Search This Blog

Sunday, July 17, 2011

SAPP Tenom gesa rakyat tukar kerajaan BN pada PRU13

Rudy Sulaiman Mairi

NAIB Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Sulaiman Mairi mengetuk sekali lagi pemimpin pemimpin UMNO kerana merancang sesuatu projek pembangunan dilakukan secara tidak sempurna mengakibatkan ianya berlaku pembaziran dana kerajaan hasil daripada wang rakyat pembayar cukai.

Banyak projek yang dilaksanakan kerajaan khususnya infratruktur jalanraya dilakukan secara ala kadar tetapi anehnya kos projek bukannya sedikit tetapi jutaan ringgit. Beliau mengambil contoh pembinaan bangunan Pusat GiatMara berhampiran SMK Tenom dengan kos jutaan ringgit menjadi sia sia kerana telah terbengkalai sejak tahun 2008 lagi.

Rudy berkata demikian ketika berucap dihadapan kira kira lebih 100 hadirin bertempat di Kg Kemabong Lama pada Ahad yang  dianjurkan SAPP cawangan Kemabong Lama diketuai Palipus Ampasu.

Rudy seterusnya berkata, perjuangan SAPP adalah menjurus kepada usaha kepimpinan parti itu untuk mengembalikan maruah dan mertabat bangsa kepelbagaian kaum di Sabah selain menuntut hak hak asasi dan kuasa otonomi di Sabah dikembalikan sepertimana yang termaktub didalam 20 Perkara.

“ Kalau kuasa otonomi kita ada dalam kerajaan UMNO-BN di Sabah, tidak semestinya penyampaian geran komunal dilakukan oleh Perdana Menteri kerana kuasa keatas tanah adalah terletak kepada bidang kuasa Ketua Menteri Sabah. Kita tidak mahu suatu hari nanti rakyat Sabah perlu merujuk apa sahaja perkara termasuk melibatkan pembangunan untuk rakyat Sabah perlu dirujuk terlebih dahulu kepada kerajaan Persekutuan,” tegas Rudy.

Tegasnya lagi, rakyat Sabah perlu bertindak dari sekarang demi masa depan anak anak cucu cicit rakyat Sabah supaya menukar kerajaan yang korup dan membazir kepada kerajaan baru seperti SAPP sebuah parti tempatan sekaligus untuk merealisasikan misi dan visi rakyat Sabah untuk mengembalikan kuasa otonomi yang telah dihakiskan kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Sebelum itu  Roger Stimin Naib Ketua Pemuda SAPP CLC Tenom menegaskan bahawa keputusan kerajaan masakini dengan pemberian geran komunal kepada penduduk di kawasan Mukim Rundum adalah muktamad dan tidak dapat diubah lagi.

Katanya, kecuali rakyat mengubah kerajaan yang ada sekarang selepas pilihanraya umum kali ke-13 dan menggantikannya kepada kerajaan baru secara demokratik menerusi peti undi.

“ Jikalau rakyat tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan kerajaan sekarang, rakyat berhak menukar kerajaan secara demokrasi kerana rakyat mempunyai kuasa memilih  kerajaan yang adil dan saksama menerusi setiap pilihanraya yang diadakan 5 tahun sekali,” kata beliau dihadapan kira kira lebih 100 hadirin ketika sesi pemimpin turun padang SAPP di Kg Kemabong Lama pada Ahad.

Beliau berkata, geran komunal yang kini sedang menghantui pemikiran rakyat dikawasan Mukim Rundum dan perkampungan sekitarnya sudah pasti ianya akan menghakis hak mutlak pemilikan mereka secara turun temurun sehingga ke anak cucu cicit mereka.

Adalah kerana tegas Roger, geran tersebut tidak memberi hak ianya diwarisi oleh mana mana pewaris pada masa akan datang selepas  penama dalam geran itu meninggal dunia.

“ Dalam konteks ini, siapa yang harus disalahkan selain daripada wakil rakyat yang difahamkan telah mewakili kawasan ini beberapa penggal yang lalu…tetapi dalam jangka masa itu mengapa biarkan isu ini terus berlarutan tidak membawa usul tanah adat NCR dibincang ketika sesi persidangan DUN,” tegas Roger.

Roger yang juga merupakan seorang Peguam turut memberitahu bahawa beliau telah menerima banyak pesanan ringkas melalui “sms” daripada penduduk sekitar disini yang tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan memberikan geran komunal.

Bagimana pun jelas Roger, jika rakyat sudah tiada pilihan selepas semua saluran telah digunakan untuk merayu perkara itu tetapi semuanya gagal, maka rakyat berhak memilih tindakan lain iaitu menukar kerajaan kerana gagal menangani masalah rakyat. 

2 comments:

  1. Johan Ampalas PedalamanJuly 18, 2011 at 4:41 AM

    Memang pun sudah tiada pilihan lain...tukar saja kerajaan UMNO_BN, kerana selagi tidak ditukar selagi itu menyeksa rakyat dengan tindakan yg tidak kena dihati rakyat dan Sabah.

    ReplyDelete
  2. Sekarang baru kamu sedar kah? UMNO itu parti Melayu,dulu orang dusun jadi raja Murut di Tenom(Rizalman Abdullah) sekarang Lundayoh (entah2 dari Indon)jadi Raja Murut di Tenom.Timugon duduk termenung saja jadi KK,WKAN apa untung itu!

    ReplyDelete