Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengesan satu lagi varian baharu dinamakan sebagai Varian Mu.
Varian Mu
telah merebak ke 39 negara,
Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini mengesan satu lagi varian
baharu dinamakan sebagai Varian Mu
Bagaimanapun, varian yang pertama kali dikesan di
Colombia pada Januari 2021 itu, masih diklasifikasikan sebagai 'Variant Of
Interest' (VOI).
Setakat ini, beberapa VOI dikesan di Malaysia,
antaranya Varian Eta (B.1.525); dan
Varian Kappa (B.1.617.1).
Selain VOI, Variant of Concern (VOC) turut
dilaporkan di negara ini membabitkan Varian Beta (B.1.351); Varian Alpha
(B.1.1.7); dan Varian Delta (B.1.617.2).
Berikut mengenai Varian Mu:
- WHO klasifikasikan varian Mu atau B.1.621 sebagai
VOI.
- VOI kelima yang dipantau oleh WHO. Empat lagi
VOI: Eta, Iota, Kappa dan Lambda.
- Pertama kali dikesan di Columbia pada Januari
2021.
- Dilaporkan memiliki kemampuan genetik yang dapat
mempengaruhi karakteristik virus iaitu tahap keparahan penyakit, kekebalan,
penularan & kemampuan dikesan serta perawatan.
- Sejak 30 Ogos 2021, WHO senaraikan sebagai varian
dalam pemerhatian selepas ia dikesan di 39 negara.
- Varian Mu dikesan di:
i. Amerika Syarikat
ii. Korea Selatan
iii. Jepun
iv. Ecuador
v. Kanada
vi. Beberapa bahagian Eropah
- Kira-kira 2,000 kes Varian Mu dikesan di Amerika
Syarikat setakat ini. Sebilangan besar kes direkod di California, Florida,
Texas & New York.
- Setakat ini, kurang daripada 0.1 peratus
jangkitan COVID-19 di seluruh dunia dikesan Varian Mu.
- Dianggap berpotensi lebih kecil daripada varian
Delta atau Alpha yang diletakkan sebagai VOC.
- Potensi kebal terhadap vaksin:
i. WHO jelaskan varian Mu ada mutasi yang
menunjukkan kemungkinan untuk mengatasi sistem imun.
ii. WHO maklumkan lebih banyak kajian diperlukan
untuk memahami ciri-ciri Varian Mu.
Sumber: Astroawani.
No comments:
Post a Comment