Search This Blog

Friday, January 20, 2012

STAR: Hentikan memperdayakan rakyat Sabah

“Ahli-ahli politik dan parti-parti politik dari Semenanjung harus menghormati rakyat Sabah sekiranya mereka betul ikhlas membantu Negeri Sabah dan rakyatnya dan janganlah merujuk kepada mereka sebagai “simpanan tetap” dan hanya pengundi dari segi politik semata-mata diperguna demi menawan atau mengekal kuasa di Putrajaya” hujjah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Ketua STAR Sabah.

Beliau menegaskan bahawa “Rakyat Sabah kini lebih matang dalam kefahaman politik”  

“Kini rakyat menyedari bahawa mereka telah diperdaya, diperguna dan ditipu sepanjang 48 tahun yang lalu sehingga Sabah menjadi Negeri yang termiskin di Malaysia dan kehilangan kuasa politiknya”.

Sudah tentu UMNO/BN berasa gembira kerana kekal berleluasa kuasa di Sabah.   Akan tetapi adakah rakyat Sabah gembira?
                                                                          
Fikirkanlah! Adakah kita berasa gembira sebagai Negeri termiskin sambil mengetahui bahawa Negeri Sabah kaya-raya dengan sumber alam semulajadi termasuk minyak dan 95% hasil minyak kita diambil dengan secara tidak adil?
     
Adakah kita berasa gembira kerana dibanjiri dengan pendatang asing yang diberi MyKad dan berhak mengundi sehingga tidak lama lagi mereka akan mengambilalih hak-hak kita?
     
Adakah kita berasa gembira menerima hanya 5% daripada hasil sumber minyak kita dan Petronas menerima 95%?
     
Adakah kita berasa gembira bahawa hasil kita sebanyak RM35 bilion dipungut oleh Kuala Lumpur setahun manakala Negeri kita dengan tungkus-lumus hanya boleh memungut hasil setakat RM3.6 bilion sahaja?              
Adakah kita berasa gembira dikuasai dan dijajahi oleh UMNO?
     
Tambahnya, kini Pakatan Rakyat juga datang memancing undi kita dan meminta rakyat Sabah menepikan parti-parti tempatan kecil dan menyokong mereka secara lansung mencapai agenda tersirat mereka terhadap rakyat dan Negeri Sabah.
   
Adakah mereka menganggap bahawa rakyat Sabah adalah bodoh dan mahu satu penjajah ditukar dan diganti oleh penjajah baru?
     
Rakyat Sabah tidak memerlu peringatan tidak diperdaya dan ditipu kali kedua dengan cerita donggeng bahawa hanya parti-parti Semananjung sahaja yang terbaik sanggup mewakili dan mempertahankan Sabah dan rakyatnya.
         
Rakyat Sabah dan Sarawak mesti mempertahankan dan memegang kerusi-kerusi Parlimennya.  Jikalau tidak, bukan sahaja kedua-dua Negeri Borneo akan hilang kuasa bersuara mereka tetapi juga akan hilang kuasa rundingan mereka untuk mempertahankan hak-hak Negeri mereka.              

Pendapat sesetengah pemimpin tempatan parti pembangkang daripada Semenanjung dan pemimpin-pemimpin pembangkang dari Semenanjung bahawa hanya parti besar atau parti yang berpengkalan di Semenanjung sahaja yang terlayak menjadi kuasa penentu adalah salah dan tidak benar.    

