Search This Blog

Friday, April 27, 2012

Sack UMNO Sekong Samsuddin Yahya?


Beberapa cawangan Umno di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dalam Parlimen Batu Sapi mahu pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) meletakkan mereka yang benar-benar layak.

Kata mereka, rakyat bukan sahaja menilai sikap jujur dan ikhlas tetapi amat mengharapkan pemilihan calon BN untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti biarlah datang dari kalangan anak jati di kawasan itu.

Yang pastinya, tsunami melobi untuk menjadi calon dan yang masih mahu kekal sebagai calon sedang berlaku di seluruh negara sekarang dengan begitu banyak turun padang semata-mata untuk meyakinkan rakyat tentang kelayakan diri masing-masing.

Sekong tidak terkecuali, rata-ratanya sudah mulai bercakap walaupun tidak pasti siapakah calon-calon BN yang berkelayakan tetapi nampak perubahan besar kerana dikatakan konon di kalangan pemimpin Umno di peringkat cawangan termasuk ketua-ketua keluarga mahukan calon yang bakal dipilih nanti adalah merupakan 'Anak Jati Sekong’.

Biar pun pemilihan calon kali ini agak rumit tetapi pucuk pimpinan BN diharap bersikap adil dan telus sudah tiba masanya suara anak jati diberikan perhatian sewajarnya mengambil kira semenjak beberapa dekad dengan kerajaan yang bersilih-ganti wakil rakyatnya merupakan kalangan anak jati.

Baru-baru ini, bertempat di Balairaya Kampung Istimewa dekat sini kira-kira 500 orang telah menghadiri satu perjumpaan silaturrahim bersama Abdul Rahman Bun iaitu salah seorang ahli jawatankuasa Umno Bahagian Batu Sapi.

Dengan membentangkang kain rentang berbunyi ‘Suara Anak Jati Sekong’ jelas menunjukkan bahawa sokongan padu terhadap Abdul Rahman, 53, yang disebut-sebut layak diketengahkan sebagai calon BN untuk bertanding di DUN Sekong pada PRU-13.

Ini berdasarkan latarbelakang sebagai anak jati berasal dari Kampung Istimewa dan selayaknya pucuk pimpinan memilih beliau calon BN sekali gus diangkat sebagai wakil rakyat.

Abdul Rahman dikatakan memiliki sikap kepimpinan yang jujur, ikhlas dan sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat membuatkan sebahagian rakyat di kawasan berkenaan tidak ragu-ragu untuk menyatakan sokongan mereka yang dibuat secara muktamad.

Di samping itu, Abdul Rahman juga memiliki pengalaman yang luas di dalam politik kerana seawal usia muda iaitu sejak era pemerintahan kerajaan Usno sudah mulai berjinak-jinak menceburi bidang tersebut.

“Sudah tiba masanya bagi pucuk pimpinan BN khususnya parti Umno mempertimbangkan agar pemilihan calon yang akan bertanding atas tiket BN pada PRU-13 adalah di kalangan anak jati Sekong.

“Kami bertekad dan mahu saudara Abdul Rahman kerana beliau benar-benar layak di samping adalah merupakan anak jati di kawasan ini. Tidak salah untuk pucuk pimpinan memilih beliau, beliau sentiasa dekat di hati rakyat. Susah senang bersama-sama rakyat,” kata Ramli Dandan kepada New Sabah Times di sini, kelmarin.

Katanya, meski pun keputusan pemilihan calon BN terletak kepada pucuk pimpinan pimpinan parti diketuai Perdana Menteri selaku Presiden Umno iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun tetapi mereka mengharapkan Abdul Rahman dipertimbangkan untuk dipilih sebagai calon kali ini.

Sementara itu, beberapa siri perjumpaan Abdul Rahman dengan rakyat Sekong sudah pun dibuat sebelum ini yang dikatakan mendapat sambutan hebat dan dalam masa terdekat ini beliau dijangka akan menghadiri perjumpaan yang sama berikutan permintaan penduduk di situ mahu bersuai kenal dengan beliau ketika kehangatan pemilihan senarai calon BN semakin hampir.

38 comments:

  1. Pendatang Haram pilipin macam shamsudin yahya pun boleh jadi calon UMNO sekong kah? Macam dalam UMNO tiada calon yang pandai selain daripada orang2 gila dan bodoh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab umno perlu undi pati. Itu lah sebab nya... Haha

      Delete
    2. Yang penting calon yang dilantik itu mempunyai kelayakan untuk menjadi pemimpin yang baik terhadap rakyat. Bangsa dan agama tidak mengukur kelayakan seseorang.

      Delete
    3. UMNo harus meletakkan calon yang betul-betul berkebolehan.

      Delete
    4. Calon yang benar2 layak akan mendapat sokongan yang penuh dari rakyat.

