Search This Blog

Tuesday, January 17, 2012

Dinasti politik Umno-BN

Rudy

Oleh:  Mail Mathew

TENOM:  Meskipun penjelasan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berhubung isu menurunkan perjuangan politik kepada anaknya  Alex Kitingan  yang juga seorang Peguam sebagai kesinambungan  perjuangan politiknya  disifatkannya sekadar spekulasi  menjelang pilihanraya umum kali ke-13 yang semakin hampir namun rakyat di kawasan akar umbi khususnya dikawasan Parlimen Keningau  menganggap isu itu ia bukan suatu yang mustahil.

Malahan  ianya sudah menjadi budaya politik Barisan Nasional (BN) sepertimana berlaku dalam UMNO dimana beberapa tokoh pemimpin terdahulu  seperti  Allahyarham Tun Abdul Razak, Tun Hussin On, Tun Mahathir telah pun menurunkan perjuangan mereka kepada anak anak sebagai pewaris kesinambungan perjuangan mereka walaupun ianya bukan amalan demokrasi yang tepat.



Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Sulaiman Mairi menegaskan demikian ketika diminta mengulas  langkah pemimpin ‘senior’ Tan Sri Pairin dan Tan Sri Kurup yang dilaporkan akan menurunkan perjuangan politik  kepada anak masing masing bila sampai masanya.

SAPP Pedalaman menganggap perkara itu bukan suatu perkara  yang ganjil, malah mereka tidak terkejut dengan niat kedua dua tokoh itu Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup sepertimana yang telah dilaporkan sebelum ini, tegas Rudy.

“Tindakan mereka itu mungkin sebahagian daripada menyahut saranan Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum kali ke-13 hanya calon winnable candidate sahaja yang akan diturunkan sebagai calon atau sebagai persiapan mereka untuk bersara dalam politik,” kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika diminta mengulas laporan tersebut pada isnin.

Rudy yang juga merupakan Pengerusi Pergerakan Pemuda SAPP zon Pedalaman dan Ketua Pemuda SAPP CLC Melalap berkata, beliau tidak berniat campur tangan dengan persoalan mereka namun senario isu itu membuatkan rakyat khususnya penyokong mereka  sendiri kini dilanda penyakit  berteka teki  seterusnya ia menggambarkan  seolah olah mereka disisihkan hak untuk menentukan pemimpin mereka di masa depan.

Spekulasi berhubung isu itu terus menular  ekoran terdapat cakap cakap di kaki lima  sejak kebelakangan ini  bahawa kedua dua tokoh itu sering kelihatan bersama dengan anak masing masing iaitu Arthur Kurup sering bersama ayahnya Tan Sri Kurup manakala Alex Kitingan dikatakan juga kelihatan sering bersama Tan Sri Pairin ketika majlis majlis bertemu rakyat diakar umbi.

Turut menguatkan spekulasi itu mempunyai kebenarannya apabila Kurup dalam beberapa hari selepas laporan media terpampang di akhbar akhbar tempatan dimana Kurup tidak menafikan pembabitan anaknya namun sekadar berkata bahawa beliau tidak pernah mengesahkan anak lelakinya Arthur Kurup akan bertanding dalam kawasannya.

Bagaimana pun pada Ahad lepas, Pairin tampil menjawab persoalan itu ketika ditanya media semasa beliau melancarkan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di dewan masyarakat Keningau kononnya ia sekadar spekulasi semata mata dan diluar pengetahuannya sambil menambah bahawa anaknya Alex Kitingan tidak pernah bersamanya dalam setiap lawatan di kawasan Parlimennya.

84 comments:

  1. OMG...Tan Sri-Tan Sri KDM .....Atuuuuuuukoi, amu noh milo dot harapon kopio... dan mamai J.kurup ko lupa sudah kah itu anak-anak di kampung Kobusak tu. kesian bha durang tuu.....sayang juga bha itu undi kalau pindah sempadan....kan.

