Search This Blog
Tuesday, September 11, 2012
49 tahun lalu namun masih terdapat sisa sisa insan terus terpinggir
TENOM - Sesungguhnya kemerdekaan yang sudah dilalui kira kira 49 tahun lalu namun masih terdapat sisa sisa insan terus terpinggir tidak menikmati bantuan kerajaan, dimana keadaan penghidupan mereka bagaikan sebuah bahtera yang belayar dalam suasana gelap gelita tanpa hala tujuan yang sebenar.
Malahan dalam keadaan terpaksa mereka terus mendiami sebuah rumah dalam serba kedaifan tanpa disedari pihak berkuasa keperitan hidup mereka namun kerajaan pula saban hari melaung laungkan slogan mereka ke dalam media arus perdana seperti "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan janji ditepati".
“Saya tidak mendapat apa apa bantuan kerajaan walaupun sudah berulang kali mengajukan permohonan seperti bantuan rumah mesra rakyat (RMR), bantuan kebajikan malah jawapan yang diterima amat mengecewakan kononnya saya tidak layak,” tegas Saziman Simin 45, tinggal menetap di Kg Mosolog menceritakan demikian ketika dilawati Roger Stimin Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SAPP pada Ahad.
Detik mencemaskan dalam pengalamannya apabila tiba musim tengkejuh, beliau dan keluarganya tidak lelap tidur semalaman kerana bimbang kalau kalau rumahnya itu diterbangkan oleh angin kencang selain ancaman keselamatan lain seperti rumah dihempap pokok.
Bagaimana pun beliau bersyukur kerana sedaif mana pun keadaan rumahnya masih mampu bertahan menghadapi ancaman hujan ribut dan lain lain ancaman.
Saziman yang menghidap penyakit komplikasi seperti diabetes, buah pinggang dan darah tinggi lebih 5 tahun lalu, terpaksa berulang alik untuk mendapatkan rawatan ulangan seminggu sekali di Hospital disini menyebabkan beliau tidak mampu menjalankan kerja kerja berat untuk menjana penghidupan keluarganya.
Tanpa segan silu, Saziman yang mempunyai 7 orang anak berterus terang bahawa penghidupan mereka selama ini banyak bergantung kepada sumbangan masyarakat yang prihatin masalah mereka selain usaha kecil kecilan isterinya menjaja kueh mueh yang dibantu anak sulungnya yang terpaksa meninggalkan alam persekolahan setakat tingkatan empat kerana membantu ibunya.
Ketika ditanya sama ada pernah beberapa pegawai kerajaan mahu pun wakil rakyat melawat keluarga mereka sebelum ini Saziman berkata tidak pernah walau pun kakitangan wakil rakyat mereka (tetapi) semasa berkempen pilihanraya untuk meraih undi pekerja mereka ada datang.
Roger yang diiringi Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy S Mairi dalam lawatan itu seterusnya berkata, beliau amat kesal malah bersimpati keadaan Saziman itu yang sepatutnya masalahnya sudah mendapat perhatian kerajaan sebelum ini dengan memberi keutamaan untuk mendapatkan bantuan seperti rumah mesra rakyat (RMR).
“Kenapa mereka yang lebih berkemampuan yang terdapat dikampong kampong lain dengan begitu mudah sekali mendapat bantun RMR...kenapa Saziman pula tidak dapat? Apakah perbezaan status Saziman dengan mereka yang lain (yang sudah dapat),” tanya Roger Stimin.
“Kita bukan menjaja isu Saziman semata mata untuk mencari publisiti tetapi apa yang kita ketengahkan ini adalah ketidak adilan kerajaan mengagehkan fasiliti kerajaan kepada rakyat yang memerlukan bantuan. Mana dia slogan mereka Rakyat didahulukan dan janji ditepati?” tambahnya lagi.
Roger berkata, masalah yang dialami Saziman seharusnya pihak kerajaan memberi perhatian serius malah ianya perlu diberi keutamaan termasuk pendidikan anak anaknya yang terpaksa terhenti separuh jalan semata mata membantu keluarganya.
