Search This Blog

Wednesday, May 25, 2011

Roger Stimin jelaskan definisi Geran Komunal

Roger Stimin ialah seorang peguam dan ahli baru SAPPKEKALUTAN isu tanah adat atau lebih sinonim dengan sebutan "Native customary Right- NCR" yang mana sejak kebelakangan ini telah menghantui pemikiran masyarakat suku kaum Murut khususnya mereka yang menduduki kawasan NCR terutamanya dikawasan Kg Sumambu, Kg Kapulu dan Kg Kabintaluan dalam Mukim Rundum.

Selepas insiden Kg Imahit dalam Mukim Tomani, yang telah mengheret 6 penduduk ke Mahkamah Majistret dan pada mulanya keenam enam dari mereka itu telah disabitkan kesalahan kerana menceroboh kawasan Hutan Simpan dan didenda RM1,000 setiap seorang namun selepas itu mereka memfailkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi yang kemudiannya membuat suatu keputusan mengenepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret seterusnya membebaskan keenam enam tertuduh dari hukuman tersebut dengan mengambilkira bahawa kawasan tersebut adalah dalam kawasan NCR.

Ekoran keputusan Mahkamah Tinggi itu mendorong kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman membuat keputusan untuk memnyerahkan tanah tanah NCR yang ada dalam kawasan Hutan Simpan dikeluarkan dan berstatus "Tanah Kerajaan/State Land" dan seterusnya diberi kepada penduduk yang berhak memilikinya dengan diberi geran komunal.

Oleh itu, persoalan yang berkisar kepada status GERAN KOMUNAL telah menjadi kebuntuan masyarakat sekeliling suku Murut khususnya masyarakat dikawasan Mukim Rundum yang rata rata tidak berminat dengan geran komunal sebaliknya mereka mahukan geran persendirian.

Bersama sama dengan ini seorang Peguam muda Roger Stimin lulusan Sarjana Undang Undang (LLB) di UKM dan kini bertugas disebuah firma guaman di Kuala Lumpur berkongsi pendapat untuk memberi definisi berhubung isu yang dipanggil "Geran Komunal".

Wartawan: Anda seorang berbangsa Murut jati sudah tentu memahami situasi di kawasan majoriti suku kaum Murut yang menduduki kawasan NCR khususnya dikawasan Rundum. Jadi, bolehkah anda menceritakan/mendefinisikan apa dia "geran komunal"?

Roger Stimin (RS): (Definisi ringkas)- Geran komunal juga di panggil sebagai geran komuniti yang mna penerima geran ini mestilah penduduk asli ditempat tersebut. Ianya telah lama diperkenalkan di banyak Negara seperti di Amerika , Australia, New Zealand dan termasuklah Malaysia.

Di Semenanjung Malaysia misalnya, penduduk asli diberikan geran ini bagi tujuan pertanian dan tanah tersebut diusahakan bersama-sama dalam suatu kelompok komuniti. Manakala di sabah mungkin jarang jarang kita dengar mengenai geran komunal ini di sebabkan pembangunan yang masih diperingkat awal menyebabkan penduduk pribumi Sabah kurang terancam bilamana kerajaan negeri masih membiarkan mereka duduk di tanah yang berstatus NCR.

Bila adanya pembangunan dan tanah NCR ini di gazete (warta) oleh kerajaan untuk pembangunan atau hutan simpan maka masalah tuntutan hak mula timbul.

Wartawan: Bolehkah anda terangkan bagaimana mengatasinya atau sekurang kurangnya ada kaedah terbaik bagi jalan penyelesaiannya?

RS: Masalah ini agak rumit sedikit tetapi, salah satu penyelesaiannya adalah dengan pemberian geran komunal tetapi ianya hanya bersifat sementara,. Geran komunal ini hanya layak kepada penduduk pribumi sahaja dan tidak ada status ownership, maknanya bukan milik individu. Ia tidak boleh dijual atau pun digadai.