    ReplyDelete
  2. Tak salah pun setiap keluaraga boleh buat dinasti sendiri sama ada dinasti keluaraga Politik atau Business. Suku kaum KDM adalah suku bangsa yang sudah dianggap berjaya! Orang2 Cina,Arab dan India beribu tahun sudah mengenali tamadun politik,business dan Agama.Bayangkanlah 1881 sehingga 1963,1963 sehingga sekarang beribu anak bangsa KDM menjadi Ketua Menteri,TYT, Lawyer,Doktor,Ahli Politik,Father,Engineer dan lain jawatan profesional dan jangan lupa juga banyak di Kampung2 sana punya LLB (Lawyer Lawyer Buruk)! oleh itu siapa pun mereka ini daripada anak suku kaum KDM berilah mereka sokongan,jangan Asik iri hati-"Sekiranya kamu merancang untuk setahun,tanamlah Padi manakala sekiranya kamu merancang untuk bertahun-tahun tanamlah pokok(Kelapa Sawit,Getah atau Durian),sekiranya kamu merancang untuk sedekad tanam lah Manusia" (berbini banyak).

    ReplyDelete
  3. Ya, Lim Kit Siang juga menurunkan kuasa kepada anaknya Lim Guan Eng sama seperti Lee Kuan Yew menurunkan kuasa kepada anaknya Lee Sien Loong. Apa yang heran sangat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada apa2 yang menghairankan. Cuma persoalan timbul, mampukah mereka berpolitik seperti bapa mereka? Mungkin juga mereka lebih hebat?

      Delete
    2. tiada apa yang menghairankan...saja perkara ini diperbesarkan..

      Delete
    3. this matter is purposely made into an issue. Neway, if the son or relatives will be the one taking over, then they better be ready.

      Delete
    4. sama juga dalam PKR. anak beranak lagi, Anwar, Wan Azizah dan anak mereka Nurul Izzah.

      Delete
  4. Belum tentu lagi mereka pasti akan membiarkan anak mereka mewarisi perjuangan mereka. Tunggulah kenyataan daripada Kitingan dan Kurup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling senang, tunggu saja nama2 calon yang akan bertanding diumumkan. Nah, itu baru rasmi.

      Delete
    2. kalau ada ciri2 kepimpinan seperti mereka tu, apa salahnya juga.

      Delete
  5. Bukankah anak Kurup bekerja di gereja? Saya nampak bilboard besar di Menggatal sana sama anak si Dompok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's Pontius Kurup la geng...not the one that mentioned in this articles.

      Delete
    2. They are their relatives.

      Delete
  6. “Tindakan mereka itu mungkin sebahagian daripada menyahut saranan Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum kali ke-13 hanya calon winnable candidate sahaja yang akan diturunkan sebagai calon atau sebagai persiapan mereka untuk bersara dalam politik,” kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika diminta mengulas laporan tersebut pada isnin.

    -So when will the old guards of SAPP going to give way to fresh new faces? Isn't it high time that the old guards retire?

    ReplyDelete
    Replies
    1. the old guards of SAPP such as YTL want to be sabah CM once again..there's no way he or his comrades will give a way to fresh new faces..

      Delete
    2. Fresh new faces should be given the chance to lead. YTL your time is over, just let the fresh new faces to lead.

      Delete
    3. I think YTL still not realize that his time is over. no chance for fresh new leaders.

      Delete
  7. Nothing wrong if they are cut for it!! The people will not concern if they have the heart beat of the people

    ReplyDelete
  8. Terpulang jika mereka mahu menurunkan legasi politik mereka kepada anak-anak. Tetapi tidak semestinya bakat berpolitik itu ada sepenuhnya di dalam diri anak-anak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika itu kehendak mereka, biarkanlah..

      Delete
    2. for now its not an issue.Unless the son does not know a clue about politics and is made into a candidate, then this should be made into an issue.

      Delete
  9. jika mereka layak dan mampu teruskan perjaugan, tak salah ia diturunkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika mereka berminat dan layak apa salahnya..tapi mampukah mereka mendapat sokongan dari ahli parti dan rakyat?

      Delete
  10. jadi hal ini tak perlu nak dijadikan isu besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak perlu diperbesarkan sebab ianya bukannya satu isu...ia lebih kepada isu peribadi..

      Delete
  11. Isu ini entah betul atau tidak. Pairin pun macam menidakkan saja spekulasi itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tengoklah nanti sama ada betul atau tidak..

