Osin Dikun
Kehadiran lebih 20,000 (?) orang di majlis penuh bersejarah anjuran Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin di Beaufort mengulang sejarah 1994 kerana sejarah mencatatkan Lajim menyertai UMNO kerana 'dibeli' Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kini sejarah berulang lagi apabila Lajim mengumumkan tindakan meletakkan jawatan sebagai AMT UMNO dan Ketua Bahagian UMNO Beaufort di hadapan Anwar Ibrahim, tetapi peliknya Lajim masih menjadi Ahli UMNO dan Timbalan Menteri dan memilih untuk dipecat.
"Saya kecewa kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hanya berjanji untuk membuat perubahan pucuk pimpinan Barisan Nasional Sabah tetapi sehingga ke hari ini semua janji Najib belum terlaksana," kata Lajim yang mendapat tepuk sorak daripada penyokongnya yang datang sejak jam 2 petang lagi.
Menurut Lajim, kali ini tidak siapa boleh mempertikaikan tindakannya kerana beliau bukan ditawarkan habuan tetapi kerana tidak sanggup lagi menjadi 'Yes Man'; sebaliknya pemimpin BN yang cuba membeli beliau agar kekal dalam BN.
"Saya tetap dengan pendirian saya demi untuk mendesak kerajaan membangunkan Sabah yang serba ketinggalan," kata Lajim lagi.
Seperti alasan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing, Lajim juga mempertikaikan kegagalan kerajaan persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat pemberian kerakyatan songsang di Sabah.
Lajim turut mendedahkan 'kronisme' dan 'Nepotisme' begitu ketara di Sabah sehingga membuatkan beliau muak dengan mutu kepimpinan BN dan UMNO Sabah.
"Oleh itu, saya menguatkan tekad untuk melancarkan slogan TUKAR," ujar Lajim yang akhirnya mencipta rekod baru dan berjaya memalukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Sudah kumpul kekayaan baru mahu keluar parti ke?
ReplyDeleteLajim 'dibeli' oleh Anwar pada tahun 1994? Sejarah berulang tetapi dengan sedikit kelainanan untuk adakan variasi? 2x5 saja
ReplyDeleteentah apa tawaran lajim dpt kali ini?
DeleteCM la...
Delete2x5 sahaja.. There is no different with the situation back then and now.
DeleteLajim mau tuntut janji Anwar untuk jadi KM la tu. Anwar pula jadi PM.
DeleteLajim mau jadi KM... cita2 tinggi betul.
DeleteLepas ni perjuangan Lajim akan semakin sukar.
ReplyDeleteAll the best for his struggles. Wait and see how far he can go without BN
DeleteIt would be difficult for Lajim to fight for the people once he is no longer a BN/UMNO member.
DeleteNevertheless, good luck to him.
DeleteTak kisahlah apa yang berlaku terhadap Lajim nanti, ini keputusannya, biarlah Lajim sendiri yang mengurus hal diri.
Deletepilihan sendiri tak boleh jadi penyesalan. lain la kalau orang lain yang buat keputusan untuk Lajim.
DeleteLajim's attire..facepalm!
ReplyDeletefashion sekarang untuk org tua. hahaha
DeleteBaju apa ni?
Deletetak perlu tunggu dipecat, keluar ja jika berniat begitu.
ReplyDeleteLajim berharap sangat untuk dipecat .Oleh itu, baik UMNO/BN tidak memenuhi permintaan Lajim untuk dipecat. Biar dia!
DeleteLajim sudah langgar peraturan parti. alang alanglah terus keluar. rasanya mau minta simpati lagi dia tu.
DeleteIf Lajim really wanted to leave BN-UMNO, why is he still dallying in the party? Leave or not leave, make up your mind.
DeleteJIka tidak berminat lagi, keluar sahaja dari Parti, jangan banyak songeh.
DeleteTiada simpati bagi si Laji sama si wilfred. mereka mahu minta beli? jangan haraplah. Terjunlah disungai Beaufort Lajim dan Wilfred terjun disungau Taparlari.Tetap**
DeleteRasanya UMNO/BN tidak akan memecatkan Lajim tanpa sebab yang munasabah.
ReplyDeleteLajim should resign all his position in the party if he decided to leave BN-UMNO to join the opposition, rules are rules.
DeleteBetul juga, jika tidak bersalahatau membuat sesuatu yang merosakkan parti, tidak mungkin dipecat.
DeleteLajim, what are you waiting for? Are you trying to get sympathies from the people?
ReplyDeleteLajim harus pergi dan sertai parti lain jika bertujuan untuk keluar dri BN, hairan juga beliau tunggu untuk dipecat?
ReplyDeleteBukannya ada apa pun jika dipecat, cuma seorang pemimpin keluar dari parti sahaja.
ReplyDeleteya, lompat parti ini sudah biasa kita dengar dan berlaku kepada mana-mana parti pun.
DeleteLajim will be another to join PKR?
ReplyDeleteTadi saya dengar berita jawatannya kena lucut kan. hmmm..
ReplyDeleteApa boleh buatlah. Rasanya Lajim sudah bersedia pun so takda apa yang perlu dihairankan lagi.
ReplyDeleteDia punya pasal lah kalau dia mahu keluar. Kalau kena pecat pun itu dah nasibnya.
ReplyDeleteSudah kena pecat pun... Kalau lepas ini ada lagi yang tak puas hati memangh bikin hairan betul.
ReplyDeleteHarap semuanya akan kembali tenang supya PRU dapat dijalankan segera. Tak sabar mahu mengundi ni.
ReplyDeletebiar pengundi yang buat pilihan..
DeleteApa sebenarnya yang lajim inginkan. Tidak dapat meramal apa yang akan beliau lakukan.
ReplyDeletebeginilah politik, memang susah mau diramalkan.
DeleteHarap beliau tidak menyesal dengan keputusan beliau itu.
ReplyDeleteBenefits pasti menunggu sudah tu
Deletekalau mau keluar, keluarlah buat apa tunggu dipecat.
ReplyDeletekalau mahu keluar, keluar saja bah, tidak payah tunggu2.
ReplyDeleteKalau sudah berniat untuk keluar, lebih keluar saja. Tunggu dipecat macam minta simpati pula.
ReplyDeleteTidak perlu hairan dengan apa yang berlaku dengan Datuk Lajim ini.
ReplyDeleteSiapa tidak kenal dengan Datuk Lajim yang dari dulu lagi timbul dengan pelbagai isu ingin meninggalkan UMNO. Tapi akhirnya apa yang dinafikannya sebelum ini menjadi kenyataan dan benar. Bagus juga sekurangnya dia tidak terus memberikan beban kepada BN.
ReplyDelete