Search This Blog

Saturday, April 23, 2011

Nelson Manjin nafi ahli SAPP

KENINGAU, April 23, 2011: Seorang usahawan Nelson Manjin 38, menafikan sekeras kerasnya pembabitannya dalam Parti Maju Sabah (SAPP) seperti yang dilaporkan dalam New Sabah Times  baru baru ini ketika menyertai Parti Gerakan bersama kira kira 300 yang lain dalam satu majlis disini baru baru ini.

Tegasnya, beliau kesal dengan laporan tersebut yang disifatkannya tidak tepat kerana beliau tidak pernah menyatakan demikian kepada akhbar berkenaan yang beliau dan rakan rakannya menyertai Parti Gerakan adalah bekas ahli ahli SAPP.

"Saya sendiri mengakui tidak pernah menyertai mana mana parti termasuk SAPP sebelum ini, dan bila laporan itu terpampang diakhbar membuatkan saya terkejut kerana tidak tepat," kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika dihubungi Harian Ekspress pada Sabtu.

Nelson berkata, selepas laporan akhbar itu beliau dihujani berbagai pertanyaan daripada rakan rakan berhubung perkara tersebut dan ada diantaranya menasihatkan beliau supaya mengadakan kenyataan akhbar menjelaskan kedudukkan sebenar isu tersebut.

Beliau yang menetap di Taman Motow disini ketika diminta menjelaskan jumlah sebenar ahli ahli seramai 300 yang menyertai Parti Gerakan baru baru ini, sedang dalam gambar kelihatan bilangannya agak sedikit berbanding seperti gambar yang dirakam dalam akhbar itu beliau berkata,

"Ahli ahli lain yang menyertai parti ini datangnya dari luar daerah dan ada juga dari Kota Kinabalu..(jadi) kebanyakkan yang lain tidak dapat hadir pada masa itu tetapi borang kemasukan ada dihantar kepada saya yang menjadikan semua jumlahnya 300 orang. Bagaimana pun semua jumlah itu dikenal pasti tidak berparti," jelas Nelson.

Nelson seterusnya menyatakan rasa kesalnya laporan tersebut dan memohon maaf kepada SAPP kerana secara tidak sengaja parti itu dibabitkan dalam urusan tersebut.

Beberapa hari lalu, sebuah akhbar tabloid tempatan melaporkan bahawa Nelson Manjin bekas pemimpin Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman bersama sama dengan 300 ahli SAPP menyertai Parti Gerakan dalam satu majlis disini.

Borang borang kemasukan mereka telah diserahkan kepada Naib Presiden Parti Gerakan yang juga mantan Naib Presiden LDP Tan Sri Liew Yun Fah ketika dalam majlis tersebut baru baru ini.

30 comments:

  1. Biasalah Musang bin tidak aman punya suratkhabar NewSabahTimes, selalu cipta berita yang tidak tepat, putar pelit dan tipu.

    Mula dari hari ini, saya tidak mahu baca NewSabahTimes lagi.

    ReplyDelete
  2. New sabah times is all rubbish...pro-Bn only

    ReplyDelete
  3. Lebih baik guna wang untuk beli goreng pisang daripada beli New Sabah Times.Boikot saja lah kan tidak susah.Nak tengok muka Musa Aman tiap hari tak jemu kah?

    ReplyDelete
  4. Musa punya newspaper...semua pro BN news bah...tiada orang mahu tengok suratkhabar yang berat sebelah saja.

    ReplyDelete
  5. Only Nelson knows whether its true or not.

    ReplyDelete
  6. ini mgkin hanyalah salah faham, sebaiknya New Sabah Times memohon maaf atas perkara in.

    ReplyDelete
  7. NewSabahTimes credibility go down to drain. Only for umno like utusan.

    ReplyDelete
  8. Entah lah. Only Nelson himself knows whether it is true.

    ReplyDelete
  9. Even if he is SAPP member, i don't see anything wrong with it.

