Search This Blog

Friday, September 17, 2021

Sabah hargai komitmen Pusat urus MA63

Sabah hargai komitmen Pusat urus MA63

Hajiji ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), malam tadi. FOTO NSTP/MOHD ADAM ARININ
Hajiji ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), malam tadi. FOTO NSTP/MOHD ADAM ARININ

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menghargai komitmen kerajaan Pusat meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai antara teras utama dalam kerjasama dwi-partisan melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, Sabah menghargai komitmen Pusat itu dan berharap rundingan di antara Persekutuan, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak melalui platform Majlis Khas MA63 yang dirintis Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini disambung secepat mungkin.

"Banyak kemajuan awal mula dicapai. Kita berkeyakinan tinggi, di bawah kebijaksanaan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kita akan dapat bersama-sama membawa nilai dan makna lebih besar dalam hal berkaitan MA63.

"Berteraskan semangat 'Keluarga Malaysia' merentasi wilayah, Insya-Allah, kita berusaha memenuhi kontrak sosial antara wilayah yang disepakati pelopor awal tanah air di bawah MA63," katanya ketika berucap ucapan sempena Sambutan Hari Malaysia 2021, semalam.

Dalam pada itu, Hajiji turut berkata, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan beliau bersepakat untuk meletakkan kepentingan rakyat dan negeri Sabah sebagai keutamaan.

"Komitmen kita adalah untuk menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang dilancarkan pada 29 Mac lalu. Mandat rakyat perlu ditunaikan sehabis baik, apatah lagi ketika menghadapi kemelut kesihatan awam luar biasa yang memberi kesan kepada ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

"Setelah 58 tahun, kami berhasrat melihat rakyat dan negeri Sabah diberikan pengiktirafan lebih signifikan dalam membawa Malaysia melangkah ke hadapan, membina negara lebih makmur, aman, maju dan sentosa," katanya.

1 comment:

  1. BREAKING NEWS . . . Plight of Sabah S’wak in M’sia resolved soon!

    https://fernzthegreat.wordpress.com/2021/09/17/breaking-news-plight-of-sabah-swak-in-msia-resolved-soon/

    RCI on Malaysia Agreement 1963 Way Forward in Borneo Territories.

    ReplyDelete