Search This Blog

Tuesday, May 22, 2012

Politik Semporna Mula Membadai

SKANDAL.....Apakah Skandal Seks Shafie Apdal yang akan didedahkan Dayangku Intan menjadi penamat kesombongan Shafie atau Naib Presiden UMNO ini terus GAH di persada politik tanah air?

SEBILANGAN besar penduduk-penduduk yang tinggal di pesisir pantai dan kepulauan Semporna yang dibelenggu kemiskinan serta kedaifan hidup telah bertekad untuk tidak lagi memberikan undi kepada tiga Adun dan Ahli Parlimen Semporna pada PRU-13.

Menurut mereka hanya kroni-kroni, saudara mara serta kaum kerabat Wakil Rakyat sahaja yang mendapat pembelaan istimewa, terutama mendapat tanah dan projek; sedangkan rakyat biasa masih dirantai kemiskinan.

Yang paling ketara sekali daripada jumlah 49 buah kampung, 11 daripadanya yang telah di lawati oleh Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna Nazmahwati Walli baru-baru ini bersama-sama Wartawan Kanan Sabahkini.Net; termasuk Kampung Pulau Bum-Bum, Pulau Simandeh, Pulau Larapan, Pulau Tandoan, Pulau Labuan Haji, Pulau Selakan, Pulau Omadal, Pulau Bait, Pulau Pababag, Pulau Manampilik dan Pulau Denawan; ternyata telah terpinggir dan ketinggalan jauh dalam menikmati arus perdana pembangunan negara sejak 20 tahun lalu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukannya tiada pentuntukan, tetapi saban tahun tiga (3) ADUN dan ADR mendapat peruntukan beratusan juta bagi membangunkan kawasan yang diwakili, tetapi mungkin disengajakan dengan alasan kononnya kampung-kampung yang yang didiami mereka 60 peratus adalah orang asing (PATI) dan hanya 40 peratus orang tempatan sahaja .

Persoalannya bukankah pemimpin BN/UMNO seperti Dato' Seri Shafie Apdal yang menggalakan PATI terus menetap di negeri ini, khususnya di Semporna yang secara automatik mendapatkan kerayatan yang berstatus Bumiputera melalui kad pengenalan projek? Perkara ini bukan menjadi rahsia lagi.

Dalam tinjauan dan penyelidikan rambang yang dilakukan Sabahkini.net, jika empat generasi Bajau tulen yang lahir di Semporna berpaling tadah kepada pembangkang, terutama PKR, maka BN hanya akan memperolehi undi daripada suku kaum Bajau/Suluk daripada Filipina yang diberikan MyKad projek dan akan kehilangan semua kerusi (tiga DUN dan satu Parlimen) di Semporna. 

Dalam pada itu desas-desus yang bertiup kencang bahawa PKR telah menamakan empat orang tokoh muda untuk menentang calon BN di Semporna, iaitu Dr Zamri bin Hj Abdul Habbi (DUN Bugaya); Lokman Ureh (DUN Sulabayan); Tahir Ariffen (DUN Senallang) dan Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang juga EXCO Wanita Negeri, Nazmahwati Walli (Parlimen Semporna).

Kini, senario politik di Semporna mula membadai dan bakal membuat kejutan kerana rata-rata rakyat di daerah ini mahukan perubahan besar dalam pelbagai aspek termasuk politik untuk mengeluarkan mereka daripada mimpi siang sejak 20 tahun berada di bawah ketiak Shafie Apdal dan ADUN yang bersilih ganti.

Walaupun Semporna kaya dengan khazanah alam semula jadi untuk menjana ekonomi rakyat, namun disebabkan ketiga-tiga ADUN dan ADR tersebut tidak mempunyai kredibiliti dan daya pemikiran yang luas; maka terdapat pelbagai kepincangan dalam sistem pentadbiran kerajaan, seolah-olah 'tidak berkerajaan lagi'.

Apapun ini, semuanya bergantung penilaian terhadap diri empat orang yang disebut-sebut sebagai calon DUN dan Parlimen yang bakal diketengah PKR pada PRU 13 untuk menamatkan penderitaan rakyat Semporna.