      Delete
  12. Sekiranya berkelayakan dan mendapat sokongan ramai, apa salahnya anak pun berada dalam politik. Tapi kena ada kenyataan rasmi mengenai hal ni. Bukan hanya setakat kabar2 angin saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ini hanya spekulasi sahaja..biasalah kalau dekat2 pru ni..

      Delete
    2. high possibility its just rumours, just like the rumours about Lajim.

      Delete
  13. semua manusia ini macam pintarbodohlah, bukan apa janganlah marah dulu...kalau ketua yang dia setia mesti disokongnya habis-habisan kalau tidak, dibantainya sampai bawa orang lain membenci ada juga yang duduk atas pagar menunggu dia jatuh sebelah mana...yalah siapa yang bagi gula2 besar kita panggil dia BOSS dan jadi pengikut macai / opportunist.... (kalaulah saya ni... saya mau cari pengikut2 yang betul-betul setia yang timbultenggelam dengan saya walaupun saya berbohong, menipu, memaki, menghina, diskriminasi dan makan suap kerana saya masih ada penyokong yang agak bodoh dan tolol). kan duit itu berkuasa...siapa mahu..?? RM500 nah ambil sendiri....!! RM100 bagi budak2... laptop pun ada juga...mari-mari... nanti kamu gemok sikit baru saya potong..... mmmuuaaaahahhaahahaaaa..!!!

    ReplyDelete
  14. tidak mengejutkan...ianya sudah jadi lumrah ahli2 politik bukan saja di malaysia malah di seluruh dunia..namun yang menentukan sama ada mereka relevan atau tidak ialah rakyat..kalau rakyat tidak sokong, maka mereka akan 'lesap' dari dunia politik..

    ReplyDelete
  15. dinasti politik DAP, PKR tidak mahu ulas kah SAPP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulas untuk parti lawan saja ni. mana mahu memburuk2kan parti2 kawannya.

      Delete
  16. kita tunggu dan lihat siapa yang akan dicalonkan..

    ReplyDelete
  17. Itu andaian kan punya laju, belum pun ada pengakuan rasmi dah tersebar di internet. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam juga kes lajim. Blm ada pengakuan rasmi, sudah tersebar di internet.

      Delete
  18. Kalau diperturunkan pun apa salahnya. Bukankah rakyat juga yang akan buat keputusan nanti.

    ReplyDelete
  19. Jadi janganlah kita buat kesimpulan terlalu awal... Sabar, tiba masa semuanya akan kita ketahui juga.

    ReplyDelete
  20. Hahaha.. Politik memang bah banyak betul arah angin bertiup sampai pening pokok yang kena sapa...

    ReplyDelete
  21. Saya tak kisah siapaun yang bertanding asalkan layak pasti kena sokong juga tu. Kalau tak, hhmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. most importantly, they must be a responsible person who is passionate about helping the people and developing sabah.

      Delete
  22. So what if the son or relative will take over?We are the one who is going to decide whether that person will win the election.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basically, the choice is in our hand to vote for the right leader.

      Delete
  23. maybe its just speculation, maybe its not. But the main thing is that we are the one with the power to vote.

    ReplyDelete
  24. when the time comes, we will know the list of candidates representating the parties..

    ReplyDelete
  25. I personally think that everything must come with a reason.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekadar nak kritik pasal kerajaan, maka semua hancur la.

      Delete
  26. It is a pity that our locals are losing their land, their culture, their community is diminishing, their oils are being pump away everyday but they are getting poorer. Yet are they awake now? Still quarreling over petty issues.

    ReplyDelete
  27. The genuine Sabahans, open your eyes and see, pay attention and listen, open your mind and think what is best for you and our generations. YTL is a genuine Sabahan who is fighting for you and Sabah. Just compare him with other so-call leaders. You will know who is fighting for us. We must join hands and fight for our rights!!

    ReplyDelete
  28. SAPP akan memikirkan bagaimana untuk memastikan bagaimana untuk menjatuhkan BN Sabah. Jadi pasti SAPP tidak akan setuju apa pun kebaikan yang dibuat oleh BN Sabah. Jika tidak pasti SAPP tidak akan dapat penyokong.

    ReplyDelete
  29. tidak kisah siapa pun, yang penting mampu menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  30. ada saja isu yang dimainkan, sampai pekara macam ini pun mau dijadikan isu.