Bersusulan daripada keputusan pilihanraya 2008, adalah nyata dan jelas bahawa Sabah dan Sarawak sudah menjadi kuasa penentu siapa yang memerintah Putrajaya.   Seandainya parti-parti tempatan Sabah dan Sarawak telah menukar dan memihak pihak pembangkang, sudah terjadi penukaran Kerajaan Persekutuan.    
Satu-satunya contoh yang menyangkal pendapat tersebut adalah peranan yang dipegang oleh parti Liberal Democrats waktu pilihanraya United Kingdom pada tahun 2010.    Parti Liberal Democrats memenangi hanya 57 kerusi di Parlimen UK yang mempunyai 650 kerusi tetapi telah menjadi kuasa penentu didalam perikatan yang berjaya menubuhkan Kerajaan pemerintah UK.    Kuasa penentu tersebut pun dapat merebutkan perlantikan Timbalan Perdana Menteri UK untuk parti Liberal Democrats.                        
Sudah nyata bahawa parti-parti Semenanjung memerlukan kerusi-kerusi dan sokongan rakyat Sabah.  Sokongan yang dipohon harus hanya diberikan dengan syarat-syarat yang memihakkan Sabah dan rakyatnya dan bukan berdasarkan syarat mereka atau agenda mereka.
     
Parti-parti Semenanjung boleh dan telah berjanji terang bulan dan bintang untuk meraihkan sokongan Sabah.    Akhirnya, janji-janji mereka hanya janji kosong dan hanya parti tempatan yang berazam kuat sahaja yang dapat mempertahankan hak-hak kita.
     
Parti-parti komponen BN tempatan sekarang hanya sekadar pak turut ditarik cucuk hidung dan dipaksa membisu, pekak dan buat bodoh sehingga tidak boleh menyuarakan hak-hak Sabah dan rakyatnya.   Mereka harus mengikut jejak parti Liberal Democrats di UK dan membelajari kemahiran mereka menggunakan kuasa penentu mereka.
   
Masa sudah tiba untuk rakyat Sabah bersatu berganding bahu dan bertindak mengambilalih tanggungjawab demi mempertahankan hak-hak kita.
         
Kita tidak boleh bergantung kepada orang luar atau wilayah lain untuk memimpin kita sebab mereka ada agenda mereka sendiri.  Agenda, kepentingan dan prioriti mereka bukanlah sama dengan kita punya.      
Mereka hanya berniat mempergunakan kita, rakyat Sabah, demi menjayakan perjuangan Semenanjung mereka menawan atau mempertahan Putrajaya.
   
Kita mesti menentukan nasib kita sendiri.   Jangan biar orang lain menentukannya untuk kita.      
Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?  Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi?
         
INI KALI LAH!   Jangan melihat rendah terhadap parti-parti tempatan.      

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan is Chairman of STAR Sabah Chapter

77 comments:

  1. Parti Semenanjung tidak patut cuba memperalat rakyat Sabah demi menawan Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...rakyat sabah harus sedar akan hak mereka..

      Delete
    2. Rakyat Sabah perlulah pandai membezakan parti yang benar-benar ikhlas membantu dan parti yang cuma ingin memperalat kita demi politik.

      Delete
    3. tapi perjuangan parti tempatan sendiri adakah sudah cukup kuat memperjuangkan hak2 orang Sabah?

      Delete
    4. Regardless where the party from, whether its from west malaysia or local, we still need to evaluate them wisely. Don't easily believe their sweet talks.

      Delete
    5. Politic is full with dirty games!

      Delete
  2. Setuju, kita mesti menentukan nasib kita sendiri, jangan biar orang lain menentukannya untuk kita. Rakyat perlulah mengundi berasaskan penilaian sendiri dan bukan disebabkan orang yang suruh kita undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...kalau bukan rakyat sabah sendiri siapa lagi yang akan mempertahankan hak dan kepentingan sabah.

      Delete
    2. THat is why its important to vote wisely.

      Delete
  3. Dia yang cuba memecahbela rakyat tapi sekarang kasi salah orang pula.Pemimpin apa ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. well that is how politicians get support.

      Delete
  4. Memang tidak dapat berubah sudah, rakyat tiada kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuasa ada di tangan rakyat..kuasa untuk memilih dan mengundi..

      Delete
    2. u can change sabah's future by voting this coming election.

      Delete
    3. Unless the election is held with high integrity and transparency, the power is in the people's hand.

      Delete
  5. Kenalah undi dengan bijak kali ini jika rakyat tidak mahu dilayan sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SURAT TERBUKA UNTUK DATUK HJ MUSBAH HJ JAMLI.

