Search This Blog

Monday, August 8, 2011

DAP dan PKR bertelagah menguasai kawasan Parlimen Tenom

Oleh: Gonod Sunda


KELIBAT parti parti politik semakin ketara keghairahan mereka apabila isyarat semboyan PRU13 akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi, lebih lebih lagi terdapat kenyataan demi kenyataan pemimpin pemimpin kerajaan BN yang membayangkan seolah olah pilihanraya sudah menghampiri diselekoh garisan penamatnya.

Lantaran itu, di pihak pembangkang khususnya PR yang dianggotai PKR, DAP dan PAS sudah mengatur langkah awal masing masing akan mencadangkan ke meja mesyuarat Negeri PR kononnya mereka sudah mengenal pasti kawasan kawasan yang berpotensi bakal dimenangi parti masing masing pada PRU13.

Dalam pada itu, difahamkan DAP salah satu daripada parti gagasan PR sudah mendahului parti parti lain dalam kerabatnya untuk menuntut kawasan kawasan yang bakal ditandinginya terutamanya dikawasan Pedalaman khususnya kawasan Parlimen Tenom yang merangkumi dua kawasan DUN iaitu Dun Melalap dan DUN Kemabong.

Berikutan tindakan DAP itu membuatkan penyokong penyokong PKR kawasan Parlimen Tenom melenting dan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan mereka terhadap keputusan itu memaksa kira kira 100 pemimpin akar umbi PKR terdiri daripada AJK Cabang, Wanita dan Angkatan Muda bertandang ke kediaman Ketua Cabang untuk mendapatkan kepastian maklumat yang mereka terima itu.

Ramai yang menyifatkan keputusan itu sesungguhnya tidak adil jika maklumat yang mereka terima itu sahih dan memberikan kuota Parlimen Tenom yang merangkumi dua DUN (Melalap dan Kemabong) diberikan kepada DAP, sedangkan DAP tidak mempunyai apa apa “Political base" di situ berbanding dengan PKR sudah bertungkus lumus mengukuhkan pengaruhnya disitu lebih tiga tahun lalu berserta dengan penubuhan beberapa ranting.

Sementara itu, beberapa individu yang memerhati keaktifan politik pembangkang disini mendapati kehadiran DAP di Parlimen Tenom sekadar biasa dan ala kadar pengaruhnya jika dibandingkan dengan PKR atau SAPP yang mana kedua duanya mempunyai Pejabat Perhubungan dan siap dengan kakitangan menjalankan jentera pentadbiran parti masing masing.

"Apakah asasnya DAP dengan sewenang wenangnya menuntut kawasan Parlimen Tenom adalah kuota mereka dan apakah DAP mampu menumbangkan UMNO-BN yang mempunyai pengaruh dan kekuatan lojistik yang kukuh di Tenom, sedangkan DAP hanya mampu melayani kehendak petugas jenteranya dengan air liur sahaja," tegas salah seorang pemerhati.

Pandangan masyarakat diTenom terhadap niat dan hasrat DAP adalah disifatkan mereka sebagai terlalu terikut ikut dengan keghairahan mereka bahawa rakyat tetap memihak kepada pembangkang pada PRU13 berdasarkan momentum sebelum ini namun DAP gagal mengambilkira bahawa perjuangan DAP berasaskan kepada perjuangan untuk membela kebajikan masyarakat Cina, yang tidak sesuai digunakan dikawasan DUN Kemabong dan Melalap yang majoritinya adalah pengundi suku Murut.

Harus diingat bahawa, tidak seperti PKR atau SAPP yang bulat bulat sudah beralih kepada perjuangan berbilang kaum (multi racial), yang boleh dikategorikan sebagai sesebuah parti yang bersesuaian dengan konsep berbilang suku kaum dalam perjuangannya.

33 comments:

  1. When will the opposition come to an agreement among themselves?

    ReplyDelete
  2. Let the people take their pick during the next GE.

    ReplyDelete
  3. mereka ni tiada kesefahaman, kerusi parlimen pun nak berebut, buatlah pembahagian secara adil.

    ReplyDelete
  4. Last2 tiada dapat apa2.

    ReplyDelete
  5. Sekiranya setiap parti mengutamakan kebajikan rakyat & berjiwa rakyat, rasanya parti berdasarkan apa & mewakili kaum apa bukan la masalah.

    ReplyDelete
  6. Jangan terlalu yakin dengan ramalan.

