Search This Blog

Monday, December 3, 2012

Masalah tanah dan tanah adat berleluasa di seluruh Sabah

KENINGAU - Masalah tanah dan tanah adat (NCR) begitu berleluasa diseluruh negeri Sabah. Kejadian rampasan tanah dan hak anak negeri terabai oleh kerajaan BN. Demikian juga masalah tanah berlaku di kawasan Mukim Dalit dan di Kg Rimbayan kawasan Sook.

Parti Maju Sabah (SAPP) telah menggubal polisi untuk menyelesaikan masalah tanah di Sabah. Tanah adat (NCR) dan tanah-tanah yang dahulunya dipohon oleh penduduk kampung dan telah diambil oleh orang lain atau syarikat akan dikaji semula dan akan dikembalikan kepada penduduk kampung termasuk geran komunial juga akan di kaji semula seterusnya akan dibahagi-bahagikan dalam bentuk geran NT kepada penduduk kampung. Demikian saranan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP semasa lawatan ke Kg. Dalit Station dan Kg. Rimbayan Sook.
Orang asing (PTI) dengan senang wenang mendapat kad pengenalan MyKad sudah sampai ke satu tahap yang membimbangkan. Projek IC dibawah pemerintahan Umno/BN menjadi masalah besar kepada rakyat Sabah, mereka jadi warga Negara dengan begitu mudah sekali yang diurus oleh Putrajaya. Hak dan keselamatan rakyat Sabah sudah terancam, masalah sosial, masalah jenayah dan rampasan hak dan peluang rakyat Sabah amat terasa disemua pelusuk negeri Sabah.

Untuk menyelesaikan masalah ini SAPP akan mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah (IC SABAH), untuk rakyat tulin Sabah. Orang Sarawak dan Semenanjung yang sudah jadi penduduk tetap di Sabah juga layak memohon. Cara ini sahajalah dapat membezakan orang asing yang ada MyKad dengan rakyat Sabah tulin yang ada Mykad dan Sabah IC.

Semua urusan kerajaan termasuk permohonan lesen perniagaan, biasiswa, permohonan kerja, kebajikan, permohonan tanah dan sebagainya perlu gunakan Sabah IC untuk mendapat kelulusan.

Dalam majlis Harapan Baru Sabah tersebut, Presiden SAPP telah Melancarkan Markas SAPP Mukim Dalit dan Sub Markas Kg. Rimbayan. Seramai 100 orang meyertai SAPP di Kg.Dalit dan seramai 120 orang meyertai SAPP di Kg.Rimbayan.

Turut hadir ialah Datuk Hj Md Noor Mansor, Timbalan Presiden Datuk Eric Majimbun, Hj.Amde Sidik, Naib Presiden Datuk Frankie Chong, Edward Dagul, Jimmy Jawatah, Japiril Suhaimin, AMT, Aloysius Danim, Abdul Malik, Kpt Joseph Lakai, Puan Irene Chan dan pemimpin-pemimpin CLC Sook.

35 comments:

  1. All the revenues from oil & gas, sucked dry by the Federal Gov't and so indirectly by UMNO/BN with little or nothing left for Sabah & Sarawak. Just compare: Scotland in Great Britain and Quebec in Canada had an open, honest & fair national referendum on cessation/separation. Any talk of independence and your ex Sabah CM Tun Faud Donald Stephens died in a crash. Sabah & Sarawak are a total tragedy, not even a proper trunk road! The natives lack electricity and drinking water while Criminals bought submarines and built twin towers costing multi-billions for kick-backs; all cronies live in palaces. Outrageous! BN's evil is earth-shaking. Finish them off in the coming election. !

    ReplyDelete
  2. RM33 million an hour! RM800million a day. Malaysia Chronicle: “For the first decade... Malaysia has lost a staggering RM1.08 trillion (US$338 billion = RM800million a day) in illicit outflows which is the fourth highest in the developing world…The Global Financial Integrity (GFI) reported in January that RM930 billion flowed out of Malaysia from 2000 to 2008.
    An economist at Morgan Stanley in Singapore said that the Malaysia might have lost as much as US$100 billion since the early 1980s to corruption (RM300 billion = 300,000 million). Najib & Dr MM, & UMNO cronies are some of the biggest criminals in modern times, they with all the UMNO and BN cronies have destroyed their own country with apartheid, lies, deception, cheating; with mis-mangement, thefts & plunder to the tune of hundreds of billion if RM$. They should be charged for treason and punished severely. I write as a neutral observer from NZ - rated as one of the world's most democratic & transparent countries.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan negeri tidak pernah mengetepikan tuntutan Hak Tanah Adat Negeri (NCR), malah sentiasa memberi keutamaan kepada isu yang melibatkan kepentingan masyarakat setempat itu.

    ReplyDelete
  4. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menegaskan, sebagai kerajaan yang prihatin, setiap tuntutan NCR akan dikaji dan diteliti sedalam mungkin bagi mengesahkan kesahihan tuntutan berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus juga mengkaji tuntutan rakyat, jangan membiarkan rakyat dalam kesusahan khas isu tanah yang tiada penyelesaian.

