Nasution Naejel
BANTAH…..Gambar Usar (kanan) bersama Ansapi menunjukkan salinan surat bantahan yang telah dikemukakan kepada Suhakam.
BANTAH…..Gambar Usar (kanan) bersama Ansapi menunjukkan salinan surat bantahan yang telah dikemukakan kepada Suhakam.
JAWATANKUASA Penuntut Hak Asasi Tanah Adat (JPHAT) Rundum mendesak kerajaan khususnya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman agar menimbang semula cadangan pemberian geran komunal kepada para penuntut bekas Tanah Adat (NCR) seramai lebih 200 keluarga sekiranya ianya dikeluarkan daripada kawasan Hutan Simpan Mukim Rundum.
Pengerusinya, Gambar Usar, 67, berkata beliau sudah mendapat isyarat daripada para penuntut tanah adat bahawa mereka akan menolak hasrat kerajaan berhubung pemberian status geran komunal itu dengan alasan bahawa ianya hanya bersifat sementara.
“Kami sudah minta nasihat daripada pihak yang berpengalaman dalam soal status tanah termasuk Peguam. Rata-rata mengatakan geran komunal tidak mempunyai jaminan bahawa tanah itu sebagai hak mutlak kami secara jangka panjang,” kata beliau yang meminta penjelasan Jabatan Tanah dan Ukur.
Baru-baru ini, Gambar bersama Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kemabong, Sabini Ansumor dan beberapa Ahli Jawatankuasa JPHAT menghantar memorandum bantahan berhubung masalah tersebut kepada Pesuruhjaya Suhakam, Jannie Lasimbang di Pejabatnya di Kota Kinabalu.
Bagaimanapun, beliau difahamkan bahawa pihak Suhakam hanya akan memulakan penyiasatan aduan mereka termasuk lawatan Suhakam ke Kemabong pada 18 Jun, sedangkan pengumuman rasmi dan penyerahan geran komunal kepada para penuntut dijangka akan dilakukan semasa lawatan Perdana Menteri ke Kemabong pada 11 Jun, akan datang ini.
“Jadi, kita minta jasa baik Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman agar masalah pemberian geran komunal ini diselesaikan secara mutlak sebelum ianya diumum ketika lawatan PM ke sini,” kata Gambar dalam nada yang serius.
Paling penting, kata Gambar, kerajaan harus memberi penjelasan secara kolektif dan komprehensif mengenai Geran Komunal yang disifatkan sebagai geran sementara; sama ada boleh diganti dengan geran persendirian atau berasingan di kemudian hari kelak kerana setiap pewaris mahukan geran berada di tangan mereka sendiri.
Selain itu, Gambar turut menjelaskan bahawa tindakan mereka itu tidak bermaksud untuk menghalang usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah tuntutan mereka ke atas bekas tanah adat yang dikeluarkan dari kawasan Hutan Simpan.
Namun tambahnya, apa yang mereka kehendaki ialah hak secara saksama dan adil mengikut lunas perlembagaan agar perjuangan mereka selama ini tidak sia-sia kerana bukan sedikit Anak Negeri Sabah terperosok dalam lokap polis dan menderita sepanjang hayat.
“Mereka menang di mahkamah, tetapi tidak dapat apa-apa kerana tanaman, rumah dan harta mereka telah diradu atau dibakar Jabatan Perhutanan. Inilah yang kami bimbangkan kerana Jabatan Hutan masih menganggap kami penceroboh dan mempunyai kuasa autonomi,” ujar Gambar dengan nada kesal kerana aduan kepada Ketua Menteri seperti mencurah air ke daun keladi.
Kata Gambar, rakyat berpendapat Pengarah Jabatan Hutan lebih berkuasa daripada Ketua Menteri dan setiap surat rayuan atau aduan hanya dimasukkan ke tong sampah.
Namun selepas insiden Kg Imahit di Mukim Tomani, senario mula berubah setelah 6 pendudukdi hadapkan ke Mahkamah Majistret dan disabitkan kesalahan kerana menceroboh kawasan Hutan Simpan lalu didenda RM1,000 setiap seorang; tetapi mereka memfail rayuan.
Mereka beruntung kerana Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan untuk mengenepikan penghakiman bersalah yang dibuat oleh Mahkamah Majistret; seterusnya membebaskan keenam tertuduh daripada hukuman tersebut dengan mengambilkira bahawa kawasan tersebut adalah berstatus NCR.
