Search This Blog

Thursday, July 14, 2011

Edward Mujie jadi jurucakap BN

KOTA KINABALU: Ekoran kenyataan Edward Ewol Mujie, Naib Pengerusi DAP Sabah, menimbulkan tandatanya siapa dalang di belakang tabir DAP Sabah. Tindakannya mengeluarkan kenyataan murahan itu dianggap sebagai keterlaluan dan terlalu berusaha untuk menjadi juara.

En. Jamain Sarudin, Setiausaha Penganjur Pusat Parti Maju Sabah (SAPP) menyelar sikap pemimpin DAP tersebut, ketika mengulas kenyataan akhbar Edward dimedia tempatan kelmarin berhubung tindakan DBKK mahu membuka papan iklan Sabahtv.net yang dilancarkan pada 9 julai lepas. Menurut beliau, Edward bertindak kurang bijak dan mendedahkannya kepada pelbagai persepsi apabila menjadi jurucakap DBKK dan BN. Edward seharusnya sedar, parti-parti pembangkang perlu berusaha menjalinkan hubungan baik bagi menandingi BN pada pilihanraya umum, tetapi sebaliknya secara sengaja menggagalkan usaha itu. Sikap hipokrit pemimpin DAP ini amat dikesali dan menggambarkan seolah-olah DAP sudah menang sebelum bertanding.

Jamain yang juga Naib Ketua Pemuda Pusat selanjutnya berkata, Edward telah membakar jambatan yang baru mahu dibina dan membiarkan dirinya menjadi tikus ujikaji barisan nasional. Usaha Edward hanya dilihat sebagai menutup "kehilangan" mereka pada 9 julai lepas. Di mata umum, mereka sebenarnya telah tercalar dan dipalit dengan pelbagai gelaran, tambah-tambah lagi di laman sosial seperti facebook.

Tambah mengejutkan beliau ialah apabila Edward Mujie berkata setiap perkataan memerlukan kelulusan daripada DBP. Jamain tidak mahu mengulasnya dari segi UKK tetapi beliau bertanya, jika mengikut fikiran yang wajar dan waras, sejak bilakah perkataan "Bersih, Berani, Benar" (slogan sabahtv) menjadi perkataan baru dalam kamus dewan bahasa? Apa yang dinyatakan oleh Edward sebagai sesuatu yang melucukan dan beliau turut mempertikaikan kewibawaan Edward menjadi pemimpin DAP di Sabah. Beliau menyarankan kepada kepimpinan DAP Pusat agar tidak hilang kawalan terhadap pemimpin mereka yang secara umum semua mengetahui setiap keputusan perlu mendapat kelulusan DAP Pusat di Kuala Lumpur.

42 comments:

  1. Apa yang Edward Mujie ini sedang buat?

    ReplyDelete
  2. One expect and wish to have good governance for future of state.
    But in this case again see many is twisting the fact about to be an obedient citizen!
    It could not be always a political issue but more of social issue here.

    ReplyDelete
  3. saya cintakan keamanan, saya benci pengkhianatan, saya sangat kecewa dengan Edward Mujie, beginikah cara DAP mahu kerjasama, nampaknya DAP perlu singkirkan pemimpin bermasalah seperti Mujie. Ulasan En. Jamain ini sangat tepat sekali. tidak juga terlalu menghentam, sebaliknya membuka ruang untuk DAP dan SAPP berkolaborasi.

    Bonney G, damansara

    ReplyDelete
  4. Hi.. i am Carol Ng, Sinsuran,

    i love this words "Edward telah membakar jambatan yang baru mahu dibina dan membiarkan dirinya menjadi tikus ujikaji barisan nasional" its so humble. i agree. i am with u Jamain. Edward-finished.

    ReplyDelete
  5. Ini berkaitan cara memasang papantanda tiada sebarang unsur politik bagi mana-mana parti.

    Sesiapa saja termasuk KM juga pasti dan mesti mematuhi undang-undang yang demikian dengan prosidur betul!

    Kalo tidak pikirlah apa akan jadi biarpun SAPP perintah.Tidak bulih buat sesuka hati,taw kah anda?

    ReplyDelete
  6. apa bah sebenarnya yang DAP mahu ni. kalau mau lawan BN. kerjalah bersama SAPP. bukan main hantam saja. sepatutnya DAP gantung si Edward Mujie. kasi rosak saja sama DAP. bodoh betul.

