Search This Blog

Friday, June 22, 2012

Kekesalan atas tindakan MDT menebang pokok rimbun


TENOM - Beberapa pemimpin masyarakat tempatan disini meluahkan kekesalan mereka terhadap tindakan pengurusan Majlis daerah disini (MDT) yang menebang pokok rimbun yang ditanam khas ditepi padang pekan yang antara lain bertujuan untuk menahan tekanan haba selain penjagaan keindahan alam sekitar yang berusia kira kira lebih 20 tahun lalu.

Keadaan itu menjadi persoalan hangat disekitar warga pekan kerana mereka menganggap tindakan itu kurang bijak dimana MDT sanggup memusnahkan pokok tumbuhan yang boleh membantu menghasilkan udara yang bersih, sihat dan nyaman semata mata memberi keutamaan kepada pembinaan tandas awam yang memang pun kemudahan itu sudah ada sebelum ini.

Sekiranya keperluan untuk membina sebuah tandas baru kerana mengambilkira pertambahan penggunanya terutama ketika berlaku acara acara keramaian yang diadakan dipadang itu sepertimana berlaku dimasa masa lalu, langkah proaktif menaiktaraf tandas tandas awam yang sedia ada di tiga lokasi yang berada berhampiran dengan padang pekan tentunya tindakan yang baik lagi menjimatkan kos, tegasnya.

"Kenapa mesti mahu mengorbankan pokok pokok yang sedia ada semata mata pembinaan tandas baru?

Kenapa tidak naiktaraf sahaja tandas yang sudah sedia ada ditepi padang dan satu lagi dibawah astaka....(lagi pun), dengan pembinaan itu lanskap padang sudah rosak mcam rojak keadaannya," tegas Rudy.

Manakala Kapitan Wong Tet Yun Naib Presiden Tenom Chinese Chamber of Commerce (TCCC) meminta MDT agar menangguhkan projek tersebut untuk sementara waktu sambil mencari kawasan yang lebih sesuai untuk projek itu dikawasan pekan.

Tegasnya, niat TCCC bukan mahu menghalang atau menolak pembangunan yang dicadangkan oleh MDT khusus untuk melengkapkan kemudahan awam tetapi ia adalah bertentangan dengan kesesuaian pembinaannya dilokasi tersebut.

Wong berkata, dalam masa yang sama MDT juga perlu mengambilkira impak alam sekitar dan akibatnya jika pokok pokok yang sengaja ditanam dengan tujuan tertentu dimusnahkan begitu sahaja.

Selain itu, ianya juga mempunyai nostalgia yang mengingatkan kewujudan pekan ini sejak dari era kerajaan kolonial lagi sehinggalah sekarang.

Oleh Mail Mathew

55 comments:

  1. Balikang, Kg Ponontomon TenomJune 22, 2012 at 4:53 PM

    Inilah kelemahan kerajaan BN, disebabkan pru13 sdh dekat projek pun hentam kromoh asal ada sikit blanja pilihanraya tidak lagi peduli apa kesan buruk dia dan juga tidak lagi peduli apa masyarakat sekeliling cakap...yg penting poket penuh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan pasti ada sebabnya membuat begitu, janganlah salahkan semua kepada mereka. Bagilah mereka peluang.

      Delete
    2. ini bukan kelemahan BN...kita minta dulu penjelasan..

      Delete
    3. Pelancong luar dari Eropah tentu puji kalau banyak jamban baru dia bilang...Oooo Tenom good bisnes by collecting revenue from dan tahi jamban...mungkin itu lah MDT mahu!!

      Delete
    4. Tidak perlu lagi minta penjelasan daripada MDT, knapa mesti bikin satu tandas baru lagi sedangkan yg lama masih boleh pakai dan kalau dia kecil teda dpt menampung pengguna knapa teda naiktarafkan sahaja jamban itu...banyak lagi jamban disekelilingnya satu diastaka, satu dekat belakang shell dan satu di stesen keritapi....lg pun selama ini tiada rungutan org ramai masalah tandas. Pokok yg rimbun tempat berteduh ditepi padang yg ditanam sejak kerajaan Berjaya lagi menjadi mangsa pegawai yg hilang pertimbangan terus tebang tanpa memikir kesannya. Baguslah bisnes jamban pungut hasil taih tiap2 hari...bikin lah tandas sekeliling padang biar pelancong orang putih cakap...Ooo good bisnes collecting revenue from tahi arrr!?

      Delete
    5. Ini masalah kecil sahaja, boleh di selesaikan dengan perbincangan.Jangan terlalu ikut perasaan lah.

      Delete
    6. jangan berfikiran sempit, pasti ada penjelasan dari MDT berkenaan dengan perkara ini.

      Delete
  2. macam tidak ada perancangan dalam pembinaan ini,jika dilihat kepada keadaan tandas yang tidak dijaga dengan baik,pembinaan ini bukan saja mengakibatkan ketidak selesaan pengunjung restoran yang berdekatan,saya menyokong saranan dari saudara rudy kenapa tidak upgrade kan saja tandas sediaada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sebagai rakyat juga harus bersama2 menjaga kebersihan tandas. Tapi kalau kerajaan mau upgrade pun bagus juga, untuk keselesaan semua pihak.

      Delete
  3. Tebang trus tanam lagi semula.

    ReplyDelete
  4. Sempena Hari Bumi Sedunia, Malaysia melancarkan kempen di seluruh negara untuk menanam 26 juta pokok menjelang 2014. Angka 26 juta dipilih berdasarkan kira-kira 26 juta penduduk Malaysia pada ketika ini. Dengan bertemakan Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2lah menyokong kempen penanaman pokok ni. di samping itu, penduduk perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga kebersihan demi untuk kelangsungan alam sekitar bagi generasi akan datang.

