Search This Blog

Monday, June 4, 2012

Sebuah Ninja King untuk Menderhaka?


Mungkin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman tidak menyedari bahawa beliau ibarat memelihara 'Ular Tedung Dalam Rumah' jika terus memperkenan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah menyambung perlantikan Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan.

Betapa tidak, jika musuh politiknya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal telah menjadikan Samsuddin sebagai 'Khadam Politiknya' dengan membeli kesetiaan Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi itu melalui orang kuatnya, Datuk Peter Anthony yang melantik dirinya sebagai Presiden KDM menggantikan Datuk John Ambrose.

"Inilah budaya songsang UMNO. Tetapi apa daya kerana laporan polis yang kita buat terhadap pemimpin UMNO ini yang sebelum ini kita namakan sebagai 'Datuk S' belum diambil sebarang tindakan lanjut," ujar Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi yang menyerahkan maklumat lengkap laporan polis dan SPRM yang dibuatnya terhadap 'Datuk S' yang sebelum ini menjadi teka teki kepada rakyat Sabah berhubung Skandal Seks Tergempar berkenaan sebagaimana yang didedahkan Paparazzi Sabahkini.net.

Menurut Citra, beliau mendapati Samsuddin atau 'Datuk S' memandu kereta Ninja King berkenaan yang sebelum ini didaftarkan dengan nombor SS5511U yang dibeli daripada pemilik pertama Movon Development Sdn.Bhd dan ditukarkan plet nombor baru SAA43L atas permintaan Samsuddin, sejajar dengan nombor DUN Sekong, N43.

"Sekalipun kereta Ninja King tersebut adalah kereta terpakai, tetapi kita dapati Shafie telah berjaya menggunakan Samsuddin untuk kerja politiknya termasuk membantu Shafie memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan mengumpul Ketua Bahagian UMNO Sabah dalam perjumpaan rahsia baru-baru ini," dedah Citra yang memaklumkan akan mengumumkan beberapa pendedahan berhubung penglibatan Samsuddin dalam kes Skandal Penyelewengan Subsidi Diesel Ko-Nelayan dan rangkaiannya, termasuk penglibatan Datin Pia dalam Skandal IC Projek.

 
Buktinya, kata Citra, pihaknya telah berjaya mengenalpasti Ninja King berwarna Maroon tersebut sering dipandu dan membawa Samsuddin ketika berada di Sandakan.

Kereta SAA43L kata Citra didaftarkan atas nama Asli Jati Engineering Sdn.Bhd; syarikat milik Peter Anthony yang sering digunakan Shafie untuk diberikan projek Top-Up NKRA dan masih dalam siasatan SPRM berhubung tuntutan palsu di Universiti Malaysia Sabah.

Azman Johan Ariffin

42 comments:

  1. betulkah cakap kau ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betulkah Shafie membeli Datuk Shamsuddin Yahya dengan Ninja King second hand? Kenapa Shamsuddin tidak minta yg baru?

      Delete
    2. Punya lucu. kalau saya, saya minta Ninja King baru. hahahha... Alang2 ba saja..

      Delete
    3. Itulah pasal..Alang-alang ba kan tu Ninja King lama. Tapi kalau benar pun kita cuma harap siasatan akan dibuat mengenai perkara ini.

      Delete
  2. Penghianat dan penderhaka.'Kacang lupakan kulit.'Seorang pilipin yang menjadi YB kerana Datuk Musa dan sekarang pula jadi 'talam dua muka.'Bagus balik jadi pemandu teksi di Sandakan saja.Lebih layak buat kerja dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah kaya-raya, mana mahu balik jadi taxi driver. Bos taxi driver boleh la.

      Delete
    2. Memang ada banyak yang seperti kacang lupakan kulit, baik Musa Aman berhati-hati dengan orang macam ni.

      Delete
    3. paling bagus...tarik balik semua harta dia la....

      Delete
  3. adakah seorang PTI boleh jadi YB di Sabah? Hanya umno suka PTI sudah memuktikan umno adalah parti pembelot kepada negara terutama Sabah!

