KENINGAU - Penghijrahan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang didalangi Adun Matunggung Dato' Jelani Hamdan dan Adun Kedamaian Jeremy Uku Malajad baru baru ini tidak mengejutkan banyak pihak dalam parti terutamanya Cabang PKR Keningau.
Timbalan Ketua Cabang PKR Keningau Risham Ismail (gambar), berkata demikian pada Rabu ketika diminta mengulas tindakan 11 pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti dan difahamkan kumpulan ini yang lebih sinonim kepada “Geng 11” akan menyokong Barisan Nasional (BN).
Katanya, semua warga PKR bersyukur kerana “Geng 11” ini telah bertindak lebih awal sebelum menjelangnya pilihanraya umum kali ke-14 (PRU) iaitu kira kira 4 tahun dari sekarang untuk membolehkan jentera parti dibersihkan, ibarat sebaik sahaja duri dalam daging terkeluar dari isi tidak akan mengganggu tuannya lagi.
Penghijrahan mereka diumumkan dalam satu sidang media Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak pada semalam (Selasa) mengesahkan mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR mendorong mereka keluar dan menyokong BN diperingkat Nasional dan Negeri.
Oleh itu, Risham sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa adalah lebih mulia sekiranya dua Adun terbabit Dato'Jelani Hamdan (Matunggung) dan Jeremy Uku Malajad ( Kedamaian) melepaskan jawatan masing masing sebagai Adun yang dipilih rakyat atas tiket PKR pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) kerana pemilihan mereka atas keyakinan rakyat terhadap PKR pada ketika itu.
Ketika ditanya sama ada terdapat petanda pemimpin akar umbi daripada Pedalaman terutamanya cabang Keningau akan mengikut jejak langkah “Geng 11” meninggalkan PKR untuk menyokong BN Risham berkata, “ Setakat yang kami tahu tidak ada terutamanya dikawasan DUN Liawan kerana mereka tidak berminat dengan budaya politik seperti itu. Kami tetap dengan pendirian bahawa perjuangan masih tetap diteruskan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR).
“Mengenai dengan seorang pemimpin yang disebut sebut kononnya Ketua Cabang PKR Pensiangan ada bersama dengan “Geng 11”, ia tiada kemungkinan kerana dia ada bersama dengan saya ketika mesyuarat khas di Shah Alam Selangor baru baru ini,” tegasnya.
Kepada soalan tambahan apakah perkara menarik mendorong mereka untuk meninggalkan PKR dan sanggup pula bersekongkol perjuangan bersama BN yang pernah mereka cemuh semasa PRU13 beliau berkata, "perkara lain saya kurang faham...tetapi yang jelas sekali mereka sedar bahawa kepimpinan PKR diSabah kini dalam proses pembersihan kepimpinan disemua peringkat (termasuk cabang). Jadi, menyedari hakikat ini, pihak pihak dalam kumpulan itu antara yang terlibat dalam penyingkiran ... sebab itu awal awal lagi mereka tinggalkan parti,” tegasnya.
Oleh: Mail Mathew
No comments:
Post a Comment