      Delete
  5. Setakat ini, sebanyak 615 kes tuntutan NCR telah didaftarkan yang mana sebanyak 207 kes tuntutan NCR telah diiktiraf, 70 kes ditolak dan sebanyak 338 kes lagi masih dalam siasatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kes2 seperti ni dapat diselesaikan dengan baik.

      Delete
  6. Kerajaan berjanji akan mempercepatkan proses siasatan terhadap 338 kes ini dengan menggunakan Unit Bergerak Anak Negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga unit baru ini benar dapat menanggani isu dengan berkesan. Jangan biarkan rakyat menjadi sasaran.

      Delete
    2. Semoga usaha ini dapat menanggani isu tanah dengan berkesan.

      Delete
  7. isu NCR yang melibatkan kepentingan masyarakat tidak harus dimanipulasi oleh mana-mana pihak sebaliknya proses itu perlu ditangani bersama secara baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan bangkitkan isu ni semata2 untuk kepentingan politik.

      Delete
  8. dalam usaha menangani masalah itu kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Perhutanan menghentikan serta-merta proses persempadanan baru kawasan hutan simpan bagi membolehkan siasatan dilaksanakan dengan lancar.

    ReplyDelete
  9. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kerajaan negeri juga telah mengambil inisiatif menukarkan rizab hutan kepada tanah kerajaan untuk memastikan lebih ramai orang asal mempunyai tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Strategi ini memerlukan masa untuk dikaji dan dilaksanakannya.

      Delete
  10. bagi melindungi dan memelihara pemilikan tanah NCR sebanyak lima lagi kaedah dilaksanakan termasuk pemilikan tanah melalui proses kelulusan permohonan tanah yang menyaksikan seluas 190,452 hektar tanah telah diberi hak milik.

    ReplyDelete
  11. kaedah kedua adalah dengan mewartakan tanah simpanan anak negeri yang menyaksikan seluas 53,190 hektar tanah diwartakan untuk kegunaan anak negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedua cara ini boleh dikaji supaya isu NCR ini dapat diuruskan dan yang penting memanfaatkan rakyat.

      Delete
  12. Kaedah seterusnya ialah dengan pemilikan tanah geran komunal, pemilikan tanah kepada agensi kerajaan untuk pembangunan ladang dan pemilikan ekuiti oleh anak negeri dalam pemilikan tanah pajakan pertanian melebihi 404 hektar.

    ReplyDelete
  13. SAPP boleh selesaikan la konon masalah tanah di Sabah ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan percaya kata2 yang tidak dilihat dengan tindakan.

      Delete
  14. Kerajaan ada cara mereka sendiri untuk tangani masalah ini. SAPP usah nak tunjuk pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP hanya mengambil kesempatan saja tu. Lepas berucap terus lepas tangan.

      Delete
    2. Itu hanya isu yang dibangkitkan untuk kepentingan politik mereka.

      Delete
  15. YTL banyak merepek dan mengarut

    ReplyDelete
  16. Adakah SAPP boleh dipercayai untuk membela nasib rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa saja yang SAPP sumbangkan masa jadi parti memerintah Sabah dulu?

      Delete
  17. Tanah adat (NCR) dan tanah-tanah yang dahulunya dipohon oleh penduduk kampung dan telah diambil oleh orang lain atau syarikat akan dikaji semula dan akan dikembalikan kepada penduduk kampung termasuk geran komunial juga akan di kaji semula seterusnya akan dibahagi-bahagikan dalam bentuk geran NT kepada penduduk kampung.

    At least the government take further step to identify and resolve the land matter.

    ReplyDelete
  18. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan harmoni antara Sabah dan kerajaan persekutuan selama ini telah membawa limpahan pembangunan ketara dan rahmat kepada negeri itu dan seluruh rakyatnya.

    ReplyDelete
  19. Sabah kini pesat membangun dengan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan di negeri itu termasuk pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), projek Kluster Perindustterian Kelapa Sawit (POIC), projek akuakultur di Semporna dan projek baja urea di Sipitang.

    ReplyDelete
  20. Projek besar lain kata Najib ialah projek Pusat Ternakan Bersepadu Keningau di Sook bernilai RM763 juta yang akan menjadikan Keningau sebagai pusat pengeluar terbesar di Malaysia.

    ReplyDelete
  21. Najib berkata Gagasan 1Malaysia berupaya membawa keharmonian bukan sahaja antara kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan tetapi juga antara semua rakyat berbilang kaum dan kepercayaan kerana 1Malaysia bukan sekadar toleransi tetapi lebih tinggi daripada itu ialah penerimaan perbezaan yang ada.

    ReplyDelete
  22. Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional akan terus berusaha memastikan limpahan rezeki yang diperolehi semua rakyat Malaysia hari ini akan terus melimpah untuk dinikmati rakyat dan keadaan itu akan dapat dikecapi jika rakyat dan kerajaan berada dalam ikatan yang harmonis.

    ReplyDelete
  23. Pertumbuhan ekonomi Sabah kekal teguh selain memiliki rizab yang kukuh.-Musa Aman

    ReplyDelete