Search This Blog

Friday, September 17, 2021

PEMUDA SAPP LIMBAHAU, BANTU PENDUDUK KINARUT


Pemuda SAPP Limbahau Bantu Penduduk Kinarut

 Papar, 18 September 2021

Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) memberikan bantuan berupa air mineral kepada penduduk di sekitar Kinarut yang terjejas bekalan air ekoran banjir lumpur melanda kebanyakan kawasan sekitar Kinarut Dan Penampang pada khamis lepas. 

Antara kampung yang menerima bekalan air tersebut ialah Kg  Kapalid, Kobuku dan Labak.

Nelson Marcelus Naib Ketua Pemuda SAPP yang mengetuai misi tersebut berkata, beliau disertai Oleh Pemuda SAPP Kawasan DUN Limbahau. 

FOTO: antara penerima Bantuan air.

Menurut beliau lagi, mereka akan Cuba membantu kawasan lain yang terjejas. Sambil menyifatkan banjir kali ini adalah antara yang terburuk menyebabkan kemudahan Dan kediaman dan harta benda penduduk mengalami kerosakan yang teruk. 

"Berbagai kebimbangan pada Kita apabila mengetahui penduduk mengalami masalah ketiadaan air bersih sebagai air minuman dan menyediakan  makanan", kata Nelson, yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi SAPP.

FOTO: kemudahan seperti Jambatan yang mengalami kerosakan teruk Dan tidak boleh dilalui kenderaan pada Masa sekarang.

Turut serta dalam aktiviti tersebut  Alfrencre wollin, Penolong Setiausaha Penganjur Pemuda Pusat, Edmund Stanis Laus Puyushi- Exco Pemuda,  Donel Alfon Albert dan Jackson Junas Jolimbun dari Belia Kg Nagapas dan Junior Ed Sham,  Belia Kg Papaga.

Foto: Nelson bergambar bersama Salah keluarga yang diberikan Bantuan.

Media Pemuda SAPP

No comments:

Post a Comment