Search This Blog
Sunday, February 17, 2013
Keperluan kerjasama Manila dengan Putrajaya siasat dalang pencerobohan di Lahad Datu
TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menggesa Wisma Putra agar mengadakan kerjasama dua hala untuk membuka kertas siasatan bagaimana penceroboh masuk ke negara ini melalui Kg Tanduo di Lahad Datu pada Selasa lalu dimana pihak Manila juga tidak tahu menahu berhubung tujuan dan matlamat mereka.
Malahan katanya, mereka mendakwa kononnya mereka itu adalah penyokong Kesultanan Sulu dan mahu diiktiraf sebagai Tentera Kesultanan DiRaja Sulu dengan harapan warga Sulu yang kini berada diSabah tidak diusir kembali ke Filipina.
“Apakah motif mereka sebenarnya?...mungkinkah ada dalang disebaliknya yang bertujuan untuk menakut nakutkan rakyat Sabah dikala Negara akan menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) dalam masa terdekat.
“Itu sebab kita mahu Wisma Putra bersama Manila adakan siasatan siapa penganjurnya yang mahu menimbulkan kekerohan dikedua dua buah Negara berjiran ini,” kata beliau ketika majlis perasmian cawangan SAPP Kg Makakagas dekat sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, berhubung dengan perjuangan SAPP untuk menghadapi PRU-13, beliau menegaskan bahawa siapa juga yang dicalonkan oleh pucuk pimpinan bukan faktornya tetapi apa yang lebih penting ialah kesepakatan ahli dan penyokongnya untuk mengumpul kekuatannya bagi memenangi PRU-13 dengan selesa.
“Kita tiada pilihan lain, kecuali menukarkan kerajaan yang ada sekarang UMNO-BN untuk mengembalikan hak hak asasi kita termasuk kuasa otonomi yang kini sudah terhakis (kerana) untuk mendapatkan sesuatu pembangunan untuk Sabah kita terpaksa mendapat kelulusan Kuala Lumpur.
“50 tahun kita sudah bersama dalam Malaysia selepas pembentukkannya tahun 1963, dan kita juga sudah berada dalam kerajaan BN selama hampir 20 tahun tetapi perbezaan pembangunan antara Semenanjong dengan Sabah sangat jauh sekali...sama ada dari aspek ekonomi dan pendidikan ternyata dengan jelas jauh bezanya,” tegasnya.
Roger yang juga merupakan Naib Ketua CLC Melalap berkata, pemimpin pemimpin BN dikawasan disini sudah gagal menunaikan janji mereka yang pernah ditaburkan mereka kepada rakyat sejak tahun 2008 seperti pembangunan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dimana Pekan Melalap salah satu daripadanya menikmati limpahan pembangunannya namun sehingga ke hari ini ia sekadar janji kosong.
Malahan katanya, mereka membina rumah mesra rakyat tidak dilengkapi dengan bekalan elektrik, air dan pendawaian sebelum diserahkan kepada penerimanya yang boleh disifatkan sebagai pemberian “separuh hati” kerana tidak ikhlas membantu rakyat.
Baru baru ini tegasnya, beliau terkejut apabila terbaca laporan akhbar seorang Ketua Kampong yang ditakrifkan sebagai pemimpin masyarakat mengeluarkan kenyataan keras dalam akhbar kerana sudah bosan dengan janji janji kerajaan malah ia juga turut dinyata oleh seorang “Menteri” kononnya landasan keritapi dan jentera Lokomotif akan dinaik taraf tetapi pada sebaliknya janji itu adalah kosong.
“Janji pembangunan Pekan Kecil Melalap, jambatan merentasi Sungai Pegalan di Inalisan Pulong ke Taman Pertanian tidak perlulah kita ungkit lagi...kita semua telah tahu segala galanya kerana ia sudah menjadi perbualan pokok dikedai kedai kopi dan dimana sahaja disini,” tambahnya.
Hadir sama dimajlis itu, Naib Presiden SAPP yang juga Ketua CLC Melalap Jimmy Jawatah, Naib CLC Melalap Ken Ken Foh, Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi.
Oleh: Mail Mathew
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"mungkinkah ada dalang disebaliknya yang bertujuan untuk menakut nakutkan rakyat Sabah dikala Negara akan menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) dalam masa terdekat."
ReplyDeleteSAPP juga la yang paling manang kalau bab2 mempolitikkan isu yang tidak ada kaitan langsung dengan politik.. terdesak sangat ka mahu menang peilihanraya?
Let see what SAPP can achieve in coming PRU.
DeleteRakyat Sabah menolak SAPP.
DeleteMenteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan pencerobohan sekumpulan warga Filipina ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu, Sabah didalangi rakyat di negara ini yang sengaja ingin negara jadi huru hara.
ReplyDeleteGolonagn penceroboh ini harus diambil tindakan undang-undang.