“Rakyat yang bermasalah seperti kes yang dialami Saziman sepatutnya ia adalah tanggung jawab kerajaan membantunya. Itu sebabnya dalam kerajaan ada agensi yang dipertanggung jawabkan seperti Jabatan Perkhidmatan Am, Sosial dan Kebajikan yang mana prosesnya tanpa memilih bulu dan anutan politik orang yang dibantu itu,” tegas Roger.
Oleh: Mail Mathew
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau di TV1,2,3 dan Awani pemimpin2 BN terutamanya UMNO tidak putus2 bercakap "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan juga janji ditepati"...mana sudah semua janji2 itu. Rakyat ini Saziman mengadu minta bantuan biar pun berulangkali dimajukan permohonan tapi dijawab tidak layak. Berapa bnyk mereka yg sihat gemok2 dapat bantuan PPRT, dapat lagi bantuan kebajikan...kenapa ini ada perbezaan dan mcm menganak tirikan rakyat. PRU13 patut juga rakyat menolak kerajaan yg pilih kasih dan suka berjanji palsu!
ReplyDeleteIT IS A CRIME OF THE COLONIAL RULERS WHO MADE PEOPLE POORER & POORER AFTER 49 YEARS....
DeleteSo don't fool ourselves that we have real independence.
If Sabah is truly independent we should have been free to enjoy the wealth of our country Sabah and not have it stolen by the Malayan!
We must as a people rise to throw out the colonial rulers and free Sabah for independence!
Kerajaan sebenarnya memerlukan maklumat untuk mereka-mereka yang memerlukan bantuan ini. Jika kerajaan tidak mendapat apa-apa maklumat maka sebab itulah kerajaan sukar untuk mengenal pasti masalah kemiskinan ini.
Deletebayausbh.blogspot.com
bayausbh.blogspot.com
Maka pihak yang bertanggungjawab dan diamanahkan perlulah memastikan masalah ini dapat dibantu. Semoga pihak bertanggunjawab akan menjalankan tugas.
DeleteKita sedia maklum yang mana kerajaan banyak membuat pelbagai bantuan dan program untuk membantu menangani masalah kemiskinan ini. Jadi jangan sia-siakan usaha kerajaan ini.
bayausbh.blogspot.combayausbh.blogspot.com
kadang2 mereka yang layak tapi tidak kelulusan bantuan sebab berlaku keciciran. mohon para pemimpin@wakil rakyat untuk lebih peka terhadap masalah rakyat di bawahnya.
DeleteIf some areas are less developed, it’s all due to the elected people’s representatives representing the areas who fail to deliver. Then, it’s not fair to put the blame totally on the govt.
Delete"Ketika ditanya sama ada pernah beberapa pegawai kerajaan mahu pun wakil rakyat melawat keluarga mereka sebelum ini Saziman berkata tidak pernah walau pun kakitangan wakil rakyat mereka (tetapi) semasa berkempen pilihanraya untuk meraih undi pekerja mereka ada datang." kalau saya si Roger Stimin, pasti sayapun tersindir juga.Mahu jadi calon dan dekat2 pilihanraya baru mahu datang tolong orang kampung.he he he
ReplyDeletemacam mana pula Roger tersindir...dia bukan wakil rakyat? dia sekadar insan biasa berhati mulia mahu membantu org susah apa pula salahnya..?
Deletetersindir sebab dekat2 pilihanraya baru dia datang bagi bantuan sama si saziman...
Deleteberkhidmat untuk rakyat patut dilakukan berterusan. bukan ikut tempoh2 masa tertentu saja.
Delete2x5 saja bah. Roger Stimin datang pun time dekat2 election.
DeleteSemasa PRU mendekati, pasti ada banyak turun dan menarik undian. Jika tidak, bayang pun tidak nampak.
DeleteOh, mahu buat begini pula kalau nak jadi YB kan Roger?
ReplyDeleteada gelaran Y.B pun kalau lokek teada guna juga. tapi mahu sesuatu mestilah buat pengorbanan dan selalu mendekati rakyat masam Roger...barulah okay!
Deletenanti si roger jadi YB, si saziman datang jumpa dia, si roger tidak kenal sudah dia tu...
