Search This Blog

Tuesday, July 26, 2011

Parti pembangkang bakal hadapi tamparan hebat jika tidak bersatu

KOTA KINABALU: Parti-parti pembangkang di negeri ini bakal berdepan tamparan hebat jika tidak bersatu sebaliknya bercakaran sesama sendiri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi, kata Presiden Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF), Berman Angkap.

Beliau berkata, parti-parti pembangkang akan menghadapi kesukaran untuk menyaingi Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13 sekiranya tidak bersatu dengan membentuk satu barisan pembangkang di Sabah.

“Pembangkang di negeri ini akan menghadapi cabaran getir sekiranya tidak bersatu sebagai satu pasukan untuk bertanding satu lawan satu dengan BN,” katanya dalam sidang media sebelum Perhimpunan Agung Pertama SPF disini kelmarin.

"Semua parti pembangkang juga haruslah bersatu dan bekerjasama dengan formula parti yang berpangkalan di semenanjung Malaysia bertanding di Semenanjung sahaja manakala, parti pembangkang di Sarawak bertanding di negeri itu dan di Sabah pula hanya parti yang berpusat di sini sahaja bertanding di negeri ini.

Selain itu, parti dari Semenanjung seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas disarankan bertanding di kebanyakan kerusi Parlimen manakala parti tempatan Sabah seperti SPF dan Parti Maju Sabah (SAPP) bertanding di kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, semua parti pembangkang juga bertanding di Parlimen dan DUN dengan nisbah sama rata tanpa mengira latar belakang dan kemampuan dengan membentuk kerjasama di setiap kawasan yang akan ditandingi parti pembangkang.

 Katanya, parti-parti pembangkang yang ada di Sabah dan yang berpusat di Semenaniung haruslah berfikiran rasional, kalau benar-benar ingin melihat Barisan Nasional (BN) tewas pada PRU-13.

Katanya, antara cadangan SPF ialah tujuh pati pembangkang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) digabungkan untuk didaftarkan dengan hanya satu simbol yang digunakan pada PRU-13 .

Berman juga menyifatkan BN juga pada masa ini turut menghadapi masalah dan cabaran tetapi ianya dapat disembunyikan oleh mereka tanpa digembar-gemburkan sehingga kelihatan beberapa pemimpin dalam BN kini bergerak atas platform badan bukan kerajaan (NGO) yang juga akan menjurus kepada politik.

Bemnan berkata, SPF bersedia untuk membuka ruang untuk perbincangan secara total dan konkrit untuk mengwujudkan satu formula yang bersifat ‘menang-menang' asalkan semua parti pembangkang yang terlibat jujur dan sedia bertolak ansur.

17 comments:

  1. Sangat setuju. Jangan pentingkan diri sahaja.

    ReplyDelete
  2. Tidak mungkin pembangkang boleh menang kalau mereka enggan bekerjasama. Fikir-fikirlah.

    ReplyDelete
  3. Tapi tidak semestinya semua parti pembangkang bersetuju untuk bergabung. Masing2 mempunya objektif politik yang berbeza.

    ReplyDelete
  4. Tidak mungkin akan bergabung. Tiada kesefaman antara pembangkang.

    ReplyDelete
  5. lebih byk parti pembangkang akan memberi kelebihan kepada BN.

    ReplyDelete
  6. Siapa juga pemimpin 'out-of-date' ini.Pakatan rakyat sendiri sudah lama memohon untuk di daftarkan sebagai satu entity politik dan mengunakan satu lambang tapi maseh belum diluluskan.

    Baru mau buat cadangan sekarang? Kasian lo.

    ReplyDelete
  7. Yang penting sekali adalah perjuangan terhadap rakyat itu sendiri.

    ReplyDelete
  8. sia-sia sahaja jikalau parti pembangkang dapat bersatu tapi rakyat enggan menggundi parti berikut.

    ReplyDelete
  9. "..mengwujudkan satu formula yang bersifat ‘menang-menang' asalkan semua parti pembangkang yang terlibat jujur dan sedia bertolak ansur.."

    agak sukar untuk direalisasikan..

    ReplyDelete
  10. Try makes DAP & SAPP cooperate with each other...can or not?

    ReplyDelete
  11. sukar untuk bekerjasama jika tidak sefahaman atau sehaluan.

    ReplyDelete
  12. kalau tidak bersatu memang sukar untuk berjuang bersama2 menghadapi PRU-13.

    ReplyDelete
  13. Mentaliti rakyat Sabah maseh lagi tunduk kepada UMNO jadi macam mana pun susah lo.

    Pairin sudah hilang suara,Dompok macam harimau hilang gigi,Kurup macam sudah pencen dan yang lain itu kalau Musa suruh lompat dari Tingkat 17 pun mau saja.kalau tidak percaya tanya Salleh Said,Raymond atau Peter Pang.

    ReplyDelete
  14. susah mahu bersatu sebab masing2 mahu meletakkan calon di semua kawasan.. bila masing2 ada calon, mesti la calon lain dia serang..

    ReplyDelete
  15. Its up to PR whether they wanted to unite or not. Don't say we didn't warn them.

    ReplyDelete
  16. SAPP wanted to be Sabah CM, no doubt PKR also have the same goals. If they couldn't sort this out, it will be a disaster to the opposition.

    ReplyDelete
  17. Bagus bah itu,masing2 taruh calun,main fluke shoot,dapat 2-3 kerusi join balik BN...,pekara biasa main politik di Sabah..Katak lompat..lompat!

    ReplyDelete