Ekoran daripada keputusan Mahkamah Tinggi tersebut telah mendorong kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman membuat keputusan untuk menyerahkan tanah-tanah NCR yang ada dalam kawasan Hutan Simpan dikeluarkan dan diberi kepada penduduk yang berhak melalui Geran Komunal.
Kawasan kawasan yang terlibat seperti Kg Sumambu, Kg Kapulu, Kg Katubu dan Kg Kabintaluan yang kesemuanya terletak di Mukim Rundum.
Mungkin mereka rasa bahawa geran komunal ini tidak dapat memberi jaminan kepada mereka.
ReplyDeleteKalau jaminan yg mereka mahu, kerajaan negeri mungkin boleh bagi mereka dokumen atau sijil yg menunjukkan mereka merupakan salah satu penama di dalam geran komunal itu...
ReplyDeletemungkin mereka inginkan geran tersebut dimiliki secara persendirian.
ReplyDeleteDatuk Musa akan memberikan yang terbaik. Tidak mungkin beliau akan memberikan sesuatu yang tidak baik untuk rakyat.
ReplyDeleteSemua ini akan dapat diselesaikan tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
ReplyDeletemusang bin tidak aman is the most cunning man in Sabah.
ReplyDeleteHe should be replaced by Datuk Shafie Apdal immediately before the election.
Najib and the Sabahans knew so much corruption involved by this musang.
Entahlah.. Bagi saya pemberian geran komunal ini mmg ada pros dan consya.. hhmm..
ReplyDeleteApapun, terpulanglah pada individu yang membuat penilaian.
ReplyDeletegeran komunal dapat mengelakkan tanah daripada dijual..
ReplyDeletegeran komunal ni baik untuk memastikan tanah penduduk terjaga, penduduk tak patut menolaknya.
ReplyDeleteKalau mereka tolak mereka akan rugi dengan peluang yang diberikan oleh kerajaan. Contoh negara yang menggunakan cara geran komunal adalah negara jiran kita Brunei. Tanah tersebut diagihkan dan akan diusahakan dengan menanam buah-buahan dan sawah padi. Ini akan menjadikan tanah itu tidak terbiar begitu saja.
ReplyDeleteada pihak yang menghasut penduduk supaya membantah.. sebab cadangan ini pada mulanya sangat diterima rakyat dan mampu meningkatkan populariti parti pemerintah.
ReplyDeletesaya cadangkan baik masukkan balik tanah2 ini kedalam kawasan hutan simpan..
ReplyDeleteTerima ataupun tidak, keputusan penduduk sendiri.
ReplyDeletePenduduk kawasan Rundum sebenarnya tidak menolak geran komunal kalau penduduk sendiri diberi hak dan mandat sendiri untuk mengelola Tanah Adat mereka. Geran komunal memang baik (kerana tanah tersebut tidak akan boleh dijual) tetapi syarat-syarat di dalam geran tersebut akan melupuskan hak asasi anak negeri!! Syarat dalam Geran Komunal akan memberi mandat kepada pihak ketiga utk mengelola Tanah tersebut yang lebih menguntungkan pihak ketiga berdasarkan pembahagian 60% (pihak ketiga) dan 40% (semua benefisari). Dari segi Perundangan, org kampung terang-terang akan hilang hak ke atas tanah mereka. Contoh, pihak ketiga (pemaju) membangunkan tanah adat penduduk kampung dgn menanam kelapa sawit, kemudian ada masalah lalu mereka ke Mahkamah,,,di mahkamah pasti akan tanya siapa yg menanam kelapa sawit tersebut? pasti Org Kampung jawab...Si Pemaju yang tanam (sebab butulkan)!! Nah dari kes ini bukan kah anak negeri terang2 kehilangan kuasa ke atas Tanah Adat mereka sendiri?? Siapa yg untung?? Pastilah pihak ketiga yang dilantik oleh kerajaan.
ReplyDeletePermasalahan ini agak sukar namun boleh diselesaikan sekirannya kerajaan transparent dalam penyelesaian dan turun padang membuat perbincangan dengan penduduk kampung sendiri dan mengiktiraf Hak Tanah Adat penduduk Kampung. Orang kampung sekarang pun ada yg sudah boleh berfikir bah...cubalah kita kembali dengan apa yang terkandung di dlm ordinan Tanah yang dibuat oleh kerajaan juga...jangan lepas ni kerajaan kasik ubah pula.
PENDUDUK IMAHIT
Harap penduduk pandai menilai sendiri.
ReplyDelete