Deletejangan cepat mudah lupa diri bila dapat apa yang sudah diimpikan. rakyat yang memilih pemimpin, rakyat juga yang akan jatuhkan pemimpin.hati2..
DeleteMemang lah Pemimpin BN tidak datang melawat si Saziman Simin ini sebab dia ini pengundi tegar BN tidak kira lah dia ini dibantu atau tidak pun dia tetap hidup mati bersama dengan BN,saya kesihan dengan saudara SAPP terutama En Roger stimin kerana membuang wang dan waktu untuk melawat fakir-fakir miskin ini,kita bukan lah tidak prihatin terhadap nasib saudara ini tapi percaya lah jika masa PRU nercaya bandera BN akan menyelaputi rumah yang dihunikan oleh saudara ini,..percaya lah cakap saya ini....
ReplyDeletehak mengundi adalah hak rakyat...tidak kiralah siapa, tetapi sebagai pengundi itu hak dia..
Deletesetuju dengan samson, mengundi adalah hak masing-masing.
DeleteRakyat sendiri harus bijak menilai.
DeletePolitik itu kotor, dekat pilihanraya masing2 menunjukan kekuatan dan merungkai kelemahan lawan. Selepas undi, cerita sebegini tdk lagi sensasi. Tetapi hakikatnya sabah jauh lebih miskin dari negeri2 malaya.jika seseorang mengatakan perkataan DAIF pasti melapetaka akan menimpanya, namun hakikatnya memang realiti.
ReplyDeleteBeginilah tabiat dan sikap pemimpin BN orang yg susah dan uzur tidak mampu keluar buang undi mereka tidak pedulikan kerana mereka tahu insan ini tdk undi BN. Nasib baik ada pemimpin pembangkang murah hati sudi hulur derma/sumbangan...Roger ini orangnya pemurah, mudah2an dia jadi pemimpin suatu hari nanti..kami minat sikapnya itu!
Deletesemua orang adalah pemimpin dan dipimpin.tidak semua yang tidak buta nampak begitu juga tidak semua orang bertelinga mendengar.baik budi manusia boleh diketahu apabila dia berada di rumahnya sendiri.semoga diberkati.
DeleteRagam manusia sekarang penuh dengan kepura puraan...masa mengundi jurukempen mereka pandai datang rumah siapa saja, disana bermacam macam pujuk rayu diluahkan untuk memujuk dapatkan undi. Selepas pilihanraya trus menghilang pura2 tidak kenal lagi...janji2 mereka kasi ini kasi itu dilupakan. Tapi bila tukang ampuh dan kaki bodek jumpa Y.B trus kena lulus bikin rumah pprt, kasi projek dan mcm2 lagi....jadi yg susah menderita sakit kronik diketepikan. Adilkah sifat2 pemimpin BN ini! PTI belambak disana sini sikarang sudah dekat 1 juta populasi dorang dibiarkan...RCI pun mcm lenyap sudah! Syukurlah ada anak2 muda terpelajar tampil berjuang dlm pembangkang utk sama sama mengembalikan kuasa rakyat Sabah seperti dulu tahun 1960an, 70an dan 80an.
Deletetu janji PR pun diorang cakap hanya cadangan...rugi2 tu selangor, penang undi tu PR...hanya cadangan saja pula...adilkah sifat2 pemimpin PR?
DeleteChief Minister Datuk Seri Musa Hj Aman said countless programmes had been implemented by the BN government to create employment and economic opportunities for the people, many of which were focused at helping the poor in various constituencies across the State.
ReplyDeleteStatement by CM :
ReplyDelete“This was one of our promises, which is to help the hardcore poor and poor families improve their livelihood and we have and will continue to fulfil it,”
Musa admitted however that not all election manifestos could be delivered immediately as some may take longer, but what was important he said, was that efforts were taken to deliver what had been promised.
ReplyDeleteAnother statement by CM:
ReplyDelete“BN is an action-oriented government and one that fulfils its promises … Those without any home we give them houses, those without work we created jobs for them and we create economic opportunities to be explored by the poor to generate income for themselves and their families. These were our promises,”
According to Musa, eradicating poverty and improving the livelihood of the people was one of the main objectives BN had set to focus on in the last general elections and this would continue to be given emphasis as the party is committed towards ensuring that no Sabahan is left out from the mainstream of development.
