Search This Blog

Thursday, October 13, 2011

Taman permainan Sinar Bukit tidak diselenggara

Parit yang telah runtuh

Hasil dari Aduan Penduduk, Datuk Liew Teck Chan, Ahli Dewan Undangan Negeri Likas, dengan serta merta mengarahkan Ketua Pemuda CLC Likas Encik Woo Choon Vun untuk menyelidiki dan beliau mengesahkan bahawa Taman tersebut tidak diselenggara dalam tempoh yang agak lama berpandukan kepada Parit taman tersebut telah pecah sehingga mengakibatkan runtuhan tanah menyebabkan parit tersumbat sehingga menjejaskan Tiang telefon berdekatan yang telah condong dan akan tumbang bila-bila masa sahaja.

Besi penghalang kenderaan yang telah rosak
Besi penghalang Kenderaan dari memasuki kawasan Tapak Permainan telah dirosakkan,  Tong Sampah telah penuh dan selebihnya berselerak tidak dibersihkan agak lama berasaskan sisa makanan telah berulat dan berbau busuk.  Rumput terbiar tumbuh merimbun selain sebatang pokok yang layu kering berhampiran taman yang pasti akan tumbang ke kawasan Taman tersebut dan sebahagian alat-alat permainan telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

Pengadu memaklumkan bahawa Taman Permainan Sinar Bukit ini sahaja yang menjadi kawasan riadah penduduk setempat namun dengan keadaan Taman yang tidak terurus sangat membimbangkan selain kesihatan terjejas, keselamatan nyawa mungkin terancam.

Tong sampah yang dipenuhi
sampah sampai jatuh merata-rata
Datuk Liew berharap agar pihak DBKK dapat mengambil tindakan segera bagi menangani permasalahan yang timbul dan sangat berharap agar penyelenggaraan keatas Taman Permainan Sinar Bukit ini dapat diteruskan dari masa kesemasa.

12 comments:

  1. Kids nowadays don't go outside and play anymore.

    ReplyDelete
  2. DBKK should take actions to safe-proof those playgrounds.

    ReplyDelete
  3. tman tersebut kelihatan tidak terjaga, taman tersebut harus diselanggara segera.

    ReplyDelete
  4. Ambil tindakan dengan segera untuk atasi masalah ini.

    ReplyDelete
  5. Penduduk yang berhampiran pun berilah kerjasama untuk tidak membuang sampah merata-rata.

    ReplyDelete
  6. kalau kemudahan2 yang disediakan di taman ini tidak dijaga pastinya akan cepat rosak. harap masalah ini dapat diambil tindakan segera.

    ReplyDelete
  7. keadaan taman yang kotor dan semak boleh mengundang bahaya.

    ReplyDelete
  8. ada pegawai2 dbkk yang tidak buat kerja.. tiap bulan tunggu gaji masuk..

    ReplyDelete
  9. Pihak yang berkenaan perlu mengambil perhatian dan tindakan mengenail hal ni.

    ReplyDelete
  10. harap taman tersebut akan diselenggara oleh pihak yang berkaitan.

    ReplyDelete
  11. selain itu, mereka yang mengunjungi taman berkenaan perlulah menjaga kebersihan..

    ReplyDelete
  12. Siapa yang bertanggung jawab dalam hal ini? Harap tidak ada pihak yang menunding jari satu sama lain. Saya cadangkan baik setiap taman membuat jawatankuasa bagi aktiviti-aktivit seperti gotong royong dan aktiviti lain lagi.

    ReplyDelete