Jika benar ada itu surat, ROS telah melakukan kesilapan dan saya tidak akan berdiam diri tetapi akan mengambil tindakan saman terhadap mereka" ujarnya.
“Saya akan saman ROS jika jabatan itu mencampuri urusan parti politik dan mengesahkan kongres yang dianjurkan kumpulan Datuk Teo Chee Kang sebagai mesyuarat yang sah. Di bawah Society Act 1966 begitu jelas peranan ROS dalam kes Federal Court, 4 July 2012, yang dibawa parti SNAP terhadap ROS, ‘ROS is one of non-interference in a dispute situation involving a political society, such as SNAP”.
Datuk VK Liew (gambar) memulakan hujahnya dengan tegas. Dia kelihatan begitu serius. Saya mendengar hujah seorang peguam yang bergitu berpengalaman. VK Liew memanggil pembantunya membawa salinan Society Act 1966 dan laporan Law Journal 2013.
Satu persatu dia menunjukkan kepada saya kandungan kedua-dua dokumen. Saya hanya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda setuju.Dua hari lepas Presiden LDP itu menghubungi saya berikutan tulisan saya dalam FMT mengenai spekulasi mengatakan ROS akan mengeluarkan surat mengesahkan mesyuarat agung yang dibuat kumpulan bekas Setiausaha Agung LDP, Datuk Teo Chee Kang yang dengan sendirinya mengesahak kedudukannya sebagai presiden LDP.
“Jika benar ada itu surat, ROS telah melakukan kesilapan dan saya tidak akan berdiam diri tetapi akan mengambil tindakan saman terhadap mereka” ujarnya.
Menurutnya keputusan siapa presiden LDP adalah keputusan politik bukan bidang kuasa ROS atau mahkamah.
“Setakat saat kita bercakap hari ini, saya ingin tegaskan saya adalah presiden LDP yang sah.”tegsnya.
komen oleh Musli Oli
Peace Love Unity n Respect :-)
ReplyDelete