    ReplyDelete
  7. Saya ingat itu pengarah DBKK kapsit sama Edwad Mujie. si edwad pula minta puji. kalaupun sapp buat kesilapan, tidak payah mahu buat sampai bawa bomba. nanti orang ramai pun mau tanya juga, kalau kebakaran, bomba lambat pula sampai. habis sudah rumah terbakar baru mereka tiba. saya tidak sukalah ini macam punya cara. kenapa jugalah mau cari publisiti murah. banyak lagi tugas yang boleh dibuat oleh dap. lebih baik dap diam-diam, tidak juga malu. ini buka mulut macam sudah kasi telanjang dap. tidak malukah kau edwad. kau telanjang pun saya tak mahu tengok. sudah langgir bah balabak kau. tiada nilai. saya ingat mahu kasi tahu menantu saya jangan undi lagi ini dap. buat kerja kotor untuk barisan.kenapa kau cakap begitu edwad,siapa suruh sama kau. bongok betul. kan dap yang malu.

    ReplyDelete
  8. DAP, kesian juga. kalau sudah jadi tikus ujian, orang kk boleh percaya lagikah sama dap.

    ReplyDelete
  9. Edward hnya menyatakan pendapatnya sahaja.

    ReplyDelete
  10. nampaknya Dap dan Sapp ni saling menyalahkan...

    ReplyDelete
  11. edward hnya menyatakan pendapatnya sahaja, yang bodoh.

    ReplyDelete
  12. nampaknya parti pembangkang ni smua mau publisiti dan kuasa ja ba tu..

    ReplyDelete
  13. Biarlah pilihanraya yang akan datang menentukan nasib mereka.

    ReplyDelete
  14. Tengok muka ni EM pun sudah tau xxx fengsui !

    ReplyDelete
  15. Semualah bah mahu jadi dipolitikkan. SAPP tidak boleh terima pandangan atau tegurankah? Susah ni kalau mahu anggap pihak kamu saja betul.

    ReplyDelete
  16. Takkan YTL yang bekas KM tidak tah prosedur?

    ReplyDelete
  17. tidak payah jalin hubungan kalau pendirian lain2.. sekali sekala perlu juga terima teguran.

    ReplyDelete
  18. saya sokong SAPP punya tindakan, bukan soal teguran atau soal tidak tahu prosedur. itu tugas kakitangan kerajaan yang mahu jawap. atau parti barisan mahu buat sangkalan atau kritikan. bukan dari parti pembangkang sendiri. inilah yang dimaksudkan di dalam artikel ini. saya pun boleh faham mudah. Edward Mujie memang bersalah. sepatutnya dap bermesyuarat segera dan menuntut maaf atau menyingkirkan sahaja Edward Mujie. bukan pula mau cari populariti, cari bala sudah dia

    ReplyDelete
  19. Sabah DAP should be THROW OUT from Sabah for good in the coming GE13.

    All the Sabah chinese should not vote for such party import from Malaya with a bunch of unTrustWorthy, unreliable and incompetence personnel.

    All the chinese in Sabah should should support our local party SAPP and boycott party import from malaya DAP. Get your boat back to Malaya!

    ReplyDelete
  20. Al pacino,

    Sila gunakan otak sebelum bercakap. Aku pernah nampak dalam suratkhabar DAP pergi komplain sama DBKK sebab DBKK kasih turun signboard taukey cina di jalan Gaya sebab diberi notis 1 hari saja oleh DBKK.

    SAPP baru dibagi notis kurang dari 2 jam dari DBKK.

    Kenapa lain sudah parti DAP cakap hari ini? Sebab SAPP adalah musuh DAP kah?

    Sendiri mahu ingatlah siapa tidak tahu Parti import malaya DAP ini adalah anjing UMNO.

    Berapa pemimpin Sabah DAP dapat di batu sapi dari umno?

    ReplyDelete
  21. SAPP ini kelakar betul.Cari pasal saja sama kerajaan dan undang-undang.Kalau orang cakap salah dia marah dan terus keluarkan taring Dracula yang di simpan nya selama ini.

    SAPP patut tunjuk teladan yang baik dan jangan ikut peraturan yang salah.Macam mana mahu jadi pemimpin begini? Jadi samseng boleh la.

    ReplyDelete
  22. Sabahans should reject SAPP outright now before they cause more troubles and break more laws.

    ReplyDelete
  23. gunting dalam lipatan.

    ReplyDelete
  24. parti malaya harus ditolak oleh rakyat sabah..parti malaya hanya suka buat kacau saja..

    ReplyDelete
  25. DAP suka tunjuk saja..mahu cari populariti..

    ReplyDelete
  26. DAP cari populariti.SAPP cari kacau.

    ReplyDelete
  27. DAP mau maatai.. DBKK kasi keranda.

