Dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Mahathir berkata jentera berkenaan sepatutnya sudah digerakkan walau pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi.
"Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa mungkin kita akan kalah.
"Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Mahathir berkata demikian apabila ditanya sama ada Umno sudahpun melakukan persediaan mencukupi memandangkan persidangan Umno yang bermula esok merupakan persidangan terakhir sebelum pilihan raya.
Tambahnya, Umno masih lagi mengalami masalah memandangkan ahli parti menurutnya hanya mahu individu tertentu dipilih sebagai calon pilihan raya.
"Masalah Umno ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa.
"Tapi kalau orang itu menang tetapi parti kalah, akhirnya tidak boleh wujudkan kerajaan. Perkara mudah begini pun takkan mereka tak faham," kata Mahathir.
Sementara itu, ditanya sama ada sayap Umno sudah menjalankan perubahan yang diharapkan, beliau berkata, ia masih belum memuaskan.
Beliau juga melihat, Pemuda Umno tidak begitu aktif berbanding Wanita dan Puteri yang dilihatnya lebih bersemangat.
Selain itu, dalam wawancara itu juga, Mahathir turut menyatakan sokongannya terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan kesediaan untuk berkempen untuk parti jika dibenarkan.
Katanya, dengan berkempen, ia merupakan masa unyuk membayar balik melalui parti selepas beliau dipilih menjadi presiden parti seterusnya perdana menteri.
"Kali ini jika Najib tidak membantah, saya akan terus berkempen. Ini adalah masa untuk saya membayar balik kerana melalui parti inilah saya berupaya menang dan kemudian dipilih sebagai presiden dan kemudian perdana menteri.
"Sudah sampai masa untuk saya membalas balik jasa kepada parti," katanya.
Dalam pada itu, Mahathir turut meramalkan bahawa BN akan memenangi semula negeri yang telah tewas pada pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun katanya, kemenangan itu juga terpulang kepada Umno itu sendiri.
"Saya fikir terdapat kemungkinan besar tiga negeri ini iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mampu dimenangi semula. Malah ada kemungkinan yang kuat- kita mampu menawan semula Pulau Pinang dan Kelantan.
"Namun itu semua terpulang kepada Umno itu sendiri," katanya sambil menambah, sabotaj dalaman merupakan faktor utama yang menyebabkan kekalahan Umno.
harap2lah ramalan pak cik ini betoi!!!!
ReplyDeleteUMNO dikuburkan di Sabah!
Sudah pasti umno akan di tumbang!
ReplyDeleteORANG ORANG ASAL SABAH AKAN PASTIKAN UMNOBN TUMBANG PADA GE13 DI SABAH.....TUKAAAAAR INI KALI LAH..KIIIIIIIIIIIIIIIIIIHOI.....
ReplyDeleteKasian yb2 umno;mereka nanti kenah heart attak.
ReplyDeleteDengar khabar kalau UMNO kalah Maha Firaun akan ke ranch nya di Argentina untok larei daripada undang-undang.
ReplyDeletefakta sebenar permasalahan dalam pakatan pembangkang yang mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Kedah itu perlu dihayati, dan diterjemah di peringkat akar umbi
ReplyDeletekita dapat memahami politik kebencian dan politik fitnah yang diguna oleh pembangkang untuk menghantui atau memberi gambaran buruk terhadap Umno dan juga parti-parti komponen BN
ReplyDeletepolitik untuk kepentingan diri saja bukannya berusaha untuk rakyat.
DeleteKegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.
ReplyDeleteGambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang.
Kepincangan Pakatan pembangkang amat jelas tetapi malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius.
ReplyDeletetidak perlu dinafikan,memang jelas pun.
Deleterakyat Sabah jangan terpengaruh dengan taktik pembangkang
ReplyDeletepembangkang hanya berjanji bulan dan bintang. hari ni cakap lain, bila dapat apa yang mereka impikan, janji sudahpun berubah.
Deletejentera UMNO harus sentiasa diperkukuhkan dan bersedia.
ReplyDeleteberkempenlah habis-habisan...
Deletekalau kurang persediaan dan masalah dalaman pun tidak selesai2 memang tidak hairanlah. mana2 parti pun boleh kalah.
ReplyDeleteIa hanyalah ramalan Tun M. Just take note on that.
ReplyDeleteElakkan daripada mensabotaj parti.
ReplyDelete