13 ini baru banyak isu dibangkitkan. Tapi sebelum ini macam sunyi sepi saja.

      Delete
    7. Beginikah bila orang terdesak? Sampai isu pun diulang-ulang.

      Delete
    8. Jadi biarkan saja pembangkang dengan diri mereka. Yang pasti kerajaan BN akan terus memberikan yang terbaik untuk penduduk Sabah ini.

      Delete
    9. agresif sebab sudah terdesak sangat...tuduhan2 liar dan tidak berasas selama ini yang dilemparkan ke atas musa aman sudah dibuktikan tidak benar melalui siasatan SPRM dan ICAC...maka pembangkang tiada cara lain selain daripada mengitar semula isu sebab tiada sudah masa untuk mencipta satu lagi kebohongan baru untuk menjejaskan imej KM sabah disebabkan masa yang semakin suntuk sebelum menjelang pilihanraya 13...

      Delete
  4. SAPP lepas tu NGO pula..kenapa perlu lagi lapor pada pihak polis??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak nama dikenali ramai, satu tidak cukup, ramai2 baru happy,tiada kerja buat tu pembangkang. Kerja2 semua government yang buat, inilah perbezaannya.

      Delete
    2. sekadar menimbulkan persepsi dikalangan rakyat bahawa siasatan SPRM dan ICAC sebelum ini kononnya tidak telus..

      Delete
    3. Terbukti sudah,tuduhan SR tidak pernah wujud, siasatan ICAC dan Swiss bank barulah dibuburkan.

      Delete
    4. mereka buat laporan polis untuk mencemarkan kredibiliti SPRM dan ICAC dengan mengatakan bahawa siasatan adalah bias dan tidak telus...tujuan sebenarnya adalah untuk mengelirukan rakyat dan mencipta satu mindset yang kononnya badan pencegah rasuah tersebut 'berat sebelah'...ini lah pembangkang...sanggup buat apa saja untuk mencapai tujuan politik mereka..

      Delete
  5. NGO ni pun banyak terima dana dari negara luar. entah2 lebih dari separuh belanja mereka adalah hasil sumbangan dari luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan NGO mestilah minta dana dari mana2 pihak, tidak hairan juga, mesti mereka terima dana dari foreigners.

      Delete
    2. betul tu.. rakyat tidak herankah dengan kemewahan Pakatan rakyat yang baru mentadbir 4 buah negeri?? masa PRU12, mereka datang berkempen di Sabah dengan membawa tin milo untuk meminta sumbangan dari rakyat miskin.. dengan alasan untuk tabung parti.. tapi sekarang mereka boleh pula mereka naik Jet, beli rumah berjuta2, beli bas mewah dan treler khas untuk berkempen..

      Delete
    3. itulah tu...baca saja artikel di atas sudah tahu sebabnya adalah berdasarkan kepada motif politik...kan pru13 kini di ambang pintu...

      Delete
  6. Semuanya keluar bila pilihanraya sudah dekat. politik politik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas dengan politik yang sering fitnah kerajaan.

      Delete
    2. pendedahan Nazri Aziz membuktikan 3 perkara.. pertama, musa aman tidak bersalah.. kedua, rm40 juta itu adalah sumbangan politik iaitu sama dengan sumbangan Soros kepada Pakatan.. ketiga, membuktikan bahawa pembangkang selama ini menggunakan pembohongan dan fitnah untuk merampas kerajaan..

      Delete
    3. kutuk, hasut dan janji...3 komponen utama dalam usaha dan kempen pembangkang untuk mengelirukan rakyat dengan harapan rakyat akan menolak kerajaan pada pru13 nanti..

      Delete
  7. This NGO control by sapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP mahu sapu semua publisiti

      Delete
    2. SAPP controlled by pakatan.. and Pakatan controlled by Soros..

      Delete
    3. Pakatan Rakyat ingin meburukkan kerajaan supaya dapat memang GE,tapi mana ada begitu senang, satu negara memerlukkan pentadbiran yang bersistematik, bukannya cakap kosong boleh mengawal satu negara.

      Delete
    4. SAPP lagi byk gimik, nak tunjuk hero kunun.

      Delete
    5. Bukannya mereka boleh buat apa2,biar je..