ReplyDeleteThe Government would never leave the Rakyat remain the same.
Apart from the ‘Mini Estet Sejahtera’ (MESEJ), he said there were other programmes implemented by the State and Federal governments aimed at helping the poor. This includes the ‘Program Bantuan Rumah’ (PBR), 1Azam and Agropolitan.
ReplyDeleteThe Chief Minister expressed gratitude to civil servants and district officers who have worked hard to ensure all government development projects in their areas were completed according to schedule.
ReplyDeleteQuoting the proposed government housing scheme or PBR projects across the State as an example, Musa said the projects have been fully implemented due to the strong cooperation and support from the local authorities and the district offices.
CM is satisfied with the performance of the Rural Development Ministry in implementing the development programmes in the various districts in the state
DeleteThe Statement from CM for us to judge him.
ReplyDelete“We work not because election is coming, for us in the party we always work hard as if election is to be held tomorrow. So, we work from the very early beginning … and we will continue to work even after the election is over.
“This has been our way all this while and we do not go down to the ground only when an election approaches. That is what the opposition does. Election for us is everyday and whether there is an election or not, we will continue to work for the people.
“Undoubtedly, we also make preparations for the election, but we are always ready because this is normal thing for us,”
The allegation that there were irregularities with regards to rural development projects in Sabah was not true and was politically motivated, Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said
DeleteChief Minister Datuk Seri Musa Aman on Thursday said Sabah Interior showed the highest decrease in poverty, thanks to various poverty eradication programmes that were initiated and implemented by the Government.
ReplyDelete
ReplyDeleteSabah Interior, he said, recorded a 13.2 per cent decrease in poverty from 29 per cent in 2004 to 15.8 per cent in 2009.
Overall, Sabah's poverty rate went down from 24.2 per cent to 19.7 per cent in the same period.
ReplyDeleteAccording to Musa, the State and Federal Governments' poverty eradication programmes include the Mesej project, Hardcore Poor Housing Programme (PPRT) plantation, Agropolitan, 1Azam, House Assistance Programme (PBR), Town Poverty Eradication Programme (PPKB) and Amanah Saham Bumiputera (ASB).
ReplyDelete
ReplyDeleteThe ASB, he said, is implemented to cover Poor and Hardcore Poor Household Heads (KIRMTs) and Poor Household Heads (KIRMs) listed under the e-Kasih system.
So far, he said, there are 29 oil palm and rubber Mesej schemes in Sabah, six aquaculture Mesej, seven micro agriculture/aquaculture Mesej and two integrated Mesej that have been implemented in poverty-prevalent areas throughout Sabah.
ReplyDelete
ReplyDeleteOf the number, 12 Mesej and six micro-Mesej schemes have been fully completed. Four new Mesej projects are in the process of land application or surveying for implementation starting 2013.
ReplyDeleteHe said all the Mesej projects are expected to involve more than 2,000 KIRMTs. Apart from that, Musa said, the State Government is considering to implement another PPRT plantation in Nabawan, in addition to the two PPRT plantations in Tongod and Kalabakan, respectively.
ReplyDeleteHe said a total of 1,167 KIRMTs are now receiving monthly dividends of RM400 from the Tongod and Kalabakan PPRT plantations. He said they were also given employment and housing facilities in the plantations concerned.
ReplyDeleteAs of Sept 5, he said, a total of 1,143 of the 1,400 PBR-type houses by the Federal Government for this year have been completed. An addition of 600 new PBR houses is in the implementation stage, making the total PBR houses approved for this year to 2,000 with a cost of RM100 million.
ReplyDeleteMusa said the total approved PBR houses in Sabah since the programme was started in 2010 are 7,149 units.Meanwhile, the Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry has implemented various programmes under the Town Poverty Eradication Programme
ReplyDeleteUnder this scheme for last year and this year, he said, a total of 533 people received the House Rent Aid, while Skills Aid, 356, Amanah Saham Wawasan 2020, 1,425 people and House Construction Aid, 30.