      Wahai ADUN Tempasuk yang telah kami pilih melalui UNDI kami sendiri.Tolong jelaskan disaini tentang kaedah dan cara kamu membahagi bahagikan Tanah Reserve Pintasan,Kayu Putih dan Nanamun kepada rakyat.
      Adakah kamu semasa pembahagian telahpun kumpul,panggil atau umumkan kepada semua penduduk? Juka tidak,Kenapa? dan jika YA - kenapa banyak tercicir atau diketepikan?

      Wahai Datuk Hj Musbah,jika kamu bukan sebahagian daripada KUASA pembahagian,apa tindakan PEMBETULAN telahpun kamu buat?

      Ingatlah,DUNIA dan AKHIRAT pasti kamu akan disoal dan diadili.Di dunia pertama PRU 13 ini akan kamu diadili dan DIPADANG MASYAR nanti Allah SWT akan menyoal kamu.


      Pembahagian Tanah Reserve ini bukan politik,yang politik adalah BRIM RM 500.00,budah sekolah TADIKA pun sedar bahawa wang BRIM ini adalah GULA GULA BN UMNO untuk mengabui mata dan pemikiran orang untuk selama 54 tahun BN/UMNO memerintah.



      Yang nenar,


      Gonzales Lasak
      Ex Green Beret (Yankee Sqn)

      Delete
    2. undi dengan bijak...

      Delete
    3. Vote wisely everyone but with the many parties in sabah, it might be hard for opposition to win.

      Delete
    4. Every party wants to win. If today they agree to cooperate, sooner or later it is not impossible if they gonna back stab each other, or demand this and that.

      Delete
  6. rakyat Sabah kini makin bjak dan matang. mereka tak dpt diperdayakan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..rakyat sekarang makin bijak dan matang dalam menilai, memilih dan mengundi..mana2 yang belum mendaftar haruslah mendaftar sekarang sebagai pengundi.

      Delete
    2. semoga seluruh rakyat Sabah memang benar2 bijak dan matang bila mengundi nanti. jangan kerana sogokan dalam bentuk kebendaan atau jawatan, semuanya dilupakan.

      Delete
    3. just accept whatever money given but remember to vote for whoever you want because the votes are secret.

      Delete
  7. rakyat Sabah tau mana yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. we'll see about that when election comes.

      Delete
  8. BRIM,KRIM , SahamIM dan lain2 pemberian BNUMNO menjelang PRU13 adalah= Gula2 BNUMNGOK!

    INGAT, SEMUA WANG ITU ADALAH WANG RAKYAT. bEGITU JUGA WANG YG PARA PE4MIMPIN bnumno CURI, SEMUANYA WANG RAKYAT. HAPUSKAN UMNO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada salah mendapat BR1M...ianya memang hak kita...

      Delete
    2. Bantuan-bantuan diatas adalah hak rakyat, tidak salah kita menerimanya, tapi ingat undi adalah rahsia.

      Delete
    3. its the government job to assist help to the people. So just accept it. If you don't like it, then don't take it. senang cerita.

      Delete
  9. BN-UMNO harus dan WAJIB dikalahkan di Sabah dlm PRU 13. Jika tidak, masalah akan menjadi rumit lagi dan semakin susah diselesaikan.

    UMNO ini sebenarnya parti politik yg lemah! Ia hanya menjadi kuat jika minum tonik penguat iaitu wang rakyat utk merasuah dan menipu undi dlm pilihanraya.

    Kekuatan politik Mahathir bukan kerana dia kononnya bijak! Ramai yg lebih bijak dr dia. Tapi kerana rasuah dan penipuan besarnya setiap kali pilihanrayalah sebab dia sentiasa menang.

    Setelah pengunduran Mahathir dlm politik, rasuah dan penipuan UMNO dlm pilihanraya ada sikit saja kurang maka majority mereka menurun.

    Jika diperhatikan dgn baik kita akan dapati yg UMNO ini parti lemah jika tiada rasuah dan penipuan dlm PRU.