    ReplyDelete
  4. Saya hairan juga mengapa Musa boleh mencalunkan orang seperti ini.Bukan seorang yang boleh menjadi pemimpin pelapis untuk generasi masa depan tapi hanya seorang yang 'perut lebih besar daripada otak'dan setakat untuk menunjuk gaya dan mendapat gelaran.Suruh saja dia tulis dalam sepuluh perkataan sebabnya dia masuk UMNO kalau dia boleh.Mungkin dia hanya tulis,PANGKAT,GELARAN,PANGKAT,GELARAN,WANG,WANG,GUNDIK,GUNDIK,MEWAH,MEWAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencalonan nama adalah penting, diharapkan Datuk Musa akan membuat pertimbangan yang sewajarnya.

      Delete
    2. Moga-moga, calon yang disenaraikan adalah yang berkeupayaan.

      Delete
  5. Semua ni BABI bah.. Saya sumpah semua ni pemimpin UMNO yg kasi hancur Sabah mati accident.. Kalau makan duit rakyat, perut diorang terburai... Babi..

    ReplyDelete
  6. Sokong... kita yg kerja separuh mati, diorang senang2 makan duit.. Saya pun sumpah diaorang mati accident.. kalau banyak org sumpah mungkin betul2 jadi.... hahahaha.. klau gitu sia sumpah X 1,000,000 kali...

    ReplyDelete
  7. Alaa.. org Sabah yg bodoh.. kite kat semenanjung dah mula bangkit.. tengoklah GE 12.. Kita kat Semenanjung cuma kalah kurang 10 kerusi je.. Tapi Sabah/Sarawak yg bodoh sangat bagi menang BN.. Tolonglah, sekali diperbodohkan takpe,.. kalau terjadi lagi ? Memang Sah bodoh.Tak kan kite kat sini yg kena bela rakyat borneo sepenuhnya. Kamu kena la tolong diri sendiri juga.

    ReplyDelete
  8. Betoi tu... apa la bila BERSIH 3 tempoh hari,.. buat gotong royong pula...

    ReplyDelete
  9. Ye la... apa2 pun, rakyat Sabah harus bangun dan jangan terus diperbodohkan.. sekali silap takpe, jangan sampai diperbodohkan selama-lamanya.. Kite kat west dah balance the seats, up to Sabah/Sarawak to decide what they really want.. Unless you want to remain being manipulated by these people.. This is already the worst that you can get from a corrupt government, how bad can it be if we change them...

    RCI for illegal immigrants ??? Its suppose to be RCI for Project IC.. Find out who's the culprit.. How they get citizenship.. not how this people came in.

    Again PM seem to see Sabahan is stupid people and easily fooled.

    Even this i heard from leaders from the West, that noticed the RCI is for something different.. What happen to the Sabahan oppositions?? All i see is YTL comments that it's nothing new.. not it's for the wrong issue..

    No wonder PM have that kind of impression of the Sabahan people..

    ReplyDelete
  10. Tajuk cerita 'Sebuah Ninja King untuk menderhaka' jadi kenapa pula melarat cakap pasal lain hal?

    ReplyDelete
  11. SAYA PUNYA SUKA LA... KALAU KAU ADA MASALAH DIAM LA... NI LA UMGOK NI.. APA ORANG MAU CAKAP PUN AJAR... If your mind is only stuck to the topik,.. too much tapioca la.. 'Sebuah Ninja King untuk menderhaka'.. who is this person that gets this??? What have he been doing??? Projeck IC la stupid... All because of a corrupt government.. And a corrupt government is pampering these illegal people,.. maybe like you.. Next time, read and understand.. not just read... too much tapioca kau ni...kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam sudah banyak tertekan nampaknya penulis ni.Tulis sikit dia naik angin terus macam orang gila yang sudah mengamuk.Kalau pun kita makan ubi kayu sekalipun apa salahnya kalau kita miskin dan tidak mampu makan di restoran Hyatt.Jangan sekali menghina orang kalau sendiri itu serba kekurangan dan mungkin makan ikan basung dengan belacan setiap hari.

