Search This Blog

Showing posts with label Geran Komunal. Show all posts
Showing posts with label Geran Komunal. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Geran komunal yang kini sedang menghantui pemikiran rakyat

Roger Stimin
Geran Komunal keputusan mutlak kerajaan tidak boleh diubah...kecuali kerajaan ditukar

Oleh: Mail Mathew

KEMABONG:  Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Tenom Roger Stimin menegaskan bahawa keputusan kerajaan masakini dengan pemberian geran komunal kepada penduduk di kawasan Mukim Rundum adalah muktamad dan tidak dapat diubah lagi.

Friday, July 1, 2011

Lawatan PM ke Kemabong sakitkan hati rakyat Rundum

Palipus Ampasu 50, seorang penduduk
Kg Kabintaluan Rundum

Oleh: GONOD SUNDA

LAWATAN Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak bagi julung kalinya ke Daerah Kecil Kemabong pada Khamis merupakan lawatan pertama kalinya selepas dilantik ke jawatan PM bagi kali ke-6 yang disifatkan banyak pihak khususnya rakyat Kemabong sebagai “ Misi PM menghancur harapan rakyat Kemabong” kerana impian mereka (rakyat) untuk menolak pemberian geran komunal sudah hancur lebur dan seterusnya menjadi debu.

Monday, June 20, 2011

Geran komunal perlu penjelasan serius

TENOM, Jun 20, 2011: Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap Roger Stimin 32, (gambar) sependapat dengan soalan soalan yang diajukan oleh para peserta dialog Inkuiri tanah adat yang dikendalikan SUHAKAM kususnya berhubung status geran komunal didewan Seri Antanom pada Sabtu.

Katanya, beliau bimbang bahawa kemunculan geran komunal yang tidak disenangi masyarakat disitu menjadi suatu kekangan dan halangan bagi penduduk terbabit untuk menikmati keselesaan dan kebesan penerokaan penghidupan ditanah tumpah darah mereka sendiri.

Friday, May 27, 2011

Kaum Murut Tolak Geran Komunal


Nasution Naejel



BANTAH…..Gambar Usar (kanan) bersama Ansapi menunjukkan salinan surat bantahan yang telah dikemukakan kepada Suhakam.
JAWATANKUASA Penuntut Hak Asasi Tanah Adat (JPHAT) Rundum mendesak kerajaan khususnya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman agar menimbang semula cadangan pemberian geran komunal kepada para penuntut bekas Tanah Adat (NCR) seramai lebih 200 keluarga sekiranya ianya dikeluarkan daripada kawasan Hutan Simpan Mukim Rundum.

Wednesday, May 25, 2011

Roger Stimin jelaskan definisi Geran Komunal

Roger Stimin ialah seorang peguam dan ahli baru SAPPKEKALUTAN isu tanah adat atau lebih sinonim dengan sebutan "Native customary Right- NCR" yang mana sejak kebelakangan ini telah menghantui pemikiran masyarakat suku kaum Murut khususnya mereka yang menduduki kawasan NCR terutamanya dikawasan Kg Sumambu, Kg Kapulu dan Kg Kabintaluan dalam Mukim Rundum.

Selepas insiden Kg Imahit dalam Mukim Tomani, yang telah mengheret 6 penduduk ke Mahkamah Majistret dan pada mulanya keenam enam dari mereka itu telah disabitkan kesalahan kerana menceroboh kawasan Hutan Simpan dan didenda RM1,000 setiap seorang namun selepas itu mereka memfailkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi yang kemudiannya membuat suatu keputusan mengenepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret seterusnya membebaskan keenam enam tertuduh dari hukuman tersebut dengan mengambilkira bahawa kawasan tersebut adalah dalam kawasan NCR.