    Kenapa kita mahu undi parti lemah UMNO ini yang hanya kuat jika minum tonik. UMNO sangat jahat dan licik dlm politik wang dan pakar2 dlm penipuan pilihanraya!

    Tolak keluar parti penjajah ini..mereka inilah puntianak @kuntilanak negara@ nyamuk iblis. Sudahlah ramai rakyat miskin terutama di Sabah, dihisapnya juga darah2 mereka dgn mengelapkan wang milik negara/rakyat utk membuncitkan perut2 mereka dan mengemukkan datin2 mereka tanpa pedulikan rakyat dimana byk anak2 pendalaman yg menangis kelaparan!

    Parti terjahat UMNO ini harus ditolak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. macamana mahu kalahkan kalau parti2 pembangkang di sabah tiada persepakatan? contohnya SAPP yang sudah mengisytharkan akan bertanding di 2/3 kerusi dan PR di 1/3 lagi...parti2 pembangkang lain dapat apa?

      Delete
    2. Utk mengalahkan UMNO secara TOTAL di Sabah..Hanya 2 perkara diperlukan!

      1. Rakyat pribumi Sabah, setelah mengetahui kejahatan yg UMNO ciptakan utk kita,HARUS dgn semangat patriotik bersatu dan mempastikan yg undi mereka utk menebus kembali maruah dan hak yg telah diambil lari oleh UMNO dari sabah ke Malaya!

      2.Sementara semua Sabah-based parties PBS:UPKO:PBRS:STAR:SAPP HARUS,dgn tegas dan berani bersatu utk menjadi saluran undi2 tersebut!

      Bila kita analisa semua parti di atas, dgn mudah kita dapati persamaan perjuangan mereka iaitu BERJUANG UTK MELINDUNGI KEPENTINGAN HAK2 ORG SABAH TERMASUK ISU PATI DAN PROJECT IC MAHATHIR!

      Diambil perkiraan pada persamaan perjuangan mereka ini,dan jika benar semua mereka ini jujur dlm perjuangan politik mereka, KENAPAKAH semua parti ini tidak dapat disatukan utk menghancurkan UMNO di Sabah sebelum PRU13? Fikirkanlah!

      jika kononnya bertindak menjadi jururunding UMNO utk kemajuan dan hak Sabah kerana UMNO pasti menang dlm pru nanti, bermaksud parti itu tidak jujur memperjuangkan hak dan maruah Pribumi kerana selagi UMNO ada, selagi itulah hak dan maruah kita akan terus menerus spt sekarang ini.

      Sebaliknya,jika semua parti di atas dpt disatukan, kenyataan UMNO rebah di bumi Sabah -buku Abd. Malik Unar! akan jadi kenyataan.

      Tapi utk menyatukan semua parti di atas agak sukar lagi rumit kerana dihalang oleh diri masing2 semata mata TAKUT kedudukan teratas bagi mereka tergugat.

      Ditambah lagi dgn rasuah, janji manis, tipu muslihat, pujukrayu UMNO maka perjuangan penting utk keseluruhan pribumi Sabah diketepikan dan terjadilah apa yg kita lihat sekarang ini, UMNO KDM non muslim department hingga ada yg sanggup jilat pantat Hisamudin dan Muhidin jika dtg ke sabah lalu kerana terpikat dgn kemewahan dibawah rasuah UMNO maka bercerai berailah kekuatan undi Pribumi seperti yg terjadi selama ini!

      UMNO boleh kalah dgn cara BERSATU!
      Sedarkan anak2 muda yg cukup umur utk mendaftar sebagai pemilih dan sedarkan mereka ini ttg perjuangan hak dan maruah. Semasa PRU12, saya terkejut dimana di tempat saya membuang undi, lebih ramai belia yg tdk turun mengundi daripada yg turun mengundi! Lebih teruk byk belia lansung tidak pernah mendaftar sebagai pengundi dlm lingkungan umur lewat duapuluhan dan tigapuluhan! Begitu sayang sekali kuasa yg tdk pernah terpakaikan demi utk maruah,hak dan bangsa!