    ReplyDelete
  31. lebih baik setiap parti fokus terhadap tanggungjawab kepada rakyat dan bukannya memainkan isu seperti ini.

    ReplyDelete
  32. Please more alert to the people's voices.

    ReplyDelete
  33. Apa yang saya boleh katakan ialah, Sabah mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi yang terbaik.

    ReplyDelete
  34. Bagus la ba tu..mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi..hehe..

    ReplyDelete
  35. kalau ada ciri2 boleh menjadi pemimpin yang baik,apa salahnya..sangat dialu2kan lagi.

    ReplyDelete
  36. Biasalah politik..macam2 cerita keluar..

    ReplyDelete
  37. Tidak payahlah memperbesarkan isu ini.. isu sja2 ja ne..haha

    ReplyDelete
  38. Kita tunggu dan lihat sahaja la... komen banyak pun sama jg..

    ReplyDelete
  39. mungkin ini hanyalah spekulasi semata-mata....

    ReplyDelete
  40. walau bagaimanapun, ini terpulang kepada anak mereka jika masing-masing mahu terlibat dalam politik

    ReplyDelete
  41. keputusan semuanya di tangan sendiri

    ReplyDelete
  42. yang penting, kerja untuk membangunkan Sabah dan tolong rakyat mesti berterusan, bukannya hanya 'sibuk' bila tiba musim PRU sahaja

    ReplyDelete
  43. demikian juga, semoga BN Sabah dapat memantapkan lagi perpaduan di kalangan parti komponen agar perkhidmatan terbaik kepada rakyat dapat disalurkan

    ReplyDelete
  44. berikan perhatian pada rakyat dan tidak perlu memainkan isu yang macam ni.

    ReplyDelete
  45. rakyat mempunyai kuasa untuk memilih, jadi pilihlah yang terbaik.

    ReplyDelete
  46. Bn masih kekal kuat di Sabah. Cuma berapa banyak kerusi yang dimenangi berbanding 2008?

    ReplyDelete
  47. Adakah anak-anak mereka ini berminat dan berkeupayaan?

    ReplyDelete
  48. Right people to fill right position.

    ReplyDelete
  49. Ciri-ciri dan unsur generasi muda amat penting untuk memimpin generasi yang akan datang. Jika tidak berbakat, lebih baik diberi kepada yang ada.

    ReplyDelete
  50. kritikan harus diterima jika is munasabah, jika tidak, abaikan je.

    ReplyDelete
  51. Sabah pasti berkembang pesat jika dipimpin oleh yang berkebolehan dan kerajaan yang tidak berasuah.

    ReplyDelete
  52. Pairin mencontohi apa yg dilakukan oleh para pemimpin bangsawan BNUMNO Malaya.

    Eleh! Pairin ingat keturunan dia sajakah yg berkebolehan memimpin Sabah?
    Malahan, kerana kepimpinan si Talou inilah UMNO masuk ke Sabah dan punca Mahathir buat projek IC Mahathir.

    Nampak?????

    Vote BNUMNO out come GE13!

    ReplyDelete
  53. Sebahagian pengomen disini masih budak2 yg belum tahu apa2 serta kurang membaca dan menghayati isu2 semasa di Sabah.

    Ingat! Jangan asyik mimpi dan dibuai oleh gula2 BNUMNO.
    Para pemimpin KDM bikin malu dgn para pemimpin asal PATAI.
    ODOI1!!!!!! Koikum-ikum, akapal ngawi ot wuros!

    ReplyDelete
  54. Kalau ada bakat apa salahnya. Kalau tidak, lebih baik beri pelaugn kepada yang ada.

    ReplyDelete
  55. Biarlah rakyat yang menentukan nasib mereka.

    ReplyDelete
  56. Adakah anak mereka ini berminat? Seterusnya, adakah meraka ini berbakat?

    ReplyDelete
  57. Isu ini tidak perlu menumpu perhatian.

    ReplyDelete
  58. Make sure they are the right candidate, if not just another waste of tax payee money.

    ReplyDelete
  59. Memang karut isu ini, biarkan lah.

    ReplyDelete
  60. kalau tidak suka tolak saja ba.. tapi kalau yang terima lebih banyak dari yang menolak, akur saja la.. teruskan berpolitik, kerana politik menjanjikan masa depan yang cerah..

    ReplyDelete