Search This Blog

Monday, July 18, 2011

3 Bahagian PKR akan Sertai USNO



MENGIKUT sumber dan maklumat yang terima, pemimpin kanan PKR di Pantai Timur Sabah terutama di Parlimen Semporna, Parlimen Tawau dan Parlimen Kalabakan bersama 800 penyokong masing-masing akan meninggalkan PKR untuk menyertai USNO (penaja).

Antara yang disebut-sebut ialah Mantan Ketua Cabang PKR Semporna, Piramli Barahim bersama lebih kurang 300 orang penyokong akan menyertai USNO yang kini dipimpin oleh Datu Badaruddin Tun Datu Haji Mustapha.


Spekulasi ini ternyata benar kerana sebentar tadi, Piramli sendiri telah menghubungi Majlis Tertinggi Penaja USNO menyatakan hasratnya untuk menyertai USNO dalam kadar segera.

Sementara itu, Mantan Calon PKR Balung, di Parlimen Tawau, Abdillah Timbasal juga turut menghubungi MT USNO dan menyatakan hasratnya bersama 500 penyokong kuatnya meninggalkan PKR.

Abdillah merupakan tokoh yang agak popular kerana berjaya mendapat 1,400 undi pada pilihanraya lalu di DUN Balung dan sudah pasti dapat menawan kerusi berkenaan jika beliau dipilihan sebagai calon USNO pada pilihanraya umum akan datang.

Manakala di parlimen Kalabakan, Tawau, mantan Setiausaha PKR Cabang Kalabakan, Abu Bakar Jambuan mengambil langkah yang sama dengan rakan beliau di Semporna dan Tawau untuk meneruskan perjuangan membela rakyat Sabah yang diabaikan oleh UMNO dan Pakatan Rakyat selama ini.

Sebelum ini, Ketua Cabang PKR Kalabakan, Dollah Hashim telah keluar PKR dan menyertai parti Gerakan, namun belum menyatakan pendirian sama ada untuk menyertai USNO atau kekal dalam Gerakan.

Dalam pada itu, Naib Presiden Penaja USNO, Abdullah Sani Hj Abdul yakin USNO akan berjaya didaftarkan semula dan pasti akan dapat menggunakan kembali lambang dan bendera USNO pada pilihanraya umum akan datang.

Kata Abdullah Sani, beliau yakin Kerajaan BN terpaksa meluluskan pendaftaran USNO untuk memastikan PKR dan Pakatan Rakyat tidak mendapat sebarang kerusi di Sabah; apatah lagi dengan kemelut yang melanda Ketua Umum PKR, sudah pastinya USNO akan dapat merampas undi Pakatan Rakyat.

Mengikut maklumat tidak rasmi, kesemua mereka akan menyertai USNO secara rasmi pada 17 Julai iaitu hari ini, sempena lawatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pantai Timur Sabah.

5 comments:

  1. Rakyat Sabah harus tumpukan Parti tempatan.Tidak lama lagi PKR akan hancur sendiri akibat pertikaian di-antara ketua2 cabang yang pro wan azizah dan pro ansari.Belum lagi menang kepimpinan PKR pusat kelihatan kuku besi.

    ReplyDelete
  2. Say NO to party malaya. Sabah people should send all the party malaya to pack their bags and GET LOST from Sabah in the coming GE13.

    ReplyDelete
  3. Ada ini Usno disahkan pendaftarannya?

    ReplyDelete
  4. Saya khuatir 6 bulan lepas pendaftaran nanti semua sokong masuk UMNO/BN.Kena jual lagi ahli-ahli USNO.

    Minta pemimpin USNO pergi masjid angkat sumpah bahawa mereka tidak jual USNO kepada UMNO/BN.

    ReplyDelete
  5. Nanti Musa hambur $1 juta seorang semua pemimpin lompat pergi UMNO tinggal ahli-ahli saja menderita.Pemimpin mereka pula sudah pakai Ninja King dan lagak sombong.Cerita sama saja.Semua nanti jual diri dan tunggu panggilan untuk dapat tawaran.Nak pulih USNO konon.Mampus lagi bagus daripada jual rakyat.

    ReplyDelete