Search This Blog

Showing posts with label Pemuda SAPP. Show all posts
Showing posts with label Pemuda SAPP. Show all posts

Friday, September 17, 2021

PEMUDA SAPP LIMBAHAU, BANTU PENDUDUK KINARUT


Pemuda SAPP Limbahau Bantu Penduduk Kinarut

 Papar, 18 September 2021

Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) memberikan bantuan berupa air mineral kepada penduduk di sekitar Kinarut yang terjejas bekalan air ekoran banjir lumpur melanda kebanyakan kawasan sekitar Kinarut Dan Penampang pada khamis lepas. 

Antara kampung yang menerima bekalan air tersebut ialah Kg  Kapalid, Kobuku dan Labak.

Nelson Marcelus Naib Ketua Pemuda SAPP yang mengetuai misi tersebut berkata, beliau disertai Oleh Pemuda SAPP Kawasan DUN Limbahau. 

FOTO: antara penerima Bantuan air.

Menurut beliau lagi, mereka akan Cuba membantu kawasan lain yang terjejas. Sambil menyifatkan banjir kali ini adalah antara yang terburuk menyebabkan kemudahan Dan kediaman dan harta benda penduduk mengalami kerosakan yang teruk. 

"Berbagai kebimbangan pada Kita apabila mengetahui penduduk mengalami masalah ketiadaan air bersih sebagai air minuman dan menyediakan  makanan", kata Nelson, yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi SAPP.

FOTO: kemudahan seperti Jambatan yang mengalami kerosakan teruk Dan tidak boleh dilalui kenderaan pada Masa sekarang.

Turut serta dalam aktiviti tersebut  Alfrencre wollin, Penolong Setiausaha Penganjur Pemuda Pusat, Edmund Stanis Laus Puyushi- Exco Pemuda,  Donel Alfon Albert dan Jackson Junas Jolimbun dari Belia Kg Nagapas dan Junior Ed Sham,  Belia Kg Papaga.

Foto: Nelson bergambar bersama Salah keluarga yang diberikan Bantuan.

Media Pemuda SAPP

Friday, March 19, 2021

Pemuda SAPP: Sabah IC juga harus dilaksanakan

Pemuda SAPP: Sabah IC juga harus dilaksanakan

Kota Kinabalu, 19 Mac 2021, Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) menyambut baik kenyataan YB Dato Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri yang mengumumkan penggunaan Mykad digital tahun ini untuk membasmi MyKad palsu di seluruh Malaysia.


Sementara itu, Ketua Pemuda SAPPnya Jamain Sarudin mengatakan MyKad palsu adalah masalah yang telah dihadapi oleh Sabah selama beberapa dekad, akibat Projek IC yang bermula pada zaman Mahathir sehingga negeri ini menghadapi masalah teruk MyKad yang meragukan dan diperoleh secara haram oleh pendatang tanpa izin.

Jamain mengatakan sekiranya pemerintah memperkenalkan Identiti Digital (ID) dan melaksanakan Inisiatif Identiti Digital Nasional (IDN), dikhuatiri ia tidak akan menyelesaikan masalah IC Projek di Sabah khususnya.

Dia menambah bahawa Sabah memerlukan mekanisme yang berbeza dan sudah tiba masanya untuk memperkenalkan Sabah IC untuk rakyat Sabah yang tulen, bukan sebagai pengganti MyKad tetapi sebagai jaminan identiti rakyat tempatan Sabah dilindungi, tanpa mengira bangsa dan agama. Sabah diketahui mempunyai penduduk asing yang terdiri daripada sebilangan besar pendatang tanpa izin (tidak berdokumen dan 'didokumentasikan') berjumlah ratusan ribu yang masih belum dapat diselesaikan hingga sekarang.

“Pada tahun 2012, Cadangan Sabah IC dibawa oleh SAPP untuk mengatasi masalah MyKad meragukan yang dimiliki oleh orang asing dan pendatang tanpa izin. Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin (RCI) melaporkan pengeluaran kad pengenalan secara meluas melalui cara yang meragukan (Projek IC) yang mengubah demografi Sabah secara keseluruhan.

"Pemegang MyKad yang meragukan ini terdapat dalam daftar pemilih Sabah yang seringkali disebut sebagai" pengundi hantu ".

Jamain, yang juga Timbalan Ketua Pemuda (3) Perikatan Nasional Malaysia, mendesak kerajaan negeri untuk juga melaksanakan Sabah lC, untuk memberikan pengiktirafan kepada warganegara Malaysia di Sabah. Katanya, Sabah IC mesti mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri seperti kelayakan ke institusi pengajian tinggi, memohon jawatan kerajaan, pemilikan lesen perniagaan atau  tanah anak negeri