      Delete
    6. SAPP tahu rakyat sabah sudah awal2 lagi menolak SAPP melalui pilihanraya kecil batu sapi..jadi, SAPP perlu mencari publsiti murah sebanyak mungkin untuk menunjukkan bahawa mereka adalah hero...sedangkan YTL pun sudah tidak laku, apa lagi dengan ahli2 SAPP lain...sudah terdesak apa pun mahu dibuatnya..

      Delete
  8. Buang masa saja semua tu. Lapor polis pun apa guna. MACC dan ICAC pun sudah buat siasatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah buang masa, kan laporan siasatan sudah diumum dari Nazri...

      Delete
    2. mereka mencari publisiti murahan...

      Delete
  9. bangangnya Afzainizam Abdul Rahman.. jadi macam mana pula dengan keputusan siasatan ICAC?.. takkan ICAC pun mahu menyelamatkan Musa Aman??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanggangan yang melampau bah...jangan2 dia kena bayar ni...

      Delete
  10. siasatan sudah selesai, apa lagi mahu buat laporan polis?? jika siasatan sprm dan icac membuktikan musa aman tidak bersalah, inikan pula siasatan polis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti polis tidak layan kes ni, tiada guna buat apa2 laporan, kan jawapan sudah ada....

      Delete
    2. laporan siasatan MACC dan juga ICAC menyatakan bahawa tiada elemen rasuah dibuktikan yang mana membabitkan KM sabah...

      Delete
  11. Pakatan guna dana asing, kenapa tidak buat laporan polis?? Pakatan jauh lebih teruk kerana bersekongkol dengan kuasa asing untuk menumbangkan negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakatan Rakyat Selangor korup Rm 1 billion, adakah mereka lapor polis?

      Delete
    2. Pakatan rakyat pun 2x5 corrupted.

      Delete
  12. Jingga 13 patut buat laporan polis terhadap Suaram dan Pakatan Rakyat kerana menggunakan dana asing untuk bermewah dan memusnahkan negara

    SUARAM kini tidak lagi dapat menafikan bahawa pertubuhan itu menerima dana dari NED dan OSI yang diterajui Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros yang mempunyai matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan berdaulat untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan mereka.Di masa yang sama juga Pakatan Rakyat (PR) pula tidak mampu menafikan bahawa begitu ramai pemimpin-pemimpin mereka yang menjadi peneraju SUARAM.

    Maka terbuktilah bahawa PR dan SUARAM adalah satu dan jika SUARAM menerima dana asing maka ia juga bermakna bahawa PR yang menerima dana asing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suaram dan PKR terima wang orang asing dengan cubaan runtuhkan kerajaam, khinat Malaysia.

      Delete
    2. maka adalah perlu bagi kita sebagai rakyat yang cintakan negara, menolak PR pada pilihanraya akan datang..

      Delete
  13. Jingga 13 patut buat laporan polis terhadap Suaram dan Pakatan Rakyat kerana menggunakan dana asing untuk bermewah dan memusnahkan negara

    Kononnya, dana asing perlu bagi membolehkan sesuatu pertubuhan bergerak bebas, tidak terikat dengan agenda tertentu serta berani membongkar kemungkaran kerajaan.

    Namun, PR tidak mampu menjelaskan apakah tujuan pihak asing menyumbang dana kepada mereka? (hari ini pula pakatan minta penjelasan berkenaan dengan rm40 juta - bengap)...

    Apakah agenda atau matlamat yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu PR dengan sumbangan dana yang begitu banyak saban tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka patut memberi penjelasan, government sudah beri jelasan CM Sabah tidak terlibat dengan apa2 element corruption, so bagaimana dengan penjelasan mereka?

      Delete
  14. Jingga 13 patut buat laporan polis terhadap Suaram dan Pakatan Rakyat kerana menggunakan dana asing untuk bermewah dan memusnahkan negara

    Tidak mungkin pihak asing tidak mengharapkan apa-apa balasan atau keuntungan atas sumbangan atau pelaburan yang dibuat.

    Sebenarnya, tidak sukar untuk membaca agenda asing puak Yahudi Zionis atau dewa kapitalis si George Soros.

    Agenda mereka ialah menguasai sumber dan ekonomi negara, melemahkan pegangan agama Islam di kalangan umat Islam serta menyebarkan cara hidup liberal serta fahaman plural yang bebas dan tiada batasan.