      Delete
  2. Hanya calon dari pilipin, pakistan, java dan bugis boleh jadi calon umno. Yang pribumi Sabah tulen tidak boleh sebab parti UMNO ini hanya untuk PENDATANG HARAM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak Jati Sabah perlulah diberi keutamaan untuk menjadi pemimpin, mereka lebih faham dengan keperluan rakyat sendiri.

      Delete
  3. Kalau masa jepun lagi sudah ada moyang nya lahir mcm mana kira org apa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. shamsudin lahir di pilipin ler. Bagaimana moyong dia berada di Sabah masa jipun?

      Bawa teksi dari pilipin pun boleh jadi YB, sudah tetap umno hanya untuk orang bodoh dari pilipin.

      Delete
    2. Betul kh Shamsudin lahir di Pilipin..??

      Delete
  4. Anak jati saja tidak cukup.Kali ini UMNO mesti ketengahkan calun yang mempunyai kelayakan dari Universiti.Tengok macam Shamsudin tidak ada ijazah apa jadi?Mana boleh jadi pentadbir.Penganti juga mesti ada ijazah kerana UMNO adalah parti yang memerintah.Tengok calun-calun dari Pakatan semuanya lepasan Universiti.Jangan pula nafsu saja besar untuk jadi YB tapi kemampuan mentadbir kosong.Takut pula buka fail pun tidak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju, syarat calon mesti ada kelayakan daripada Institiusi Pengajian Tinggi, lebih baik jika mereka ada kelayakan dalam bidang sains sosial, undang-undang dan sebagainya.

      Delete
    2. ya.. ambil semua doktor, peguam, guru2 dan sebagainya.. biar Malaysia kekurangan doktor, peguam, guru2 kerana semuanya sudah terlibat aktif dalam politik..

      Delete
    3. yang penting calon yang dipilih adalah terbaik untuk mewakili rakyat.

      Delete
  5. Kerajaan perlulah memilih calon yang betul-betul layak dan boleh memang pada PRU-13 nanti supaya mereka mampu menjadi pemimpin yang baik jika menang nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turunkan calon yang benar2 ikhlas membantu rakyat, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

      Delete
    2. pemilihan calon pasti dibuat dengan berhati-hati kerana semua parti pun mahu menang.

      Delete
  6. Dengar suara rakyat. Mereka penentu sebenar.

    ReplyDelete
  7. Abd Rahman disenaraikan ka sebagai calon untuk PRU13 ni?

    ReplyDelete
  8. Tidakah UMNO pilih calon seperti Akjan keturunan Sultan Sulu ke 33 jadi YB Anak Jati Tempatan !?.. hahaha!!..

    ReplyDelete
  9. Apa kelayakan??? Datuk Penipu!! Pencuri !! jual tanah Lembaga Tabung Getah Sabah di Kg.Mangkawu,Tongod seluas 3,499 ekar kepada syarikat Cina Malaya Pioneer Glow Sdn.Bhd saham LIGS tinggal 50,000 unit/1 unit= RM1.00.Lapuran Polis dan SPRM sudah dibuat tetapi belum ada tindakan....$$$$$ sudah bincang diluar!

    ReplyDelete
  10. kalau permintaan mereka ditunaikan, bermakna pembuat keputusan berkenaan dengan calon bukanlah pucuk pimpinan..

    ReplyDelete
  11. UMNO winning depends on the candidate they choose to represent their party. I hope UMNO will choose their candidates wisely.

    ReplyDelete
  12. The government must ensure that the candidates that they choose must be qualified and got what it takes to be a good leader.

    ReplyDelete
  13. setiap calon yang dipilih kena pastikan ia benar2 calon yang terbaik dan boleh menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Calon boleh memang bukan calon kesayangan. Kalau kalaj jangan bising

      Delete
  14. Susunlah calon baik2, tu pun kalau mahu memang laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua parti pasti mahu turunkan calon yang terbaik pada pru nanti.

      Delete
  15. Shamsudin should be sacked for varied reasons but Rahman definitely not the right person to replace him.

    ReplyDelete
  16. Lobbying for someone to become the next assemblymen/MP is ok, but to "fitnah" someone in order to lobby others to take other people's place is so not cool...

    ReplyDelete
  17. Nampaknya Datuk Rahman Dahlan masih mendapat sokongan daripada rakyat Sekong.

    ReplyDelete
  18. Samsuddin masih relevan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika rakyat masih mau beliau jadi pemimpin, beliau masih relevan lagi.

      Delete
  19. undi umno adalah undi PATI. Kamu tunggulah ketulahan dan balasan dari rakyat Sabah tulin nanti masa PRU13.

    ReplyDelete
  20. Terpulang kepada rakyat untuk menilai beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..biar rakyat disana yang menilai kepimpinan beliau.

      Delete
  21. setiap orang ada penilaian sendiri. yang penting pemimpin perlu sentiasa berusaha untuk jalankan tanggungjawb dengan baik.

    ReplyDelete
  22. Pilih dan letakkan calon yang mampu memberikan perubahan kepada penduduk tersebut.

    ReplyDelete