Search This Blog

Friday, February 21, 2014

Salleh Harus Menyokong Perjuangan Sambil Bertindak Menuntut Hak Sabah

KOTA KINABALU  - “Sepatutnya sebagai Tuan Speaker dan pemimpin Umno Sabah kanan dan berada dalam posisi berkuasa, Datuk Dr. Salleh harus menyokong kumpulan-kumpulan yang cuba memberi kesedaran tentang sejarah sebenar Sabah terutama mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Sabah adalah salah satu Negara yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 sambil menuntut sehingga merealisasikan hak-hak Sabah yang terhakis sehingga hari ini” ujar Hasmin Azroy Abdullah, Ketua Wiramuda STAR Sabah, sebagai respon mengenai seruan Datuk Dr. Salleh Tun Said Keruak kepada Pemuda Umno Sabah untuk memberi penjelasan kepada rakyat Sabah mengenai Hak Sabah agar tidak digunakan oleh pihak tertentu dan pembangkang di Sabah secara salah demi mendapatkan keuntungan politik.

Beliau juga harus mengelakkan kekeliruan dan keraguan dengan menjelaskan secara terperinci tentang Hak Sabah yang didakwa dimanipulasikan oleh pihak yang beliau sebutkan tersebut.

“Adakah memperbetulkan fakta-fakta pembentukkan Malaysia pada 16hb September 1963 manakala 31hb. Ogos 1957 merupakan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan bukan Malaysia yang belum ujud lagi pada tarikh tersebut merupakan kenyataan yang betul dan tepat atau yang salah?”

“Siapakah yang manipulasikan peristiwa tarikh-tarikh penting tersebut? dan Siapakah yang cuba memberi maklumat yang salah kepada rakyat,” tanya Azroy.

“Adakah status TYT Yang DiPertua Negara Sabah dan bukan Yang DiPertua Negeri pada 16hb. September, 1963 tepat?”

“Adakah Sabah negeri ke-12 atau ke-13 pada pembentukkan Malaysia pada 16hb. September 1963 atau ianya diturun pangkat kepada negeri ke-12 pada 27hb. Ogos 1976 melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan” tambah lagi Azroy.

“Adakah kenyataan menuntut pemulihan hakmilik dan royalti minyak satu kenyataan yang salah?”

“Adakah menuntut pengembalian agihan cukai dan hasil yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan agihan peruntukkan pembangunan yang lebih adil dan saksama untuk Sabah berbanding negeri-negeri lain serta pemansuhan polisi kabotaj juga kenyataan yang salah?

Sepanjang menjadi Ketua Menteri dalam system penggiliran, mengapa beliau tidak menyedari tentang kepentingan meraikan kemerdekaan Sabah pada 31hb Ogos, yang akhir hanya diikhtiraf pada tahun lalu dan Hari Malaysia pada 16hb. September, yang akhirnya hanya diiktiraf sejak 4 tahun lalu?

Sebagai Tuan Speaker dan ADUN dalam kerajaan Sabah, beliau sepatutnya memberi contoh kepada Pemuda Umno Sabah dengan membawa perkara-perkara penting tentang Hak Sabah dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menuntut hak Sabah tersebut seperti hasil dan cukai dan royalti minyak dan supaya Perjanjian Malaysia dilaksanakan.

Pemuda Umno Sabah hanyalah entiti politik tanpa akses kuasa untuk bercakap soal Hak Sabah manakala Datuk Salleh dalam posisi yang boleh menuntut Hak Sabah dilaksanakan.

Hak Sabah dan hak kemerdekaan Sabah harus dituntut dan dipulihkan demi masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Sabah dan generasi yang akan datang.

Datuk Salleh harus menyedari bahawa tanpa Sabah, Malaysia tidak mungkin wujud dalam peta Dunia hari ini dan tanpa hasil dan cukai dan minyak dari Sabah, pembangunan di Semenanjung mungkin tidak berada pada tahap maju yang ada pada hari ini manakala Sabah terpinggir sebagai negeri termiskin dan tahap pembangunan ditahap mundur berdekad-dekad berbanding dengan Semenanjung.

English Version ---------------------------

"Datuk Salleh Should Support the Cause and Take Action to Reclaim Sabah Rights" - Wiramuda STAR

KOTA KINABALU - “As the Speaker and senior Sabah Umno leader in position of power, the Speaker should support groups that are creating awareness about the true history of Sabah particularly reminding Malaysians that Sabah was one of the nations that signed the Malaysia Agreement 1963 and at the same time take action to realize Sabah rights that have been eroded until to-date” said Hasmin Azroy Abdullah, STAR Sabah Wiramuda Chief in response to the call by Datuk Dr. Salleh Tun Said Keruak to Sabah Umno Youth to explain to Sabahans about Sabah rights so that they are not exploited by other groups and opposition for political gains.

Datuk Salleh should also avoid any ambiguity and doubts by clarifying in detail those Sabah rights that have been alleged to be manipulated by those groups.

“Is correcting the true facts on the formation of Malaysia on 16 September 1963 and that 31 August 1957 was the day Malaya gained its independence and not that of Malaysia which was not in existence then the correct and accurate statement or not?”   “Who has manipulated the events of those important dates” and “Who has been giving the wrong and distorted fats to the people” queried Azroy.

“Was the status of the Governor “TYT Yang DiPertua Negara Sabah” or “Yang DiPertua Negeri” on 16 September, 1963?”    “Which is the correct status?”

“Was Sabah the 12th or 13th State at the formation of Malaysia on 16 September 1963 or down-graded to be the 12th State on 27 August 1976 through an amendment to the Federal Constitution” added Azroy.

“Is claiming for the restoration of Sabah rights and the oil royalties and ownership rights a wrong statement?”

“Is seeking a reimbursement of the revenue and taxes collected from Sabah in accordance with the Federal Constitution and a fairer and more equitable distribution of development allocations compared to the other States as well as the abolishment of the cabotage policy being wrong statements as well?

During his tenure as the Chief Minister during the CM rotation system, did Datuk Salleh realize the importance of celebrating and commemorating the independence of Sabah on 31 August which was only acknowledged last year and that of Malaysia Day on 16 September, which was only officially recognized 4 years ago?

As the Speaker and State Assemblyman in the ruling Sabah government, he should be setting a good example to Sabah Umno Youth by bringing these important matters about Sabah rights and take the necessary action to reclaim those rights such as the revenue and taxes and the oil revenue royalties and that the Malaysia Agreement be complied with and fulfilled.

Sabah Umno Youth is only a political entity without access to power to really speak forcefully for Sabah rights while Datuk Salleh is in a position to reclaim and restore Sabah rights.

Sabah rights and autonomy should be claimed and restored for the benefit and better future for Sabahans and their future generations.   Datuk Salleh should realize that without Sabah, Malaysia would probably not exist on the world map today and without the revenue and taxes collected from Sabah and Sabah’s oil and gas, the development in the Peninsula would probably not be in such an advance stage today while Sabah has been marginalized and languishing as the poorest State in the nation and its development backward by several decades compared to the Peninsula.

No comments:

Post a Comment