      Saya percaya perkara ini bukan sahaja berlaku di tempat mengundi saya mungkin juga berlaku di kawasan lain yg majoritynya penduduk Pribumi Sabah, bahkan mengikut kenyataan yg benar, disekitar Kota Kinabalu juga ramai org pendalaman, cukup umur,yg berhijrah ke kota berkerja dikilang2, supermarket,restaurant dll yg tdk mendaftar sebagai pemilih,apalagi menggunakan undi mereka untuk hak dan maruah bangsa kita di Sabah.Fikirkanlah ini bukankah kalau kalangan mereka ini jika turun mengundi boleh berfungsi sebagai penentu kemenangan!

      Bersatu bermaksud rela berkorban demi maruah dan bangsa yg kesedaran itu bermula dari diri kita utk berbakti kepada bangsa dan keturunan akan datang!

      Jadi utk menang harus bersatu kerana pada perkiraan tidak rasmi kerana PRU memang sukar diramal dgn tepat; byk org percaya, PRU13 ini sekali lagi UMNO kehilangan majortiynya dan akan menjadi harimau yg TIDAK BERTARING dimana, anjing bulldog boleh membulinya juga.

      Bersatulah! pasti menang!

      Delete
    3. If all the opposition party in sabah willing to cooperate and unite in one party, then it would be easy to bring down BN/UMNO but so far i don't see much cooperation.

      Delete
    4. Bagaimana dengan isu pengundi hantu? Sejauh mana kita dapat pastikan bahawa pengundian dibuat dengan bersih?

      Delete
  10. Terpulang pada rakyat utk mengundi parti yang terbaik buat mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. all voters especially the ignorant ones must be aware of the political stream in sabah. Sabah's future is in your hand.

      Delete
  11. Tak kisah lah apa STAR nak buat, yang penting sekarang ni rakyat tahu apa yang harus dilakukan.

    ReplyDelete
  12. Tambahan pula rakyat kini makin bijak dan matang, jadi rasanya takda apa2 yang perlu dikhuatiri.

    ReplyDelete
  13. I find DR Jeffrey's statement agreeable. I hope the local oppositions parties will sort out a strategy to fight in the areas where they are strong, don't spread your strength. Be realistic. Each party concentrate your strength and achieve the ultimate goal of defeating BN. Then all the local parties can form a coalition government.

    ReplyDelete
  14. Kita semua mahukan sistem pilihan raya yang bertambah baik.

    ReplyDelete
  15. samada perjuangan parti2 pembangkang ini ikhlas atau tidak, kita tunggu dan lihat sahaja nanti undian rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Regardless what party are they from, just remember not to easily trust their words.

      Delete
    2. True. They can give us the sweetest talks and promises ever, and can act so innocent. In the end, the people get manipulated. Dang!

      Delete
  16. spekulasi mengatakan parti baru STAR di Sabah telah mendapat sokongan ramai, samada benar atau tidak, tunggu sahaja keputusan PRU-13

    ReplyDelete
    Replies
    1. can't tell for now, best to wait for the poll result to come out. For now, all voters must keep their eyes wide open to decide on the best party.

      Delete
  17. walau bagaimanapun, semuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib BN dan parti2 pembangkang

    ReplyDelete
  18. semuanya di tangan rakyat untuk menentukan nasib Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vote wisely! Vote for the sake of sabah's future.

      Delete
  19. Boleh tahu juga tu mana parti yang ikhlas.Sama2lah kita mengundi dan melihat result PRU13

    ReplyDelete
    Replies
    1. It would be difficult to tell which party is actually sincere in helping the people. But whatever it is, i hope that when election comes, we will vote the right party to lead.

      Delete
  20. Sekurang2nya STAR memberi kesedaran kepada para pemimpin BN KDM dan yang lain2 di Sabah tentang kejahatan UMNO terhadap rakyat Sabah!

    Tumbangkan BNUMNO melalui persepakatan pembangkang dengan perjanjian Hitam Putih tentang pemberian kuasa autonomi selepas PR menang!

