Oleh: A.M.MATTHEW
TENOM: Kuasa otonomi dinegeri ini kini sudah mula dirasai bahang keperluannya oleh segelintir Kementerian mahu pun Jabatan diSabah dimana yang terbaru Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun menggesa Kementerian Pelajaran mengkaji semula program pengambilan gurunya di Sabah.
Selain itu Masidi berkata, Sabah tidak berhasrat merampas kuasa Persekutuan terhadap pendidikan apabila ia meminta Jabatan Pelajaran Sabah (JPN) diberi kuasa (otonomi) untuk membolehkannya membuat keputusan mengenai pembangunan pendidikan untuk Sabah.
“ Selagi JPN Sabah tidak diberi kuasa otonomi untuk pembangunan pendidikan di Sabah selagi itu semua proses pembuat keputusan masih di tangan KL…inilah gejala yang menghalang kepada kepantasan sesuatu tindakan,” kata Roger Stimin Naib Ketua Pergerakan SAPP CLC Tenom pada Khamis.
“ Sebenarnya…inilah yang diperjuangkan SAPP dan bakal di implementasikan apabila SAPP berkuasa kelak, kerana kita tidak mahu semua perkara dirujuk ke KL untuk kelulusan dan seterusnya pelaksanaan. Trend pentadbiran sebegini rupa sangat lambat dan tidak relevan kepada siatuasi masakini,” tambahnya lagi.
Tegasnya lagi, akibat daripada amalan seperti itu JPN Sabah menjadi kaku kerana ketiadaan kuasa “eksekutif” untuk membuat sesuatu keputusan yang cepat sedangkan terdapat banyak aduan daripada akar umbi terutamanya dikawasan pedalaman tentang kedaifan beberapa buah sekolah, perumahan guru guru dan beberapa lagi infratruktur lain.
Beliau menambah, perkara ini bukan sengaja direka reka oleh pembangkang untuk tujuan menjatuhkan imej kerajaan BN, sebaliknya sebelum ini sudah terdapat beberapa pemimpin komponen Parti BN juga telah menyuarakan kepincangan itu supaya kerajaan BN mengambil tindakan drastik.
Berhubung dengan kekosongan jawatan guru guru di Sabah Roger menegaskan, bahawa setiap tahun terdapat pertambahan graduan menganggur diSabah disebabkan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.
Namun tegasnya, dakwaan Masidi terdapat kira kira 700 guru guru kanan mengosongkan jawatan itu apabila mereka dihantar balik ke Semenanjung yang berlaku setiap tahun sepatutnya ia bukan masalah atau halangan melantik pengisian jawatan itu jika JPN Sabah diberi kuasa otonomi untuk memproses perlantikkan mereka.
“ Kenapa graduan dari Semenanjung perlu dihantar ke Sabah semata mata untuk mengisi kekosongan itu, sedangkan graduan kita di Sabah berlambak jumlahnya malahan sama tarafnya,” tegas beliau.
Sabah JPN mesti diberikan balik kuasa mereka.
ReplyDeleteSama seperti apa yang dijanjikan dalam Perjanjian 20 perkara. Sabah mesti mengurus sistem pendidikan sendiri.
ReplyDeleteGood Masidi. Please keep voicing out our problems to the media so that the federal government can fasten up their action..
ReplyDeleteSyabas Roger...inilah sebenarnya keperluan kalau kuasa otonomi dikekalkan sepertimana yg terkandung dlm 20 Perkara. Keadaan infrastruktur sekolah2 diSabah bukan rahsia lagi kedaifannya...tetapi guru2 atau pegawai mereka terpaksa berdiam diri kerana tdk dibenarkan bersuara dlm akhbar mengikut prosedur kerajaan. JPN Sabah yg kesian...terpaksa menahan cemuhan rakyat walhal semua kuasa mesti KL!
ReplyDeletepasal tu lah kuasa otonomi harus diberikan kepada sabah..
ReplyDeletesabah juga mempunyai graduan2 yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan guru di sabah..mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada semenanjung? bukankah lebih baik jika tempatan yang mengisi kekosongan tersebut?
ReplyDeleteperkara ini harus diberi perhatian sewajarnya.
