Search This Blog

Thursday, August 9, 2012

Majlis berbuka puasa SAPP Kg Ongkilan Tandek


KOTA MARUDU, 6 Ogos 2012: Parti Maju Sabah (SAPP) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Ongkilan di Tandek dekat sini.

Majlis itu telah diadakan di masjid Kampung Ongkilan yang turut dihadiri rombongan pemimpin SAPP dari Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) Tandek.

Rombongan SAPP itu diketuai oleh Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun. Eric selaku pengerusi CLC Tandek turut meyalurkan sumbangan ikhlas SAPP kepada masjid Kampung Ongkilan.

Imam masjid, Encik Pangeran Bidin Pangeran Hidup, selaku wakil ahli jawatankuasa masjid merasa amat terharu dengan lawatan SAPP itu serta berterima
kasih diatas daripada parti itu.

Pangeran Bidin menjelaskan bahawa masjid tersebut belum pernah dilawat samada oleh pemimpin dari pihak kerajaaan atau pembangkang.

Eric (tiga kiri), Stephan (kiri) bersama AJK masjid kampung
Ongkilan merakam gambar kenangan pada majlis itu
“Parti SAPP adalah parti politik yang pertama melawat masjid ini,” kata Pangeran Bidin.

Sementara itu, Encik Roslan Mohd Zain selaku Ahli Jawatankuasa CLC Tandek menyatakan bahawa aktiviti majlis berbuka puasa seperti itu telah menjadi budaya dalam parti SAPP.

“Selaras dengan perlembangaan parti yang berbilang kaum perkara ini telah menjadi kelaziman,” katanya.

Turut hadir Penolong Setiausaha Penganjur SAPP Stephan Gaimin dan Setiausaha Kerja Parlimen Sepanggar, Etor Masambal.

34 comments:

  1. Baguslah bah buka puasa sama2. Beramal tu baik jika dibuat secara ikhlas:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan ia betul-betul ikhlas dan bukan untuk memancing undi semata-matanya.

      Delete
    2. SAPP mula cuba untuk mendekati penduduk.

      Delete
    3. This is a good move.

      Delete
    4. Macam sangsi pula dengan SAPP ni. Tiba2 pla nak buat amal puasa.

      Delete
    5. Yang penting SAPP ikhlas.

      Delete
    6. Sapp will look more sincere if Yong teck lee is not a part of SAPP. just saying.

      Delete
    7. sekarang ini semua parti tidak kira BN dan pembangkang sering mengadakan majlis berbuka bersama rakyat. itu sesuatu yang baik.

      Delete
    8. Aktiviti ini harus dibuat dengan ikhlasnya dan buakn sekadar membuat show untuk menambat hati.

      Delete
  2. Nampak sekali usaha sapp mendekati rakyat. Kita tengok sajalah samada rakyat akan bagi sokongan kepada mereka ini nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak tahulah bagaimana penerimaan rakyat Kampung Ongkilan di Tandek terhadap SAPP.

      Delete
    2. Wow, first time to hear this. I bet they were enjoying it right now.

      Delete
    3. Saya harap ini bukan setakat taktik untuk meraih sokongan dari rakyat.

      Delete
    4. As long as they do it for the sake of the people, surely the people can sense it.

      Delete
  3. Pandai juga sapp cari tempat yg belum pernah kena lawat. At least ada juga bahan untuk orang puji kan:P haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam politik mestilah kena pandai merancang strategi, kalau tidak sukar nak bertanding dengan yang lain.

      Delete
    2. Well SAPP is so called a great party with a great vision and mission. LOL

      Delete
  4. Mungkin masjid ini agak baru lagi, jagi belum sempat dilawat oleh mana-mana pemimpin samada dari pembangkang ataupun kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya banyak parti yang lain turut membuka puasa dengan rakyat tempatan, bukan hanya SAPP sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seems like SAPP is better in getting publicity.

      Delete
  6. bgs jg SAPP melawat Masjid tersebut. harap mereka ikhlas melawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus perbuatan SAPP. Lain parti pun patut buat begitu juga.

      Delete
    2. Siapa yang bagi peruntukan buat masjid??

      Delete
    3. apa pun yang dibuat, yang penting ikhlas..

      Delete
  7. Never thought SAPP will hold such kind of activity.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti ramah mesra dengan rakyat harus sentiasas dijalankan.

      Delete
  8. Kalau bukan PRU13 SAPP tidak akan sampai di sana.

    ReplyDelete
  9. Usaha seperti ini perlu diteruskan bukan sahaja pada masa2 puasa sahaja.

    ReplyDelete
  10. Apapun alasan yang diberikan tetap sahaja usaha ini baik untuk semua dan jika ada sesiapa yang ingin beramah mesra dengan penduduk kampung bolehlah berkunjung kemana2 kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, beramah mesra harus menjadi amalan semua tidak kira bangsa dan fahaman politik.

      Delete
  11. lupakan politik seketika, dan semua harus berbuat baik terutamanya pada bulan puasa.

    ReplyDelete
  12. biarlah semua menunaikan ibadah dengn hati yang ikhlas dan bersih.

    ReplyDelete
  13. As long as it is sincere, nothing wrong.

    ReplyDelete
  14. Aktitivi turun padang memang digalakkan.

    ReplyDelete