    Kita tolong PR menawan Putrajaya dan PR tolong kita dgn kuasa Autonomi di Sabah!

    Be wise!

    Good luk to all the opposition paties in Sabah/Malaysia.

    ReplyDelete
  21. jangan heran when the times come there will be a lots of BOMBING here & there Bukan BOMB apa tapi menghulur bantuan yang bukan-bukan, seperti pemberian tangki air lah, zink rumah lah, poly paip lah ..bermacam macam lagi lah termasuk lah RM,$$$$,dan sung liaw.. BUT brothers & sisters vote wisely. Don't gives outsiders BNUMNo a chance 2 step their legs in dis land below d wind.

    ReplyDelete
  22. Mampukah parti tempatan berdiri dengan sendiri? Mampukah mereka membuat rakyat Sabah percaya akan kemampuan mereka untuk mentadbir negeri ini?

    ReplyDelete
  23. STAR yang seharusnya diberikan kata-kta demikian. Kerana STAR telah memberikan pelbagai janji kosong sama seperti Pembangkang di Sabah yang lain.

    ReplyDelete
  24. Nasihat kepada rakyat Sabah supaya tidak mudah termakan dengan janji manis seperti apa yang pembangkang Sabah berikan. Seperti SAPP baru-baru mengumumkan dasar ekonomi baru mereka bila menjadi pemimpin. Dasar ekonomi baru itu cuma mainan janji politik untuk memastikan rakyat tertipu.

    ReplyDelete
  25. Betul kata welson itu. Semua itu sekarang terpulang kepada kepercayaan penduduk Sabah itu sendiri. Maka nilai dan buat penafsiran sebaiknya sebelum mempercayainya sepenuhnya.

    ReplyDelete
  26. Mendapat sokongan atau tidak memang kita belum nampak sepenuhnya dengan parti STAR ini. Namun semua itu adalah ditangan Sabahan untuk memilih.

    ReplyDelete
  27. jangan pula nanti JK meninggalkan star..

    ReplyDelete
  28. star masih baru dan masih ada yang belum mengetahui tentang parti star ni.

    ReplyDelete
  29. biar saja rakyat yang tentukan pilihan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  30. Lets see how far STAR can go.

    ReplyDelete
  31. Parti tempatan harus membuktikan kebolehannya.

    ReplyDelete
  32. Asal usur parti tidak penting, yang penting hak & kepentingan orang di Sabah dijaga dan dipeliharakan.

    ReplyDelete
  33. Vote wisely, the future is in your hand.

    ReplyDelete
  34. Parti yang pementingkan kuasa dan kerusi dan sering mengabaikan kepentingan orang di Sabah, pasti akan disingkirkan.

    ReplyDelete
  35. STAR still need time to prove their capability.

    ReplyDelete
  36. Rakyat harus belajar dari kesilapan selama berpuluh-puluh tahun yang masih kesusahan dengan perkembangan ekonomi yang lembap. Tabahkan hati dan membuat undian yang tepat.

    ReplyDelete
  37. Rakyat harus diutamakan. Memandang kepada trend kali ini, Sabah tidak seperti dahulu dimana

    ReplyDelete
  38. Kenapa masing-masing merosakkan dan menindas imej baik parti lain untuk memancing lebih banyak undian

    ReplyDelete
  39. Menilaikan janji-janji manis yang dibuat oleh parti-parti yang tidak tahu keikhlasannya.

    ReplyDelete
  40. kasi mati semua itu parti malaya di sabah

    ReplyDelete
  41. halau parti umno dari sabah...hidup usno

    ReplyDelete
  42. pru 13.........pastikan bn/umno lenyap dari sabah........

    ReplyDelete
  43. Jeffrey juga patut menghentikan memperbodohkan rakyat Sabah dengan tidak memecahkan undi pembangkang..

    ReplyDelete
  44. jika Jeffrey benar2 mahu menyelamatkan Sabah, beliau patut mengabaikan hasrat beliau untuk menjadi KM Sabah dan bersedia bekerjasama dengan parti2 pembangkang yang lain..

    ReplyDelete