    ReplyDelete
  28. ya saya setuju, DAP sebagai sebuah parti dari semenanjung tidak seharusnya mencuba mengganggu singa yang mengaum. sudahlah mereka marah pada DBKK, campur tangan DAP memang sangat tidak bijak. orang DAP cakap, itu hanyalah kenyataan peribadi Edward, Tapi pada masa yang sama, kerisakan telah dilakukan dengan jayanya oleh Edward. terimalah padahnya.

    ReplyDelete
  29. Makin banyak drama politik pula yang timbul.

    ReplyDelete
  30. Rakyat kini makin bijak membuat penilaian, jadi hal sebegini biarlah rakyat nilai sendiri.

    ReplyDelete
  31. Kalau begini lah cara dan gaya SAPP rakyat tidak akan menyokongnya.Tapi mereka nasib baik kerana DBKK ada kesabaran.Hanya mereka saja mau tunjuk taring dan menentang.Bodoh punya SAPP!

    ReplyDelete
  32. Kenapa si mabuk Mujie ini bersuara? untuk siapa?

    ReplyDelete
  33. Edward Mujie masih ada dapat pencen daripada DBKK.

    ReplyDelete
  34. Sabah DAP Youth Chief Junz Wong family has a very strong connection with Datuk Harris. This Junz wong grandfather is harris running dog in business at Labuan.

    Who funding Sabah DAP new building for 1.4 Million in Bundusan? Why Lim Kit Siang never ask the MACC to investigate where this Sabah DAP idiots got thier money from? Why Lim Kit Siang keep quiet about this? The people of Sabah knew it!!!

    Everyone know Sabah DAP is UMNO's Dog as proven at Batu sapi by election and Sabah DAP leader was spotted by their own Sandakan DAP Leaders at UMNO YB house at night. What is this Sabah DAP leader doing in UMNO YB house at night in Sandakan during batu sapi election? Only FOOL will believe their excuses he went there minum kopi during batu sapi election?? Oh NO!!!!

    We Sabah people are not stupid. Sabah DAP can GET LOST from Sabah. FCUK YOU cunning china men running by a bunch of Idiots.

    ReplyDelete
  35. i think DAP should ask Mujie to step down.. and the same time DAP should concentrate on Penang affair.. no place for Dap in sabah, since they a not winning any seat yet. ofcourse KK MP and tawau Dun, but its only a temporary basis. 2008, people dont have choice, they are frustrated on BN then the vote either PKR or DAP or Indpendent. but now I think they gonna choose SAPP. (H.L.Loh)

    ReplyDelete
  36. Bukankah DAP dan SAPP adalah dalam sampan yang sama?

    ReplyDelete
  37. Parti-parti di bawah PR tidak dapat bekerjasama dari awal lagi...

    ReplyDelete
  38. Quoted by Basung:"Bukankah DAP dan SAPP adalah dalam sampan yang sama?"
    Bersama dalam satu sampan?
    Kalo SAPP butul besar ni dia bulih hentam PakLah kurual jadi PM,tawkah anda?
    Kalo tidur malam tdak pakai seluar ko maw jaga betul-betul!
    Kita ponya KM Musa pon bukan lawan Yong Teck Lee.

    ReplyDelete
  39. Nampaknya DAP dan SAPP dalam pertandingan mencari sokongan rakyat. Sekiranya SAPP berbuat demikian sudah pasti sokongan untuk DAP akan berkurangan maka inilah peluang DAP untuk menjatuhkan SAPP.

    ReplyDelete
  40. DAP Sabah adalah suruhan anjing umno.

    Dimana DAP Sabah dapat duit boleh beli sebuah bangunan berharga RM1.4 juta di bundusan (WAN WAN restaurant), penampang jika bukan ada projek dari UMNO?

    Berhati-hatilah orang Sabah dengan niat syaitan dari anjing2 DAP nie.

    Dimana anjing2 DAP masa hari Bersih di Sabah? Aku dibagi tahu oleh anjing2 DAP akan kumpul 1000 orang sokong bersih di KK tetapi masa hari BERSIH itu anjing2 DAP semua pergi tapuk.

    Sudah dibuktikan parti import cina dap malaya ini tiada penyokong mereka di Sabah hanya 2-3 ekor anjing kurap macam junz wong, wellon muyau dan edmund wong.

    ReplyDelete
  41. Just because DAP wasn't supportive towards the BERSIH campaign, it doesn't mean that they are BN supporters.

    ReplyDelete
  42. It seems that the fight is clearly between DAP and SAPP. Who has the more supporters?we will have to wait for GE13.

    ReplyDelete