TENOM: Parlimen Tenom menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Barisan Nasional (BN- Datuk Raime Unggi selaku penyandang), Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA- Mutang Dawat @ Sylvester 62), Parti Maju Sabah (SAPP- Jimmy Jawatah 50), Parti Keadilan Rakyat (PKR- Masdin Tumas 45) dan Parti Star (Azroy Hasmin Abdullah 33).
Bagi kawasan Dun Kemabong pertembungan empat penjuru antara BN- Datuk Rubin Balang (penyandang), SAPP Ensor @ William Datuk Tingkalor 44, Parti Star – Alfred Tay 47, dan Biou Suyan 56.
Manakala bagi kawasan Dun Melalap turut menyaksikan empat penjuru kebanyakkannya muka baru kecuali penyandangnya Datuk Radin Malleh yang telah berkhidmat dikawasan itu selama 4 penggal, kini akan terus mempertahankan kerusi tersebut pada PRU13 atas tiket BN.
Beliau akan ditentang oleh kesemua muka baru golongan profesional dan ahli perniagaan menampilkan Roger Stimin 33, seorang Peguam atas tiket SAPP, Noritah Suab 33, juga seorang Peguam atas tiket DAP dan Kong Fui Sen 52, dari Parti Star seorang ahli perniagaan.
Pegawai Pengurus Pilihanraya kawasan Tenom Siriman MF Basir mengumumkan pusat penamaan calun bagi kawasan Parlimen Tenom, Dun Melalap dan Kemabong yang berpusat diDewan Seri Antanom tepat jam 9 pagi. Manakala pengumuman calun calun bertanding yang disahkan bertanding tepat jam 10.50 pagi.
Semasa proses pencalunan itu berlangsung tidak ada sebarang insiden buruk berlaku kecuali berlaku sorakan tanda kegembiraan penyokong penyokong parti masing masing ketika pengumuman calun calun yang sah dan diterima untuk bertanding oleh Pengurus Pilihanraya.
No comments:
Post a Comment