    ReplyDelete
  10. If this news is wrong, New Sabah Times must apologize for publishing wrong information and also to Nelson.

    ReplyDelete
  11. perkara ini kemungkinan adalah hanya salah faham. jadi,Nelson perlu menjelaskan kedudukan yang sebenar dan pihak NST kena minta maaf atas kesilapan maklumat yang disampaikan.

    ReplyDelete
  12. jika benar seperti dikatakan, pihak yang menyampaikan maklumat yang salah harus memohon maaf.

    ReplyDelete
  13. itu hnya kesilapan dalam menyampaikan maklumat. harap hal seperti itu tidak berulang lagi.

    ReplyDelete
  14. kena hati-hati bila sampaikan sesuatu maklumat.kesilapan yang dibuat boleh mengundang masalah.

    ReplyDelete
  15. jadi yang silap disini ialah New Sabah Times..

    ReplyDelete
  16. apa agaknya respond New Sabah Times?? sekurang2nya tampil lah buat penjelasan.

    ReplyDelete
  17. New Sabah Times patut pecat saja Wartawan itu...mcm mana dia boleh silap maklumat tu ah? bikin malu orang saja...

    ReplyDelete
  18. Irresponsible reporting, nelson already admitted he never joined Sapp, but why New Sabah Times chose to report it falsely? Simple, NST news are all pro BN and lies.

    ReplyDelete
  19. Kita mengharapkan para pemberita akan menyampaikan maklumat yang tepat.

    ReplyDelete
  20. PAstikan maklumat yang disampaikan adalah benar. Sekarang New Sabah Times yang bersalah dalam hal ini kerana memberikan maklumat yang tidak tepat yang mengatakan Nelson sebagai ahli SAPP keluar menyertai Gerakkan. Harap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.

    ReplyDelete
  21. New Sabah Times perlulah meminta maaf dengan info yang diberikan tersebut kerana kurang tepat.

    ReplyDelete
  22. Musang bin tidak aman mesti letak jawatan. Sudah kita rakyat BOSAN dengan niat jahat dia.

    ReplyDelete
  23. Anonymous said...
    Musang bin tidak aman mesti letak jawatan. Sudah kita rakyat BOSAN dengan niat jahat dia.
    April 26, 2011 9:50 AM

    Huh,apa kaitan artikel ini dengan Musa?? sikit2x musa..doi! Apapun, diharapkan New Sabah Times selalu memastikan maklumat yang diterbitkan adalah betul dan tepat.

    ReplyDelete
  24. Saman saja ba Sabah Times kalau betul dorang lapor benda yang salah...

    ReplyDelete
  25. Setahu saya kalau ada kesilapan mana2 akhbar akan buat ralat, tapi cerita ini hanya si Nelson saja yang tahu siapa sebenarnya yang bagi info salah. hehe

    ReplyDelete
  26. Ya betul tu kgau-natives. Bikin malu saja. Kalau betul apa yang si Nelson dakwa ni, wartawan tu memang patut dikenakan tindakan. Gara2 dia orang lain salah anggap sama New Sabah Times.

    ReplyDelete
  27. aiiks saya tahu kes ini pun lepas baca daily express. hahahhahaha

    ReplyDelete
  28. Saya yakin pasti ada sebab ba ni. Macam mustahil pula reporter itu suka2 cari masalah kan. huhu

    ReplyDelete
  29. Siapa bos dia New Sabah Times kalau bukan Musang bin tidak Aman.

    Siapa yang bagi arahan sama semua suratkhabar tidak boleh papar tentang isu pembangkang di suratkhabar tempatan dan jika ada pun kecil saja?

    Aku tidak akan baca Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Sabah Times lagi. Semuanya Fitnah! Allahku tahu dosa mereka. Insaflah!

    ReplyDelete
  30. Betul ataupun tidak, hanya SAPP yang paling jelas.

    ReplyDelete