Oleh Datuk Eric Majimbun
Kita Manusia inilah yang penuh kesempurnaan dengan pembentukan Kerajaan sejak zaman British, undang-undang tanah telahpun digubal demi untuk mengatur dan menyeragamkan pentadbiran tanah di Negeri Sabah.
Malangnya disebabkan tamak dan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan Pusat dan Negeri yang mempunyai kuasa penuh terhadap tanah.
Rakyat Sabah, khasnya anak-anak negeri Bumiputera semakin hari semakin hilang HAK terhadap tanah tempat lahirnya, tempat pencarian Hasil kehidupan dan tempat semadinya hayat dikandung tanah.
Pencabulan Kuasa Kerajaan dengan membantu Rampasan tanah yang berleluasa sangat ketara dan terkutuk. Orang-orang tertentu Kerajaan kini bersubahat dengan penyelewengan yang penuh kezaliman.
Gajah, Tembadau serta semua hidupan liar pun diberi perlindungan, kenapa pula rakyat yang dipanggil manusia ini diberi hukuman seolah-olah kita tidak mempunyai taraf yang sepatutnya diberi keutamaan perlindungan.
Orang yang tidak waras pemikiran pun dapat membezakan hitam dan putih, tetapi Kerajaan kini sangat keji dengan perbuatan mereka sehingga perkuburan nenek moyang pun dibakar, rumah ditumbang dan hasil pendapatan dari sumber pertanian pun dimusnahkan tanpa ada perikemanusiaan.
Bangsa-bangsa Bersatu menggalakkan suku-suku kaum etnik untuk menghidupkan adat istiadat kebudayaan tetapi atas kelakuan keji dan penindasan Kerajaan seperti yang kita lihat dan rasa pedih ini maka boleh diertikan bahawa Kerajaan Negeri dan Pusat hari ini terang-terangan menjurus kepada bukan sahaja kepada cara kehidupan kita tetapi pasti ini akan membawa kepada penindasan ekonomi, adat resam dn sosial budaya kita.
Datuk Eric Majimbun ialah Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) merangkap Ahli Parlimen Sepanggar
Whats this fella trying to say?Cheap publicity.
ReplyDeleteKasian kau Mp Govind/Biris punya Biris...apa apa yang dibuat oleh SAPP untuk rakyat kau tentang...kaulah pengkhianat bangsa sabah sendiri...bagus kau dibuang negeri saja..engkau pikir engkau bijak tapi sebenarnya palui bah.....kau hanya cari makan dengan cara keji iaitu menghina saja....saya sumpah kamu mp govind/biris punya biris dan juga keturunan kamu akan susah kerana penghinaan kepada anak watan sabah sendiri.....BODOH punya MP GOVIND/BIRIS PUNYA BIRIS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletetrue enough. mari lihat di sekeliling kita. mungkin jiran kita juga melalui penindasan dan keseksaan ini. banyak tempat di mana kejadian spt ini berlaku. di daerah saya serta daerah sekitar pun ia berlaku dlm puluhan kes. penduduk paitan (daerah beluran) sekarang melaluinya dan sedang bertungkus lumus turun naik mahkamah utk mempertahankan harta warisan nenek moyang mereka. kesnya semudah ini; penduduk kg telah memohon tanah tersebut sejak puluhan tahun malah ada permohonan yg telah diwarisi sejak bapa atau datuk mereka. alasan jabatan tanah & ukur biasanya berbunyi begini, "permohonan sedang diproses", "permohonan akan dibawa ke mesyuarat minggu depan" dan yg paling popular ialah "kami tidak cukup kakitangan". malah pengarah jabatan ini sendiri telah mengakuinya beberapa kali. pun begitu permohonan tanah oleh kompeni2 besar atau individu2 kaya dari seberang mudah saja mendapatkannya dlm tempoh kurang 3 bulan. malah saiz tanah yg diluluskan juga menggerunkan.
ReplyDeleteHak tanah rakyat perlulah dipertahankan. Jangan sekali mengabaikan hak rakyat.
ReplyDeleteHarap rakyat sendiri boleh membuat penilaian sendiri dengan bijaksana.
ReplyDeletependuduk tempatan telah lama menduduki dan mengusahakan tanah2 tersebut, lagipun mereka dah membuat permohonan. tanah tersebut sepatutnya menjadi milik mereka.
ReplyDeletetanah yang sepatutnya menjadi hak penduduk harus dipertahankan.
ReplyDeleteSapp tidak perlulah kerajaan semata-mata. masa Sapp ada kuasa dulu pun pelbagai isu yang timbul..
ReplyDeleteSapp tidak perlulah menyalahkan kerajaan semata-mata. masa Sapp ada kuasa dulu pun pelbagai isu yang timbul..
ReplyDeleteapa pun, harap isu-isu tanah yang berlaku akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteyup.. dan masalah itu jugalah yang berlaku ketika sapp mentadbir negeri ini.. kerajaan pada waktu itu sama juga tamak dan menyalahgunakan kuasa..
ReplyDeleteperlu diingat, ada juga penduduk kampung yang sengaja menjual tanah atas alasan tidak mampu mengusahakan tanah itu kerana faktor kemiskinan.. bila tidak ada apa2 lagi yang tinggal baru bangkit menentang konon tanah di rampas..
ReplyDeletesemua penduduk kampung yang menjadi mangsa rampasan tanah, bawa saja kes itu ke mahkamah..
ReplyDeleteKenapa banyak betul masalah birokrasi di Jabatan Tanah ni?
ReplyDeleteNCR dan PATI inilah masalah terbesar di Sabah.
ReplyDeleteBN sudah menuubuhkan Jawatankuasa mengenai hal ehwal tanah yang dipengerusikan sendiri oleh KM. ini juga merupakan satu usaha kerajaan untuk menyelesaikan isu tanah yang dihadapi oleh penduduk Sabah.
ReplyDeletekadang2 masalah tanah ini juga berlaku disebabkan penduduk itu sendiri. tak boleh tudingkan jari pada kerajaan saja.
ReplyDeleteHarap masalah tanah ini akan dapat ditangani di Sabah. Jangan biarkan masalah ini berterusan. Kerajaan pasti akan dapat jalan penyelesaian untuk masalah ini.
ReplyDelete