      Delete
    2. Kita wajar menyokong program penanaman pokok ini untuk sama-sama menghijaukan bandar kita.

      Delete
  5. pokok tu dah ditebang, nnti boleh tanam baru lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap mereka akan bertolak ansur.

      Delete
  6. kenapa mereka buat begitu, sakit hati penduduk sana.

    ReplyDelete
  7. Penjelasan kenapa penebangan itu dilakukan adalah wajib diberikan kerana rakyat setempat berhak untuk mengetahuinya.

    ReplyDelete
  8. Mesti ada sebab mengapa mereka bertindak sedemikian.

    ReplyDelete
  9. Saya setuju mesti ada sebab kenapa ia ditebang:)

    ReplyDelete
  10. Tapi jangan risau, boleh tanam juga balik bah. Janganlah panjangkan isu ini takut nanti timbul ketegangan.

    ReplyDelete
  11. Kalau saya penduduk di sana pun, konpom saya sakit hati. Kenapa juga mahu ditebang???

    ReplyDelete
  12. Ada sebab tu kenapa ditebang. Takkanlah saja suka2 ditebang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. there is always a reason to why the action is done.

      Delete
  13. Dalam hal ini tolak ansur tu penting. kalau masih juga tak puas hati, sama2lah kita gotong royong tanam pokok. hehe

    ReplyDelete
  14. kalau lah ditakdirkan pokok itu tumbang dan menghempap orang ramai, bagaimana? pasti MDT juga yang dipersalahkan...jadi lebih baik menyediakan payung sebelum hujan kan..

    ReplyDelete
  15. rakyat janganlah cepat melenting...minta penjelasan terlebih dahulu..

    ReplyDelete
  16. lepas tebang, tanam semula...

    ReplyDelete
  17. saya tingu dalam tu gambar tu pokok terlalu besar sudah...boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai...terlebih sudah masuk dalam padang...memang patut ditebang..

    ReplyDelete
  18. Apa yang mereka boleh buat ialah tanam semula pokok-pokok di tempat tersebut. Nah selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lebih banyak isu yang jauh lebih serious dari isu ini. Tidak payahlah memanjangkan isu ini.

      Delete
  19. Mesti ada sebab kenapa pokok itu di tebang, takkn kerajaan suka2 sahaja menebang pokok yang sedia ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggulah penjelasan dariapda MDT pasal isu ini, mana tau ada alasan yang baik disebalik penebangan pokok-pokok tersebut.

      Delete
  20. Diharapkan Majlis Daerah Tenom akan memberi penjelasan mengapa pokok rimbun ini ditebang tanpa alasan yang baik?

    ReplyDelete
  21. Kerjasama dari semua pihak patut ada dalam masalah ini, jangan asyik menuding jari kepada kerajaan sahaja tanpa usul periksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya mereka minta penjelasan daripada pihak yang berkaitan.

      Delete
  22. There's must be pros and cons having this big tree. An explanation might be can clear the speculation?

    ReplyDelete
    Replies
    1. in KK the DBKK spending RM1 million for tree planting. the effort will increase greenery within the city and improve its air quality.

      Delete
    2. sebaiknya penjelasan diberikan berhubung dengan pekara ini.

      Delete
  23. MDT perlu ada perancangan yang sistematik. Pandangan orang awam juga perlu diambil kira.

    ReplyDelete
  24. Janganlah menebang pokok tanpa memikirkan kebaikkan. Sebenarnya tumbuhan yang ada ini memberikan banyak manfaat seperti juga kepanasan yang berlaku.

    ReplyDelete
  25. Memang tidak patut..Kita lihat sendiri di Kota Kinabalu yang sekarang merancang untuk menjadikan Bandar tersebut dipenuhi dengan tumbuhan hijau. Harap rancangan ini akan berjaya dan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  26. Usaha kerajaan dalam mengekalkan kehijauan alam sekitar di Sabah harus disokong dan dilaksanak di setiap peringkat jabatan kerajaan. Pada 7 Jun yang lalu Datuk Ellron Alfred Angin melancarkan Hari Alam Sekitar Dunia. pihak MDT harus peka kepada semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari Alam Sekitar Dunia patut disokong oleh rakyat tempatan kerana ini adalah usaha kerajaan untuk menambah baik alam sekitar.

      Delete
  27. Pemeliharaan dan pemuliharaan amat penting.

    ReplyDelete
  28. Keseimbangan harus diamalkan.

    ReplyDelete
  29. kehijauan harus dilaksanakan agar suhu bumi tidak meningkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DBKK bakal mengadakan program penanaman pokok tidak lama lagi. Diharapkan ia akan membantu menghijaukan alam sekitar.

      Delete
  30. Penebangan memang mudah tetapi penanaman memerlukan bertahun-tahunan. Fikirlah dengan teliti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut kau punya konsep, dimana la kunun mau letak pembangunan? diudara??

      Delete
  31. sekarang ini semua dijadikan isu, termasuklah isu pokok dan tandas.

    ReplyDelete
  32. ada yang cuba jadi hero di media, tapi tidak pula merujuk isu ini kepada pihak yang berkaitan.

    ReplyDelete
  33. dengar dulu dari kedua belah pihak dan barulah buat kesimpulan.

    ReplyDelete
  34. ok la ada tandas awam di tepi padang.. boleh juga orang awam tukar pakaian atau membuang apa yang patut sebelum bersukan.. tidak juga terkejar2 pergi tandas awam yang mungkin jauh sedikit dari kawasan padang.. lagipun bukan semua pokok yang ditebang..

    ReplyDelete