    ReplyDelete
  7. Masalah ini memberi manfaat kepada parti2 yang lain.

    ReplyDelete
  8. Andu bah..belum apa2 lagi sudah mahu bertelagah?

    ReplyDelete
  9. Ini belum lagi jadi kerajaan, sudah macam ini. Pandai2lah kamu mengundi nanti okay.

    ReplyDelete
  10. Tidak kira bakal pemimpin dari kaum apa, yang penting beliau ikhlas dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  11. jika benar, ini menunjukkan mereka tidak bersatu dan tidak mempunyai sefahaman.

    ReplyDelete
  12. Akhirnya pada PRU nanti mereka tak dapat meraih satu pun kerusi.

    ReplyDelete
  13. kerap kali dikatakan oleh pihak pembangkang PRU13 tidak lama lagi..boleh kah pembangkang memberikan satu tarikh yang pasti dan bukannya hanya mengelirukan rakyat?

    ReplyDelete
  14. hahaha...satu perahu pun, PKR dan DAP tidak boelh capai kata sepakat...lagi teruk kalau pakatan rakyat yang akan memerintah..

    ReplyDelete
  15. rakyat sabah tidak payah buang masa menyokong PR kerana sudah terbukti mereka (DAP, PKR, PAS) hanya pentingkan agenda politik masing2 dan bukannya kebajikan rakyat sabah.

    ReplyDelete
  16. sudah pasti mereka (PR) tidak akan dapat menang di tenom sebab langsung tiada persefahaman antara DAP dan PKR..

    ReplyDelete
  17. adalah lebih baik DAP dan PKR fokus di kawasan masing2 iaitu penang dan selangor..tidak payah sibuk2 di sabah..

    ReplyDelete
  18. harap para pemimpin kerajaan BN juga telah bersiap sedia

    ReplyDelete
  19. bukan senang nak menambat hati rakyat jika sekadar cakap kosong sahaja

    ReplyDelete
  20. baguslah, setidak-tidaknya ahli pemimpin komponen BN ada peluang untuk menarik undi penduduk setempat

    ReplyDelete
  21. Pertelagahan ini jelas menunjukkan rakyat tidak mungkin mengundi mereka.

    ReplyDelete
  22. setuju dengan pendapat gerigitan!

    ReplyDelete
  23. Betul tu adi, memang bukan senang nak tambat hati rakyat kalau cakap ja kan. Tapi ada juga tu yang lembut hati, mudah cair bila dipujuk:P

    ReplyDelete
  24. Jadi rakyat kenalah matang dan bijak berdepan dengan sebarang situasi. Pastikan kita semua membuat penilaian yang tepat.

    ReplyDelete
  25. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang akan berlaku next GE nanti.

    ReplyDelete
  26. DAP dan PKR?? Rasanya SAPP lagi layak daripada dua parti ini.

    ReplyDelete
  27. Bukankah DAP dan PKR atas satu bumbung?! Kenapa mahu bergaduh hanya kerana kerusi tenom?! Tidak perlulah bagi saja kepada si Yong Teck Lee. Kata Hosie Masie tadi SAPP lagi layak.

    ReplyDelete
  28. DAP dan PKR bukan untuk Sabah..Jadi tidak perlulah berebut untuk kerusi Tenom. Rakyat pasti menolak PKR dan DAP.

    ReplyDelete
  29. Let the people there decide this. We have no rights to say anything.

    ReplyDelete
  30. Why fighting over this? Childish.....

    ReplyDelete
  31. Sinabun Kaili, RundumAugust 9, 2011 at 12:42 PM

    Rakyat tenom bukan bodoh bah mau terhegeh hegeh pemimpin DAP dan PKR, kedua duanya parti Malaya serupa juga Umno...lebih baik parti tempatan SAPP atau SPF atau Parti Bersama dulu Parti Setia.

    ReplyDelete
  32. setiap kali pilihanraya, mesti ada komponen Pakatan yang tidak puas hati dengan pembahagian kerusi. memang biasa berlaku la tu.. tidak payah heran.. cakap dengan media kononnya mereka mempunyai kesefahaman, tapi bila sampai waktunya masing2 tunjuk sikap tamak.

    ReplyDelete
  33. Labo Kiripan, SarawakAugust 12, 2011 at 6:10 PM

    kalau berebut kerusi...bagus buang kerusi duduk bersila atau menyangkung lagi luas nda payah berebut lagi...!

    ReplyDelete