ReplyDeleteState Government agency, Ko-Nelayan, he said, also conducted poverty eradication programmes such as the Hardcore Poverty Eradication Programme (2007-2010) through the ICU-JPM special allocation fund of RM10.198 million involving 670 fishermen.
Apart from that, more than RM5.7 million has been allocated under the 1Azam programme 2010 involving 489 fishermen that are listed under the e-Kasih programme and also RM10.005 million under the second phase of the 1Azam programme in 2011.
ReplyDelete
ReplyDeleteAs of June 30, this year, a total of 690 fishermen were involved under the second phase of the 1Azam. As of 2011, he said, a total of 1,116 were involved in the Amanah Saham Bumiputera Sejahtera (ASB Sejahtera) programme by the Ministry of Rural and Regional Development Ministry.
ReplyDeleteThe proposed figure for this year (under the ASB Sejahtera) is 326 people. As among the implementers of the House Assistance Programme (PBR), Giatmara has completed rehabilitating 2,089 houses and 11 new PBR houses in Sabah last year. Musa said a total of 578 houses for repair and 325 new PBRs have been targeted and planned for implementation this year.
ni SAPP dekat2 pilihanraya saja datang jumpa kau tu...bagi kau beras apa semua tu...lepas pilihanraya jangan harap diorang mahu datang lagi...apatah lagi kalau menang...terus kau dilupakan tu...
ReplyDeletebiasalah,bila mahu dekat pilihanraya semua mau tunjuk baik.
Deleteroger ada minta saziman isi borang keahlian SAPP kah tu? pok2 dapat 2 undi bah..laki bini..nanti kau jadi YB, jangan kau tidak kenal sudah si saziman dan keluarga...
ReplyDeleteinilah politik, semua pun mahu promosi diri.
DeleteThe poverty rate in Sabah will continue to decline based on a study which showed a drop of 4.5% from 24.2% in 2004 to 19.7% in 2009. Expressing confidence, Chief Minister Datuk Musa Aman said the biggest decline in poverty rate was 13.2% which was recorded in the interior, from 29% in 2004 to 15.8% five years later.
ReplyDeleteAll these Mesej projects are expected to involve over 2,000 hardcore poor heads of household.State government was also considering to implement another PPRT in Nabawan, in addition to the two existing ones in Tongod and Kalabakan.
ReplyDeleteThe Federal allocation of RM15.77 million for the 1Azam programme that is currently being implemented will benefit 3,455 fishermen in the State.
ReplyDeleteSabah Interior showed the highest decrease in poverty. Previously, it has recorded a 13.2% decrease in poverty from 29% in 2004 to 15.8% in 2009. Overall, Sabah's poverty rate went down from 24.2% to 19.7% in the same period.
ReplyDeleteGovernment is serious about eradicating poverty in the rural areas and will not stop at finding ways to help the poor.
DeleteKerajaan persekutuan juga terbabit dalam usaha-usaha mengurangkan kemiskinan. Sesetengah projek dibiayai oleh kerajaan persekutuan adalah projek “impak tinggi” untuk mempercepatkan usaha anti kemiskinan di kawasan paling teruk di Sabah seperti di Banggi, Bengkoka dan Pitas di Kudat.
ReplyDeleteinsan yang memerlukan bantuan haruslah dibantu agar mereka merasa kehidupan yang lebih baik.
ReplyDeleteKerajaan selalu memberi perhatian kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Deletepelbagai program dibuat untuk membasmi kemiskinan seperti ekasih dan pprt, harap semua yang memerlukan dapat dibantu.
ReplyDeleteIsu kemiskinan isu semua pihak. Rakyat sendiri juga harus berusaha.
Deleteapa alasan pihak pelaksana bantuan yang memberikan alasan tidak layak? mesti ada sebab dia kenapa dikatakan tidak layak..
ReplyDeleteada peimpin2 SAPP cuba bantu keluarga ini dengan berjumpa terus atau merujuk terus masalah keluarga ini kepada pihak pelaksana bantuan??
ReplyDeleteketika YTL jadi KM Sabah, ada pemimpin2 SAPP turun padang menjaga kebajikan setiap keluarga di negeri ini??
ReplyDeleteSistem PRU masih banyak perlu diperbaiki lagi.
ReplyDelete