Search This Blog

Tuesday, April 26, 2011

PKR: Gabungan DAP-Snap tak masuk akal

DAP perlu mempertimbangkan semula cadangan itu berikutan kredibiliti Snap sendiri yang gagal meraih sokongan masyarakat Dayak dan Iban.



PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menolak cadangan penggabungan antara DAP dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dalam usaha meningkatkan lagi sokongan rakyat Sarawak khususnya masyarakat Dayak kepada Pakatan Rakyat (PR).
Sambil menyifatkan idea tersebut sebagai ‘tidak masuk akal’, Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berpendapat DAP perlu mempertimbangkan semula cadangan itu berikutan kredibiliti Snap sendiri yang gagal meraih sokongan masyarakat Dayak dan Iban.

“Saya tak nampak bagaimana gabungan itu boleh memberikan satu lonjakan sokongan yang mendadak kepada PR.

“Secara logiknya kalau mahu bergabung untuk menaikkan undi Dayak kepada PR perlu ada kekuatan dalaman parti sendiri tapi Snap tidak ada apabila kalah dan hilang deposit di 25 kerusi daripada 26 kerusi yang ditandinginya.

“Malah Snap semasa pilihan raya bulan lalu mempunyai jentera yang lemah dan tidak berusaha untuk meraih sokongan rakyat ,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum ini pernah mencadangkan DAP dan Snap digabungkan sebagai usaha untuk mempercepatkan kesedaran politik Dayak berikutan pilihan raya Sarawak 16 April lalu sekaligus mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, cadangan itu seolah-olah seperti PR sudah melupakan ‘pengkhianatan’ Snap di saat akhir penamaan calon pilhan raya Sarawak bulan lalu sehingga PKR akhirnya terpaksa bertanding 49 kerusi daripada perancangan awal yang hanya mahu meletakkan calon di 25 kerusi sahaja.

Snap belum jelaskan pendiriannya

Malah Rafizi berkata Snap juga sehingga sekarang belum menjelaskan pendiriannya dalam PR termasuk ada laporan parti itu menerima bantuan kewangan daripada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud termasuk kenyataan Presidennya Edwin Dundang yang menyokong Taib terus kekal meneraju Sarawak.

“Kita tak boleh lupa dan maafkan pengkhianatan yang dibuat sehingga PKR terpaksa berlawan kerusi tiga penjuru.

“Kalau Snap mainkan peranan yang adil dalam PR, PKR tak perlu bertanding 49 kerusi tapi Snap tak mahu ambil tanggungjawab dan mereka bertanding di 25 kerusi dimana PKR sudah mempunyai jentera dan pemimpin yang mantap dikawasan tersebut,” katanya.

Katanya, setiap parti dalam PR perlu berusaha sendiri untuk mendekati dan mendapat keyakinan masyarakat pedalaman dan Dayak walaupun ia mengambil masa yang lama.

“Tidak ada jalan pintas untuk mendekati masyarakat Dayak melainkan kita sendiri bekerja dan berusaha,” katanya.

Sehubungan itu, sebagai salah seorang sekretariat PR Rafizi berkata isu ini akan dibangkitkannya dalam mesyuarat ‘post-mortem’ PR yang akan diadakan esok.

“Kita mengalu-alukan kalau DAP ada usaha nak masuk pedalaman tapi kalau nak bergabung kita mesti tengok kesepakatan dan keuntungan kepada PR secara keseluruhannya,” katanya.

By Jamilah Kamarudin

14 comments:

  1. DAP perlulah mempertimbangkan lagi gabungan mereka dengan parti tempatan.

    ReplyDelete
  2. gabungan DAP dan Snap memang tidak akan menjadi.kalau mahu bergabung perlu kesepakatan dan keuntungan pun perlu ada.

    ReplyDelete
  3. DAP kena mempertimbangkan cadangan untuk penggabungan itu. Jangan pula ada penyesalan di masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. Tapi apapun itu pilihan masing2. Saya percaya mereka cukup dewasa untuk membuat penilaian.

    ReplyDelete
  5. nampaknya PKR pun tidak bersetuju dengan idea DAP.

    ReplyDelete
  6. dilihat DAP dan SNAP mempuyai haluan politik yang berbeza, gabungan antra mereka mmg tak sesuai dan takkan berjaya.

    ReplyDelete
  7. I wonder what decision will Snap make. To merge or not to merge?

    ReplyDelete
  8. Agree with the comment made by Law. Maybe they shouldn't merge after all. With their differences, it be difficult for them to cooperate. They most probably will end up back stabbing each other.

    ReplyDelete
  9. Jika nak dibandingkan DAP dgn PKR. DAP lg menang bnyk daripada PKR. Jika bergabung lagi banyak blh menang. Tapi dah ternyata PKR kecundang dlm pilihanraya di Sarawak. Tak payah la nak komen lebih2 pla.

    ReplyDelete
  10. penggabungan ini sebenarnya baik untuk mengelakkan persaingan tiga penjuru..

    ReplyDelete
  11. bukannya snap langsung tidak ada sokongan.. cuma kalah jumlah undi.. jika langsung tidak ada yang undi snap.. baru la boleh dikatakan tidak masuk akal.

    ReplyDelete
  12. tgk sajalah, adakah mereka akan bergabung.

    ReplyDelete
  13. Nampaknya DAP ingin menjadi satu parti untuk semua. Sehinggakan sanggup untuk bersatu dengan SNAP. Apakah motif parti DAP ini sebenarnya?

    ReplyDelete
  14. PKR sendiri ahli Pakatan tidak setuju dengan member parti itu DAP yang ingin bergabung dengan SNAP. Apa yang berlaku dengan Pakatan selepas ini. Adakah DAP menjadi ketua dalam parti Pakatan??

    ReplyDelete