ReplyDelete“ Kenapa graduan dari Semenanjung perlu dihantar ke Sabah semata mata untuk mengisi kekosongan itu, sedangkan graduan kita di Sabah berlambak jumlahnya malahan sama tarafnya,”
ReplyDeleteya.betul tu.berilah peluang kepada orang tempatan Sabah untuk berkhidmat di negeri sendiri.
Sudahkah cadangan ini dibawa ke Kementerian Pendidikan?
ReplyDeleteJika orang Sabah balik2 undi sama parti dari malaya, jangan pula tuduh orang malaya pula seperti kita tiada kuasa lah dan sebagainya.
ReplyDeleteKamu sendiri yang undi parti dari malaya dan memberi kuasa otonomi sama pemimpin malaya supaya terus menjajah kita sendiri.
Bangunlah rakyat Sabah. Kita kena bersatu hati menyokong parti tempatan SAPP yang berikhlas berjuang untuk kita.
Tekanan harus diberikan kepada kerajaan persekutuan agar meluluskan cadangan ini.
ReplyDeleteSabah is better off in the hands of sabahans.
ReplyDeleteI hope this matter has the government's attention.
ReplyDeleteSabah mmg perlu ada kuasa untuk menguruskan pendidikan negeri.
ReplyDeleteSabah harus diberikan kuasa untuk menguruskan sistem pendidikan sendiri agar memudahkan sebarang perlaksanaan berkaitan peningkatan kualiti pendidikan.
ReplyDeleteJadi apa yang perlu dibuat sekarang?? Perbincangan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri perlu untuk memastikan sesuatu jabatan dapat melaksanakan tugas dengan baik.
ReplyDeleteBila kita kata Sabah perlu kuasa otonomi, ada yg membalas kononnya kuasa otonomi sudah lapok atau basi...bagus lagi Persekutuan saja yg kuasa. Lihatlah keadaannya sekarang bila kita tiada kuasa itu...semua keputusan Malaya. Mahu lantik N.3 pun mahu Malaya yg lantik sebab Sabah tiada kuasa. Sekarang apa kita mahu buat? Ayuh! mari bersatu tumpaskan kerajaan UMNO-BN pada pru13...kasih duit ambil, undi pembvangkang sebab duit itu dari kita juga bah!
ReplyDelete“ Kenapa graduan dari Semenanjung perlu dihantar ke Sabah semata mata untuk mengisi kekosongan itu, sedangkan graduan kita di Sabah berlambak jumlahnya malahan sama tarafnya,” tegas beliau.
ReplyDeletemungkin inilah salah satu sebab kadar pengangguran di kalangan graduan Sabah meningkat kerana kerajaan pusat lebih memberi peluang pekerjaan kepada graduan dari Semenanjung..
Ya, setuju. Kerajaan pusat haruslah memberi JPN kuasa otonomi untuk membolehkannya membuat keputusan mengenai pembangunan pendidikan untuk Sabah.
ReplyDeleteSino sekarang dipaksa memilih antara jadi Cina atau KDM. Istilah Sino bakal hilang di bumi Sabah.
ReplyDeleteSabah autonomy power had long gone. This is fact.
ReplyDeleteSometime is not about self pride, certain post need to be hold by the local because they have more understanding about the need of the domestic.
ReplyDeleteAda tindakan yang dibuat JPN tidak ambil kira keadaan sebenar Sabah. Mungkin pegawai tidak memahami keadaan sini.
ReplyDeleteBiarlah orang Sabah sendiri menangani pekara berkenaan identiti Sabahan.
ReplyDeleteSabah berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung. Jangan standard kan semua hal sini dengan sana.
ReplyDeleteSeperti Kaum Sino KDM sini. Ia diakui sejak zaman British.
Kenapa perlu graduan Semenanjung saja diberi keutamaan...apa bezanya graduan Sabah yg sekarang ini banyak menganggur! Saya setuju saranan pembangkang supaya tukar saja kerajaan sekarang kalau Sabah semakin kehilangan kuasa autonominya.
ReplyDeletekalau masalah pendidikan di Sabah tidak selesai2 setelah sekian lama dibawah kuasa KL, baik beri peluang dan kuasa kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan sendiri masalah itu.. tidak payah tunggu kritikan bertubi2..
ReplyDelete