Search This Blog

Thursday, April 26, 2012

Zuraidah terima surat saman Zahida


KETUA Wanita PKR, Zuraida Kamarudin berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada menteri Umno, kelmarin.

Zuraida berkata, surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zuraida berkata, surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan.

"Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya. Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagai peguam?," soalnya yang juga Anggota Parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida juga berkata, beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Zuraida enggan memberi gambaran apakah 'bukti kukuh' yang beliau ada.

"Saya akan buat satu sidang akhbar dan berserta bukti dan saksi jika terdapat keperluan. Tapi sekarang, mari kita tumpukan perhatian pada BERSIH 3.0," katanya merujuk kepada perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya Sabtu ini.

12 comments:

  1. Tunjukkan saja bukti. Jangan disimpan lama2. Nanti 'expired'.

    ReplyDelete
  2. Nda sabar mahu tengok bukti tu. Mari kita lihat siapa yang kena.

    ReplyDelete
  3. Just wait and see what Zahida's lawyers will do to Zuraida.

    ReplyDelete
  4. Maybe the Ampang MP should explain how she get the information to make this allegation against Zahida and Shafie?

    ReplyDelete
  5. It doesnt matter how she gets it but how genuine or credible the proof is... Good Zahida, just saman her then you'll fall into the trap. You are opening a big can of worms....

    ReplyDelete
  6. kalau Zuraida kena saman, minta saja MB selangor keluarkan dana awam untuk bayar saman.. kalau adun seri muda boleh, takkan Zuraida tidak boleh.. sekali sekala menyalahgunakan dana awam ok ba kalau pembangkang..

    ReplyDelete
  7. kenapa liat sangat dia mahu dedahkan bukti?? keadaan sudah semakin kritikal masih lagi dia boleh cakap fokuskan untuk Bersih.. takkan tukar topik kot??

    ReplyDelete
  8. betul ka si Zuraida ni ada bukti.. macam tidak yakin saja.. siap tukar topik lagi.. kununnya fokus untuk perhimpunan Bersih..

    ReplyDelete
  9. dah kena saman, itulah keluarkan cerita yang bukan2.. nak burukkan orang saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu saja hasil daripada saman menyaman ni

      Delete
  10. Ba, kasi keluar tu bukti kalau ada. Jangan cakap tunggu masa yang sesuai. Expired sudah tiada sudah orang mahu ambil peduli. Tapi macam mana dapat tu bahan aa???? ada la mata2 ka sudah lama intai2??

    ReplyDelete
  11. Baguslah kalau terima saman dari Zahida. Harap ada bukti untuk semua ini.

    ReplyDelete