Search This Blog
Monday, November 5, 2012
Pemuda SAPP diserang oleh PTI
Saudara Pengarang,
JASON Dino (Pemuda SAPP CLC Bingkor) dimasukkan ke Hospital Queen II, Damai selepas cedera parah diserang dan ditetak oleh PTI dengan pedang samurai di Keningau semalam. Jason kini selamat selepas melalui 10 jam pembedahan di SMC, Hospital Queen Elizabeth II,Damai Kota Kinabalu.
Bagaimana jika Individu/pemimpin yang bersuara tentang kebanjiran PTI dan mahu kerajaan membenteras PTI diperlakukan seperti ini.
Siapa lagi yang berani bersuara?
Mana Hak Rakyat Sabah?
Malang bagi anak-anak generasi akan datang merasa keadaan seharian seperti ini?
Tanpa sedar, kita masih menyokong pemimpin/kerajaan yang menghalalkan PTI di Sabah.
Salam Hormat,
JOSEPH LAKAI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ReplyDeleteKerajaan BN UMNO bilang kadar jenayah TURUN,ini kah contoh???
Jangan pandai CAKAP....
INIKALI LAH.....TENDANG BN UMNO KEPALA PATI PADA PRU 13 NANTI.
Gonzales
Jangan salahkan kerajaan BN dengan apa yang terjadi, sama-sma kita membantu kerajaan membanteras Pati. Buat laporan jika ada masalah dengan Pati.
Deletebodoh pnya pti..
ReplyDeletePATI hanya menyusahkan rakyat Sabah.
DeleteMasalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah umpama satu 'pekung' dalam badan 1Malaysia yang perlu dibedah, diubati dan dibuang, kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
ReplyDeleteBeliau berkata ini kerana masalah itu masih lagi kekal dalam pemikiran rakyat Sabah walaupun sudah banyak langkah dan tindakan yang dirancang dan dibuat oleh pihak kerajaan termasuk Program 6P di Semenanjung dan 5P di negeri ini.
ReplyDelete"Kita mengharapkan program-program ini akan terus dilaksanakan dan berjaya. Ini kerana kita sedia maklum dengan keadaan yang kita terima daripada pentadbir-pentadbir yang lalu.
ReplyDelete"Laporan dan tafsiran bahawa jika masalah kehadiran PATI tidak diselesaikan dengan betul, ia mungkin terus menjejaskan keselamatan dan ketenteraman kedaulatan negara dan mengancam keselamatan rakyat Malaysia."-Pairin
ReplyDeletePairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata PBS menyokong semua usaha kerajaan selama ini untuk menangani masalah PATI termasuklah penggunaan sistem biometrik.
ReplyDeleteKerajaan telah banyak buat program untuk menghantar Pati balik ke tempat asal mereka.
DeleteTetapi dengan laporan adanya 'Projek IC' daripada pelbagai sumber, rakyat tempatan masih menunggu maklum balas daripada kerajaan atas permohonan daripada beberapa parti komponen BN, termasuk PBS supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membuat penyelesaian muktamad ke atas masalah ini.
ReplyDeletePBS tetap perjuangkan RCI untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah
DeletePBS sentiasa akan memperjuangkan RCI untuk rakyat Sabah.
DeleteSehubungan itu, PBS meminta supaya penubuhan suruhanjaya itu dapat dilaksanakan pada tahun 2012.
ReplyDeleteSekarang, RCI sedang dilaksanakan dan sesi pendengaran pertama akan dibuat pada 14 Januari tahun depan.
Sama2 kita tengok hasil daripada sesi pendengaran tu
Deletemakin menjadi dan berani PATI skarang.
ReplyDeleteNi la masalah kalau PATI ramai di Sabah
DeletePATI kena dibanteras.
ReplyDeleteBagaimana?aksi bah...dimana mana sja ko nampak ramai bah!
DeleteMana keberanian urang Sabah?OTAI bah yang kuat ko nampak logo di motto mereka ni....bas dan lori.
Kasi masuk tu PATI dalam penjara
DeleteMacam mana mahu banteras bila PATI sudsah jadi duri dalam daging?
DeleteKawal kemasukan mereka ke Sabah.
Deletepersoalan?? kalau tiada apa2 ada orang mahu serang kita?? Jalan cerita kisah pemuda SAPP tidak kita tahu. bukan mahu sokong PATI. Tapi kita pun tidak tahu cerita sebenar-benarnya.
ReplyDeleteKenapa tiba-tiba mereka diserang?
DeleteDiharapkan kes PATI serang pemuda SAPP ini akan disiasat, apakah sebab PATI ini mahu menyerang mereka?
DeleteItu pun kita kena tahu juga apa punca sebenar kepada keganasan ini
DeleteKehadiran pendatang asing di Sabah mengugat keselamatan dan keamanan negara.
ReplyDeleteNama pun sudah PATI, mana pandai hormat undang2 negara orang lain.
DeletePendatang asing samada mempunyai dokumen atau tidak boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial dan ekonomi sekaligus menjejas keselamatan Malaysia terutamanya Sabah.
ReplyDeleteItu penjara pun penuh kena occupied PATI!
DeletePendatang asing samada sah atau tidak telah membanjiri Sabah sejak sekian lama sehingga menyebabkan pertumbuhan penduduk melonjak keterlaluan.
ReplyDeleteSiapa juga yang benarkan PATI masuk dengan mudah ke Sabah?
Delete