Deleteagak2 siapalah pihak yang sengaja wujudkan huru hara tu..
DeleteMenurutnya, dalang itu hanya ingin ambil kesempatan dengan memperlihat seolah-olah masalah keselamatan dan pertahanan sistem negara longgar, dan tidak mustahil situasi itu berhubung-kait dengan matlamat politik serta perangkap politik.
ReplyDelete“Saya fikir, mereka tentu tidak bertindak sendirian jika tiada dalang di belakangnya. Malah, dalang itu mungkin bukan dari Filipina, tetapi berkemungkinan dari dalam negara ini sendiri yang ingin melihat keadaan negara aman damai ini bertukar huru-hara.
ReplyDelete“Keadaan di sana (Lahad Datu) terkawal. Pihak polis telah lakukan operasi sepenuhnya bersama-sama tentera. Sehubungan itu juga, diharapkan kita dapat sanggah apa yang ditulis dalam blog media sosial yang pro pembangkang mengatakan mereka ini pengganas.
ReplyDelete“Sebaliknya mereka ini dipercayai sekumpulan nelayan dari Selatan Thailand yang mengatakan mereka pewaris keturunan Raja Sulu. Usaha memujuk mereka meninggalkan Lahad Latu diharap mencapai hasil kerana kita tidak mahu berlaku pertumpahan darah.
ReplyDeleteSemoga tidak mengancam keselematan dan kecederaan.
DeleteDeportation of these trespassers needs to be done as soon as possible, hopefully this issue can be solved in the best way.
Deletelebih baik kaji dengan teliti susur galur keturunan kesultanan sulu ni.ramai yang mengaku keturunan sulu.
Delete“Kita juga telah jelaskan jangan termakan pujuk mereka yang ada di dalam. Kumpulan ini juga bukan tentera dan kenyataan terperinci mengenai perkara ini akan dikeluar Majlis Keselamatan Negara,” katanya.
ReplyDeleteThey will need to raise their request through the right platform instead of storming into Sabah without permission.
Delete“50 tahun kita sudah bersama dalam Malaysia selepas pembentukkannya tahun 1963, dan kita juga sudah berada dalam kerajaan BN selama hampir 20 tahun tetapi perbezaan pembangunan antara Semenanjong dengan Sabah sangat jauh sekali...sama ada dari aspek ekonomi dan pendidikan ternyata dengan jelas jauh bezanya,”
ReplyDeleteRasuah pun sudah selama 50 tahun.
The development gaps between West Malaysia and East Malaysia needs to be reduced.
DeleteMore attention on Sabah dan Sarawak needs to be given in order to speed up the developments.
DeleteBaru2 ni kenyataan bahawa kadar kemiskinan Sabah telah berkurangan hasil kejayaan program pembasmian kemiskinan. usaha kerajaan sebenarnya berterusan untuk keluarkan rakyat dari kemiskinan.
DeleteKerajaan harus mendapat sokongan dan kerjasama dari kerajaan filipin untuk menanggani isu tersebut.
ReplyDeleteHopefully a win-win situation can be achieved between the Philippine government and Malaysian government on this case.
DeleteMenteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan pencerobohan sekumpulan warga Filipina ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu, Sabah didalangi rakyat di negara ini yang sengaja ingin negara jadi huru hara.
ReplyDeleteMenurutnya, dalang itu hanya ingin ambil kesempatan dengan memperlihat seolah-olah masalah keselamatan dan pertahanan sistem negara longgar, dan tidak mustahil situasi itu berhubung-kait dengan matlamat politik serta perangkap politik.
ReplyDeleteMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat negeri ini dalam menyelesaikan secara baik insiden pencerobohan warga Filipina di perairan Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah.
ReplyDeleteBeliau juga mengesahkan bahawa kumpulan terbabit bukan merupakan kumpulan militan atau pengganas, tetapi oleh kerana mereka juga memegang senjata maka adalah penting apa juga tindakan yang diambil, ia tidak menjurus sehingga berlaku pertumpahan darah.
ReplyDeleteBeliau berkata kerajaan akan memastikan operasi yang dirancang itu berjalan lancar dan tidak ada insiden yang tidak diingini terutama yang melibatkan pertumpahan darah.
ReplyDeleteHishammuddin berkata, kerajaan Malaysia bekerja rapat dengan kerajaan Filipina dalam menangani insiden itu.
"Kalau kita ambil tindakan, dari hari pertama sudah kita ambil tindakan namun dalam keadaan begini kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban "walau apa jua sebabnya" di pihak mereka yang akan memberi kesan kepada kita.
ReplyDelete"Sama ada insiden itu selesai dalam masa terdekat atau lama lagi, kita bergantung sangat kepada pihak-pihak (tentera, polis) yang lebih mahir dalam operasi ini," katanya.
