Search This Blog

Wednesday, January 1, 2014

Krisis LDP: Siapa presiden LDP? Jawapan dalam surat ROS

KEMELUT krisis kepimpinan dalam LDP kini semakin menghampiri garisan penamatnya apabila sumber portal FMT memberitahu bahawa ROS telah membuat keputusan untuk mengiktiraf KongresTahunan LDP yang diadakan di Kota Kinabalu pada 19 dan 20hb Oktober oleh kumpulan Datuk Teo Chee Kang sebagai kongres parti LDP yang sah.

Kumpulan VK Liew juga turut mengadakan kongres LDP di Sandakan pada 20 Oktober tetapi kurang mendapat sambutan kerana kebanyakan perwakilan parti itu menyertai kongres yang diadakan  di Kota Kinabalu.

Ekoran dari keputusan ROS itu besar kemungkinan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Teo Chee Kang secara rasmi adalah Presiden LDP Sabah yang baru. Manakala V.K Liew dan kumpulannya mungkin mencari laluan lain atau terus berkompromi dengan Teo untuk terus mengukuhkan LDP.

Menurut sumber dalaman ROS memberitahu FMT, surat pengesahan telah dikeluarkan pengarah dan akan diserahkan kepada kedua-dua kumpulan yang bertelagah iaitu kumpulan VK Liew dan kumpulan Teo Chee Kang pada minggu hadapan.

Krisis LDP bermula apabila muncul beberapa cadangan daripada bahagian-bahagian LDP di seluruh Sabah, termasuk bahagian yang diwakili Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Pin yang menyokong Setiausaha Agung parti itu, Datuk Teo Chee Kang sebagai presiden.

Bahang perbalahan terus memuncak apabila Presiden LDP, Datuk VK Liew memecat 23 anggota Majlis Tertinggi LDP termasuk setiausaha agungnya kerana dikatakan telah melanggar resolusi yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi LDP, iaitu tidak ada pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Selang beberapa minggu krisis berterusan, VK Liew yang tewas kerusi parlimen Sandakan pada PRU 2013 kepada DAP juga memecat timbalannya, Chin Su Pin yang secara terbuka menyokong pencalonan Datuk Teo Chee Kang. Kedua-dua kumpulan saling mendakwa sebagai mewakili parti LDP.

Ramai pihak dikalangan masyarakat Cina meramalkan kumpulan Datuk Teo Chee Kang mendapat sambutan luar biasa untuk mengalahkan bekas bosnya Datuk V.K Liew jika pemilihan secara terbuka diadakan sepertimana yang dikehendaki para penyokong Teo.

Malahan mereka menyifatkan kepimpinan V.K Liew sudah tidak relevan lagi dalam keadaan politik semasa dimana mereka mahu melihat LDP harus merentasi suatu TRANSFORMASI untuk terus mengharungi gelombang cabaran politik dialab baru.

Oleh Jackson Lu

No comments:

Post a Comment