Search This Blog

Wednesday, October 30, 2013

Warga asing senang diberi MyKad di Sabah?

Pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram tidak mendatangkan kesan dan gagal menangani lambakan warga asing di Sabah.

KOTA KINABALU: Warga asing Filipina banyak menggelisahkan warga Sabah malah mereka yang juga pemegang projek IC telah menolong Pendatang Tanpa Izin (PATI).

Pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram tidak mendatangkan kesan dan gagal menangani lambakan warga asing di Sabah.

Tinjauan mendapati warga Sabah melahirkan kebimbangan mengenai hal ini malah Semenanjung juga berhadapan hal ini.

“Generasi pertama projek IC yang telah beranak pinak. Mempunyai anak-anak yang bekerja dengan kerajaan sama ada negeri atau persekutuan… Jadi mereka ini yang menjadi orang tengah kepada PATI yang baru sampai dari seberang,” dakwa Mansau Ansau.

Gustavo Romero pula bertanya , “Pulau Gaya, Sepanggar, 1 Borneo, belakang Telipok, kawasan tersebut ada banyak PATI, tetapi tak ada pulak ambil tindakan seperti Ops Cantas?”

Sementara itu, Alex Kulleh menambah, “Bukan semua PATI itu jahat. Tetapi yang membimbangkan ada di antara mereka berani membuat masalah kerana mereka tahu mereka boleh lari.”

Insiden tembakan yang berlaku di Ambank Subang Jaya sudah cukup membimbangkan kerana kad pengenalan suspek didapati tidak wujud dalam rekod.

Suspek, yang juga Pengawal Keselamatan berusia 37 tuhan itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan malah sempat melarikan sejumlah wang.

Sehingga kini, suspek masih bebas.

Susulan kes tersebut, tindakan cepat telah dilakukan pihak berkuasa mendapati kebanyakan pengawal keselamatan terutama sekali di Kuala Lumpur kebanyakan mereka adalah warga asing.

Rakyat Sabah menggesa kerajaan lebih bersungguh-sungguh menangani isu PATI ini.

“Adakah PATI dan golongan pemegang mykad ini tidak mengancam negara Malaysia terutama sekali Sabah?

“Begitu lemah sistem penguatkuasaan di Malaysia sehingga ada PTI yang mengaku telah tinggal lama di Sabah dari tahun 1991 dan tanpa ada sebarang tindakan,”kata Lan Rh.

“Terbuktilah terlalu banyak pyelewengan di jabatan tertentu yang mengakibatkan masalah PATI tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang,
“Walau bertukar ganti ketua jabatan tetapi masalah PATI terus menghantui sabah tanpa sebarang penyelesaian konkrit,” tegas beliau.

Oleh William Mangor

13 comments:

  1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia membantu Operasi Bersepadu membanteras pendatang asing tanpa izin (Pati) yang dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di seluruh negara.

    ReplyDelete
  2. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM pernah terlibat dalam penguatkuasaan Proses Pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) dan tidak menolak kemungkinan ATM terlibat dalam operasi bersepadu kali ini.

    ReplyDelete
  3. "Kami sedia. Akan dilakukan secara adhoc bila ada keperluan," katanya.

    ReplyDelete
  4. Hanya dengan bayaran tiket bas yang tidak masuk akal sehingga mencecah RM600 seorang, sindiket yang menjadi dalang menyeludup pendatang tanpa izin (Pati) ke negeri ini, sanggup memperalatkan golongan terbabit untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda.

    ReplyDelete
  5. Namun helah sindiket terbabit yang menguruskan perjalanan Pati berkenaan dari Kuala Lumpur ke Kelantan sebagai transit sebelum pulang ke negara asal melalui Sungai Golok, berjaya dihidu pihak penguat kuasa Jabatan Imigresen

    ReplyDelete
  6. Dalam operasi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Norehan Harun bersama 10 anggota yang dijalankan sekitar jam 5 pagi itu, seramai 30 Pati warga Myammar yang terdiri dari empat wanita dan 26 lelaki berusia 16 hingga 51 tahun ditahan ketika diturunkan dari bas yang dinaiki mereka yang berhenti di Pasar Borong, Wakaf Che Yeh.

    ReplyDelete
  7. Pengarah Imigresen negeri, Mahasan Mustapa berkata, pergerakan mereka dikesan hasil maklumat awam yang mencurigai gerak-geri sekumpulan Pati warga Myammar itu, yang kemudiannya diarahkan menaiki sebuah lori barang yang sedang menunggu berhampiran kawasan itu.

    ReplyDelete
  8. kepada mana-mana sindiket seumpama ini, bahawa kita akan menggempur pergerakan mereka dari masa ke semasa bagi membanteras kegiatan berkenaan dan memastikan bahawa sindiket ini dapat ditahan di samping mencapai sasaran sifar Pati

    ReplyDelete
  9. warga asing banyak taktik yang diguna untuk mendapatkan IC.tidak kira haram ka halal,yang penting mereka dapat.Jadi tidak hairan kalau ada yang boleh dapat dengan mudah.

    ReplyDelete
  10. Hati2 sebab ramai yang menyamar menjadi warga Malaysia sekarang ni.yang paling bahaya,mereka berniat untuk lakukan jenayah.

    ReplyDelete
  11. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman wants the Sabah civil sector to continue pushing forward and further improve the quality of services they provide to the public.

    ReplyDelete
  12. He noted that last year, nine government bodies from Sabah received the Four Star rating, which is the highest on the National Audit Department Accountability Index (DAI).

    ReplyDelete
  13. This is the most number of government agencies with Four Star in one state anywhere in Malaysia, and also a notable improvement for Sabah’s achievement.

    ReplyDelete