LABUAN (terlalu banyak kegaglan) perlu dipulangkan.
Datuk Sri Panglima Yong Teck Lee |
Saya bersetuju 100 peratus dengan Ibrahim Kalali dalam ulasanya di ruangan forum DailyEkspress pada hari Ahad yang lalu yang mengatakan "Kembalikan Labuan ke Sabah adalah keputusan yang tepat". Selain sebab – sebab, yang semuanya munasabah, seperti yang dinyatakan oleh Ibrahim, saya ingin menambahkan perspektif saya kenapa akhirnya Labuan perlu dikembalikan kepada Sabah.
(1) Labuan secara semula jadi sesuai dengan struktur
sosio-ekonomi tanah besar Sabah;
(2) Labuan tidak berkongsi sebarang sosio-ekonomi dan sudah
tentu kerumitan politik dengan KL atau Putrajaya, dari mana Labuan tetap ditadbir
secara “kawalan jauh”;
(3) Labuan terlalu jauh (dari KL atau Putrajaya) dan terlalu
kecil untuk mempunyai sebarang kepentingan kepada mana-mana
Kementerian Wilayah Persekutuan dan "pegawai atasan" yang sudah pun terlalu
banyak difikirkan kerana banyak masalah yang sukar diselasaikan di KL, walaupun
dengan bajet berbillion ringgit setiap tahun;.
Kegagalan dan pengurusan Pelabuhan Labuan yang merosakkan ekonomi, dan tempoh kuarintin anak kapal yang terlalu
lama adalah contoh birokrat yang tidak sensitif dalam mengawal Labuan.
Penutupan Hotel Labuan dan sekarang Waterfront Hotel yang kini terbiar adalah dua
kegagalan pengurusan Labuan yang sangat ketara sebagai sebuah Wilayah
Persekutuan.
Memburukkan lagi keadaan, Labuan bahkan tidak dibenarkan
memperingati tarikh ulang tahunnya sebagai sebuah W.P (16 April) tetapi dicampurkan
sekali dengan tarikh memperingati
Wilayah persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari.
(4) Jambatan Labuan, satu lagi perkara yang tidak dapat dielakkan. Suatu hari nanti,
realiti ekonomi dan keadaan politik akan mencengkam kebakhilan kerajaan
Persekutuan untuk membina jambatan yang akan menghubungkan pulau Labuan dengan
tanah besar Sabah.
Dengan kembalinya Labuan sebagai sebahagian daripada zon
imigresen Sabah, tiada keperluan lagi kawalan imigresen di jambatan Labuan. Jambatan
ini akan menggabungkan lapangan terbang Labuan yang sangat besar sebagai
sebahagian daripada infrastruktur penerbangan Sabah.
Penumpang boleh keluar masuk Sabah menggunakan lapangan terbang Labuan dan Kota Kinabalu. Talian paip bekalan
air boleh dibina di sepanjang jambatan ini. Barangan dan perkhidmatan di Labuan
akan lebih mudah diakses ke pasaran yang jauh lebih besar dan harga barangan
pengguna juga akan turun.
(5) Pemulangan Labuan ke Sabah akhirnya akan menutup babak sedih
dalam sejarah Sabah. Ramai rakyat Sabah masih ingat penahanan arbitriri tanpa
perbicaraan terhadap beberapa orang Sabah yang didakwa menyebarkan risalah yang
menentang "federalisasi Labuan".
Itu adalah era drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri. Pada malam ambang penyerahan Labuan (pada 16 April 1984) di
Labuan, Pemimpin tertinggi kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan ketika itu
(termasuk Perdana Menteri) terbang ke Labuan. Petang itu, Kerajaan Perikatan BN
(Barisan Nasional) mengusir parti tempatan Usno (United Sabah National
Organisation) yang menentang penyerahan itu.
Setahun kemudian (22 April 1985) BN tewas teruk dalam pilihan raya Sabah. Rakyat biasa ditunjukkan “aksi Kekerasan" oleh tentera dan polis yang dilengkap dengan senjata tajam dalam latihan
anti-rusuhan di padang bandaran. Upacara penyerahan itu bukan sesuatu yang
menggembirakan rakyat biasa. Saya tahu kerana saya ada di sana.
Dalam tempoh beberapa hari, penerbangan balik saya ke Kota
Kinabalu adalah ke zon imigresen yang berbeza sudah, Pas masuk MAS dicop oleh
Imigresen Sabah, Labuan bukan lagi sebahagian dari Sabah.
Akhir sekali, bolehkah pemulangan Labuan ke Sabah dilakukan?
“Ya boleh”.
Jika perlu kelak, saya akan menggariskan proses politik dan
prosedur perlembagaan yang diperlukan untuk mengembalikan Labuan ke Sabah.
Saya ulangi apa yang pernah saya katakan pada tahun 1986 -
"Apa yang sudah berlaku boleh diperbetulkan". Saya mengambil contoh
isu pemulangan Carcosa Sri Negara. Carcosa, dibina pada tahun 1897, merupakan kediaman
pertama Pesurujaya Tinggi British di Malaya. Apabila Malaya Merdeka pada tahun
1957, kerajaan Malaya ketika itu telah memberikan Carcosa kepada British (yang akhirnya
dikembalikan kepada Malaysia pada tahun 1987).
Apabila Labuan dikembalikan ke Sabah, Labuan akan
mengekalkan kerusi MP tunggalnya. Saya juga berharap Labuan akan diberikan tiga
kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah sebagai pengiktirafan Labuan sebagai pemain
penting dalam Kerajaan Sabah.
Datuk Yong Teck Lee
Presiden SAPP, Peguam
No comments:
Post a Comment