Wartawan: Berkemungkinan penduduk terbabit mungkin terkeliru dengan hak hak mereka menyebabkan mereka sangsi dengan status geran komunal, apa pendapat anda?

RS: Kita mengharapkan pihak berkenaan dapat memberi pemahaman kepada penerima geran komunal ini agar tidak timbul isu itu di kemudian hari...kerana saya menjangkakan bahawa sesiapa juga yang diberi hak tanah mestilah ada geran ditangan dan atas nama mereka sendiri.

Wartawan: Adakah geran komunal ini boleh dijual atau digadaikan dibank untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan?

RS: Geran ini tidak ada status individual ownership, jika penerima kekurangan modal mungkin mereka perlu buat pinjaman bagi tujuan mengusahakan tanah tersebut tetapi ketiadaan ownership tadi sudah tentu tidak memenuhi polisi bank bagi tujuan pinjaman... mungkin ada pihak pihak yg berminat untuk melabur bagi tujuan komersial.

Disebabkan hak kebebasan pemilik tanah tidak ada ruang baginya untuk melabur dan berniaga bersandarkan harta tanah menyebabkan ramai yang tidak merasa puas hati kerana hak mereka terkongkong…maka titik tolak isu ini akan timbul lagi isu yang perlu diselesaikan akibat ketidakpuasan hati rakyat.

Wartawan: Terima kasih diatas penjelasan anda.

RS: Terima kasih…am paringkuanangan pahaka kau kaawi atu yak aku ra hino tu, arap au moonsoi kau ayuk sansulapan. Makapahambot poh itaka ra bulan Oktober rumatong tili aku muli ra Tonom.
 
Oleh: NASUTION NAEJEL

9 comments:

  1. Harap hak tanah orang asli akan dibela.

    ReplyDelete
  2. yang bagusnya geran komunal ni adalah dapat mengelakkan tanah tersebut daripada dijual.

    ReplyDelete
  3. Jadi maksudnya cadangan geran komunal ini baik untuk penduduk. Kerana mereka dapat mengusahakannya bersama dan tanah ini tidak akan boleh dijual sesuka hati.

    ReplyDelete
  4. jika ia diusahakan dalam satu kelompok komuniti pasti timbul lagi masalah lain apabila tanah itu mengeluarkan hasil.

    ReplyDelete
  5. Harap semua akan menghormati geran ini.

    ReplyDelete
  6. Bermakna tanah ini sebenarnya bukan milik kekal penduduk. Geran yg dimaksudkan dikeluarkan dari tanah hutan simpan yg sebenarnya hak pribumi pada mulanya menurut NCR. Tipu muslihat adalah jelas. Pertama, kerajaan mewartakan satu2 kawasan yg mereka inginkan dalam tempoh terdekat menjadi kawasan simpanan@hutan simpan mengikut klasifikasi tertentu. jika ada tuntutan mereka kemudiannya menarik balik warta dan menukarkanya kepada tanah kerajaan/state land dan seterusnya memberikan tanah tersebut kepada penduduk atas nama geran komuniti-bertujuan supaya ia tidak dapat dijual/digadai atau apa2 sahaja tujuan lain. langkah seterusnya adalah jika terdapat syarikat besar yg mahukan tanah tersebut utk tujuan perladangan gergasi atau atas tujuan lain, mereka akan memberikan hak pemilikan secara diam2 lalu menawarkan tanah sekengkang kera kepada penduduk2 yg terlibat.

    ReplyDelete
  7. geran komunal ini baik bagi memastikan tanah tersebut terjaga dan tidak dirampas oleh pihak lain.

    ReplyDelete
  8. akan dirampas juga tapi kemudian. nama pun state land. masi nak memuji. naif.

    ReplyDelete
  9. macam mana kau tau akan dirampas? tidak ada pula tanah penduduk asli di semenanjung yang menggunakan geran komunal dirampas oleh kerajaan..

    ReplyDelete