Mengulas penyebaran insiden pencerobohan itu di "Youtube", beliau berharap rakyat tidak terikut-ikut dengan perkara itu dan menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin khususnya yang boleh memudaratkan keselamatan.
ReplyDeleteHishammuddin berkata, tahap kawalan keselamatan di pusat peranginan atau pelancongan terutama di pantai timur Sabah juga dipertingkatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka.
ReplyDeleteSetiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur Johann Veronica M. Andal berkata, pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu.
"Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat di perairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.
ReplyDeletePada 13 Februari lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah.
Andal berkata, aktiviti kumpulan ini tidak dipersetujui kerajaan Filipina.
Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.
ReplyDeleteSebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.
Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.Sahabat Kamcing Anwar.
ReplyDeleteMereka diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum.
Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteHubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.
ReplyDeleteDalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari.
ReplyDeleteAnwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.
ReplyDeleteKaitan Pakatan Rakyat terserlah dengan usaha menakutkan rakyat dengan gambar yang ditokok tambah dari laman web mereka untuk memastikan penduduk Sabah risau dan menuduh yang bukan-bukan kepada kerajaan.
ReplyDeleteOleh itu, rakyat jangan mudah percaya dengan cerita-cerita yang di sampaikan di laman web.
DeleteMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat negeri ini dalam menyelesaikan secara baik insiden pencerobohan warga Filipina di perairan Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah.
ReplyDeleteBeliau juga mengesahkan bahawa kumpulan terbabit bukan merupakan kumpulan militan atau pengganas, tetapi "oleh kerana mereka juga memegang senjata maka adalah penting apa juga tindakan yang diambil, ia tidak menjurus sehingga berlaku pertumpahan darah.
ReplyDeleteSaya tengok kawalan di situ berada pada tahap yang membanggakan dan dalam proses kita untuk mengusir mereka ini, ia juga membantu keadaan
ReplyDeleteYang penting sekarang banyak betul spekulasi dan khabar-khabar angin dan saya tahu maklumat yang sebenarnya dan saya mengesahkan sebahagian besar yang digembar-gemburkan di luar sana merupakan perkara yang tidak asas langsung,"
ReplyDeleteHishammuddin mengingatkan orang ramai supaya tidak melihat insiden itu sebagai sesuatu yang boleh dipolemikkan atau dipolitikkan.
ReplyDeleteharap kita sabar kerana dari segi operasi, pihak berkuasa diberi mandat untuk memantau tetapi dari segi pendirian...itu amanah dan tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan pusat
ReplyDeletekerajaan akan memastikan operasi yang dirancang itu berjalan lancar dan tidak ada insiden yang tidak diingini terutama yang melibatkan pertumpahan darah.
ReplyDeleteHishammuddin berkata kerajaan Malaysia bekerja rapat dengan kerajaan Filipina dalam menangani insiden itu.
ReplyDeleteMengenai permintaan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu untuk berjumpa personaliti tertentu, beliau tidak memberi butiran lanjut tetapi berkata rundingan masih dijalankan.
ReplyDeleteSaya ingin menegaskan bahawa ia (insiden) bukan isu suku kaum dan ia tidak kena mengena dengan pendirian atau kedaulatan dan sebagainya.
ReplyDeleteTetapi dalam konteks kita, ini adalah bumi kita...ini adalah sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara dan inilah yang kita tangani dengan bijaksana dengan cara tidak ada mana-mana nyawa terkorban atau tumpah darah di bumi kita," katanya.
ReplyDeleteperkembangan terkini rundingan dengan kumpulan warga Filipina itu, Hishammuddin berkata rundingan setakat ini menunjukkan betapa profesionalnya pasukan keselamatan negara.
ReplyDeleteKalau kita ambil tindakan, dari hari pertama sudah kita ambil tindakan namun dalam keadaan begini kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban "walau apa jua sebabnya" di pihak mereka yang akan memberi kesan kepada kita.
ReplyDeleteSama ada insiden itu selesai dalam masa terdekat atau lama lagi, kita bergantung sangat kepada pihak-pihak (tentera, polis) yang lebih mahir dalam operasi ini.
ReplyDeleteDitanya sama ada terdapat masa tertentu untuk menyelesaikan kes itu, Hishammuddin berkata tidak ada pihak yang boleh mengesahkannya buat masa ini.
ReplyDeleteMengenai kritikan pihak pembangkang yang mempersoal tindakan kerajaan menangani isu pencerobohan itu, beliau berkata mereka berhak berbuat demikian namun pemimpin pembangkang tidak pernah menghargai apa juga perkara baik yang dilakukan kerajaan
ReplyDeletetindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin khususnya yang boleh memudaratkan keselamatan.
ReplyDeleteHishammuddin berkata tahap kawalan keselamatan di pusat peranginan atau pelancongan terutama di pantai timur Sabah juga dipertingkatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
ReplyDelete