      Delete
    2. Tu La... seadr pun x mampu makan di Hyatt tapi ni org2 yang kamu sokong ni sedap2 makan n sampai perempuan & bini sana sini kira ok la?.. Kadang2 kena hina baru pandai sedar. Kalau tidak, sampai bila2 makan tapioca saja...

      Tengok la next election, kalau sama juga maka semua harus diam n jangan komplem kerana kebodohan sendiri...

      Delete
    3. Yang bodoh kamu macam gila babi mau ajar orang.Bagus kamu balik negeri china dan sembah mao tse tung.Kepala otak kau macam kerbau tua.Hidup BN!

      Delete
  12. siasat hal ini, bagi memastikan ia benar atau tidak.

    ReplyDelete
  13. Ni la budaya sekarang.. siasat, siasat,siasat.. lepas tu diam... Buang masa saja. Ini sudah ketahuan umum sda... Tapi siapa mau ambil tindakan... semua ada kepentingan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. What a pathetic fact, isn't it? And we can't do nothing about it.

      Delete
  14. Macam2 lah cerita yang timbul bila PRU makin dekat.

    ReplyDelete
  15. Betul.. Macam datu akjan... masih mau siasat ka dia ni org sabah... atau projek ic... 1987 dia baru sampai sabah, cakap melayu pun x pandai, tukang kempen bas express sandakan... sekarang?.. tanah sana sini... ferrari,... jadi sultan lagi... sama saja ni Datuk S la... kamu masih lagi boleh terima.... Dalam hal ni, actually rakyat Sabah yg bodoh, UMNO ular... ngam la tu, Ular jadi boss org bodoh... Jangan marah ya kalau kena panggil bodoh... fikir la sendiri.. Saya org sabah tapi pandai lari p KL 10 tahun lalu... Bila balik KK, kawan d kk sama juga kehidupan macam 10 tahun dulu... kesian la.. Biarpun kerajaan masih BN tapi di sini diorang tidak berani buat hal.. tapi d sabah, pemimpin Sabah sendiri kasi mati org sendiri... apa2 hal, semua lari.. Hampir semua ni org ada rumah mewah di Perth.. orang Sabah beli rumah pertama pun kempunan... Kesian la kalau berterusan jadi bodoh..

    ReplyDelete
  16. ya.. di KL tiada minyak and kayu balak... di sabah semua ada.. tapi bodoh sekali tiapa... jangan jadi bodoh dua kali.. Kamu mau ka anak2 kamu nanti kalau cari kerja mau minta itu polipin... jangan hairan la.. Bila Shfie and geng dia lagi memerintah,.. confirm la kita under kerajaan selatan pilipin.. kan Dtk S ni pun polipin...

    ReplyDelete
  17. Bukan menyokong Datuk Samsuddin,kenal pun tidak......! lumrah kehidupan dunia,bodohlah kalu lepas peluang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa Aman perlulah berhati-hati dengan orang yang berdekatan dengannya.

      Delete
  18. Shafie Apdal dan Musa Aman bukan lagi musuh politik. Shafie mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menyokong pemimpinan Musa Aman dan mereka berdua dilihat berhubungan baik dalam beberapa majlis rasmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubungan baik dua pihak amat diperlukan untuk teruskan perjuangannya.

      Delete
  19. Politik, depan mata orang baik saja... tapi bila mau bertindak, baru keluar taring... dalam politik mana ada kawan..

    ReplyDelete
  20. Betul ka tu, mana tau dia beli sendiri..

    ReplyDelete
  21. There are many who like peanut forget the skin, good Musa Aman careful with people like this.

    ReplyDelete
  22. We want people who can be leaders for future generations.

    ReplyDelete
  23. Already wealthy lah…why bother with local taxi and bus.

    ReplyDelete
  24. Nomination is very important, it is hoped Datuk Musa will make judgments accordingly.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Let’s hope the listed candidates are fitting for it.

      Delete
  25. si Citra ni, semua laporan dia di Sabahkini saja ni.. kalau ada pun laporan polis atau sprm, itupun selepas dia dedahkan semua bukti di Sabahkini.. macam mana la mau siasat kalau begitu.. baru mau siasat, bukti sudah hilang..

    ReplyDelete