    ReplyDelete
  15. Jingga 13 patut buat laporan polis terhadap Suaram dan Pakatan Rakyat kerana menggunakan dana asing untuk bermewah dan memusnahkan negara

    Agenda mereka ini boleh dilihat dengan jelas dengan memerhati ke mana arah aliran wang yang disumbangkan mereka di seluruh dunia dan juga tulisan-tulisan di media-media yang ditaja mereka. Jelas sekali bahawa pihak inilah yang menjadi tunjang perjuangan LGBT selain dalang kejatuhan Mesir, Libya, Syria, Tunisia dan banyak lagi negara-negara lain.

    Seperti yang kita sedia maklum, keadaan di negara-negara yang berjaya dijatuhkan mereka bukannya semakin baik tetapi rakyat semakin menderita apabila ekonomi musnah dan terpaksa berhadapan dengan ancaman keganasan yang tiada kesudahan yang tercetus oleh kemarahan dan tidak puas hati di kalangan rakyat sendiri akibat penderitaan yang berterusan.

    ReplyDelete
  16. Jingga 13 patut buat laporan polis terhadap Suaram dan Pakatan Rakyat kerana menggunakan dana asing untuk bermewah dan memusnahkan negara

    Kes Altantuya/pembelian kapal selam dan skandal rasuah datuk musa aman telah dijawab oleh kerajaan dengan konsisten dan terperinci serta jawapan tersebut juga adalah selari dengan siasatan pihak yang berkenaan samada dalam mahupun luar negara.

    Yang tidak konsisten dan sentiasa berubah ialah kenyataan dan tuduhan Pakatan Rakyat, termasuk akuan bersumpah dan artikel berkenaannya yang ditulis oleh para penulis pro-PR. Akhirnya, penipuan mereka telah pun terdedah luas, dan motif serta dalangnya juga sudah terbongkar.

    ReplyDelete
  17. perkra dah selesai, nak buat laporan polis apa lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. polis pun pening kalau ini macam ooo..

      Delete
    2. Polis tidak akan peduli tu..

      Delete
    3. mereka sudah kalah dalam isu tersebut...tidak mahu akun kalah, mereka putar, pusing, kitar semula isu untuk terus mengelirukan rakyat...golongan sasaran adalah daripada golongan pengundi muda yang mana dilihat masih kurang pengalaman dan pengetahuan dan lebih2 lagi kebanyakkan pengundi muda akan mengundi buat pertama kali pada pru13...

      Delete
    4. they will go on bringing up this issue till election comes.

      Delete
  18. Tahun 1995, ketika Anwar Ibrahim menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR - sekarang SPRM) untuk tutup kes. Azmin Ali pada waktu itu merupakan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendedahan terbaru ini dibuat oleh bekas anggota BPR yang turut mempunyai pelbagai bukti tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, Shamsidar Taharin dan Azmin Ali. Ketua Pengarah BPR pada waktu itu didakwa telah mengarahkan agar kegiatan rasuah Azmin Ali ditutup secara tidak sah.

      Delete
    2. anwar menyeleweng kuasa yang diberikan kepadanya...tidak mustahil beliau akan melakukan perkara serupa jika diberikan peluang untuk menjadi PM..

      Delete
  19. Maka tidak hairanlah mengapa Anwar Ibrahim dan Azmin Ali bersungguh-sungguh mengatakan pemimpin UMNO buat duit, mengkayakan kroni, rasuah dan melakukan penyelewengan....

    Rupa-rupanya mereka yang terlibat sepenuhnya dengan rasuah sehinggakan siasatan BPR pun diarahkan ditutup.

    ReplyDelete
  20. Dunia politik yang penuhi dengan kabus....

    ReplyDelete
  21. musa aman selaku KM sabah telah melakukan tugas beliau kepada negeri dan rakyat sabah dengan cemerlang...ekonomi makin kukuh, negeri makin membangun...pelabur asing juga banyak masuk melabur di sabah disebabkan kestabilan ekonomi, politik dan sosial sejak musa aman menerajui pentadbiran kerajaan negeri..

    ReplyDelete
  22. sudah-sudahlah tue.

    ReplyDelete