Oleh Shaimon S Jumadi

32 comments:

  1. Ini kerja musa mahu menjatuhkan shafie. faham2lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu sekali,yang baikpun dikatakan buruk.Shafie sepuluh kali baik dari Pakistan Jahanam anak setan itu.

      Papa gomo

      Delete
    2. 2 x 2 = teruk...dua-dua tak boleh pakai...ABU-asal bukan umno(ini sebelas kali lebih baik)

      Delete
    3. Shafie sendiri yang salah dalam isu ini tapi nak salahkan Musa Aman pula. Memang tidak rasional pemikiran penyokong Si Shafie Apdal ini.

      Delete
    4. tak perlu nak kaitkan Musa dalam hal ini. jika Semporna dibangunkan dgn baik, isu ini takkan timbul.

      Delete
    5. Sesama parti mahu menjatuhkan? tidak mungkin Musa Aman penyebab skandal2 macam ni boleh timbul.

      Delete
    6. Kalau sudah salah, salah la bah. Apa lagi mahu kaitkan sama orang lain.

      Delete
    7. saya rasa musa tiada kaitan...siapa makan cili, dia rasa pedas lah...

      Delete
  2. Rakyat Semporna semakin hilang keyakinan dan sokongan mereka terhadap Shafie, mungkin pucuk pemimpin parti tertinggi perlu melantik calon yang baru untuk PRU-13. Shafie ini tidak boleh dipakai lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal buat kerja dengan bagus, kena sebar berita negatif pun tidak akan jatuhkan reputasi seseorang pemimpin itu.

      Delete
    2. terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih calon mereka di semporna..

      Delete
  3. Shafie berkemungkinan mengakhiri dalam bidang politik ini.

    ReplyDelete
  4. Rakyat sendiri yang harus pandai menilai.

    ReplyDelete
  5. Shadfie sebagai menteri KKLW seharusnya memberi penumpuan kepada pembangunan Semporna yang dibawa jagaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharapkan pembangunan di Semporna akan diperbaiki supaya rakyat di situ tidak ketinggalan. Berusahalah Datuk Shafie.

      Delete
    2. kadang2 kalau kita memberi tumpuan di kawasan kita sendiri, orang lain cakap pilih kasih..mentang2 lah kawasan dia konon..sikap manusia sukar untuk difahami..berubah-ubah..

      Delete
  6. Banyak sudah isu yang timbul tentang Shafie sejak tahun lalu. menimbulkan keraguan juga pada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beliau dapat bawa banyak perubahan sama Semporna, nda juga teruk sangat kontroversi pasal beliau ni.

      Delete
    2. biasalah kalau dekat2 pru...yang penting rakyat kena pandai menilai..

      Delete
    3. Terpulang kepada rakyat untuk mengundi.Tunggu pRU nanti.

      Delete
  7. Ada-ada saja. Dari dulu tidak dedahkan. Time-time dekat election baru mahu tunjuk hero.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah taktik Pembangkang untuk menjatuhkan lawan mereka dengan cara penyerangan peribadi.

      Delete
    2. Kasi tunjuk bukti yang tiada siapa boleh argue..

      Delete
    3. Cerita kosong pembangkang mau kasih jatuh Shafie.

      Delete
  8. Zahida Rafiq kata Peguamnya akan mengurus kes ini dan kita patut tunggu dan lihat sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama juga boleh kita tahu tu result..

      Delete
    2. Pasti kebenaran aan terbongkar juga nanti.Siapa betul dan siapa salah.

      Delete
  9. Di mana-mana ramai orang suka ngentot untuk kesihatan. Di Malaysia, hal ngentot digunakan untuk menjatuhkan orang. Otak ngentot butul diurang nie....

    ReplyDelete
  10. Seks, seks juga bang. Kerja, kerja juga macam si Masidi.

    ReplyDelete
  11. skandal seks ka atau skandal rm1.5 juta?? pemimpin2 Pakatan ada bukti yang menunjukkan Shafie dan Zahida ada buat hubungan seks?? karut betul la Pakatan ni..

    ReplyDelete
  12. misalnya kalau kawasan yang majoriti PATI diberikan peruntukkan berjuta2 untuk tujuan pembangunan, adakah Pakatan tidak akan bising atau mempertikaikan tindakan menyalurkan peruntukkan di kawasan itu??

    ReplyDelete