Search This Blog

Tuesday, March 22, 2011

PBRS rasa terpinggir dalam BN

Michael Kaung

PBRS mendapat layanan yang berbeza berbanding parti komponen lain - Joseph Kurup

KENINGAU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) merasa terpinggir dan dianak tirikan dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sabah.

Presidennya Joseph Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata PBRS telah mengalami banyak kehilangan termasuklah jawatan senator, menteri, setiausaha politik dan ahli lembaga yang telah diambil alih oleh parti komponen lain dalam BN.


“Jika dibandingkan dengan parti-parti komponen BN yang lain seperti PPP dan parti Gerakan, parti PBRS mendapat layanan yang berbeza,” kata Kurup semasa menyambut ulangtahun ke 17 tahun parti itu di sini kelmarin.

Beliau juga turut meminta kerajaan negeri Sabah untuk mengambil tindakan terhadap Timbalan Speaker yang disandang oleh seorang

pemimpin pembangkang dan mengembalikan jawatan itu kepada PBRS, yang dahulunya adalah kuota PBRS.

Timbalan Speaker yang dimaksudkan ialah Frankie Chong dari SAPP yang dibawa keluar oleh presidennya Yong Teck Lee dalam bulan September 2009.

Katanya, PBRS telah melalui lebih banyak peristiwa pahit berbanding manis namun parti itu cukup tabah dalam perjuangannya kerana berpegang teguh kepada perlembagaan serta kepercayaan terhadap keadilan dan kebenaran.

Kurup berkata, parti itu telah memainkan peranan paling besar dalam usaha BN semasa ia menghadapi cabaran mengambil tampuk pemerintahan kerajaan Sabah pada tahun 1995.

“Kerana peranan kita serta sumbangan yang diberikan kepada kita maka kerajaan BN wujud di Sabah, dan kini merupakan gabungan  parti yang cukup kukuh dan kuat di negeri ini,” jelas beliau semasa mengimbas antara peristiwa sepanjang perjuangan parti itu selama ini.

Kurup yang juga ahli parlimen Pensiangan berkata bahawa walaupun parti itu dilabel sebagai parti kecil namun sumbangan mereka sama dengan parti-parti komponen yang lain dalam memantapkan perjuangan BN.

Jelas beliau, jika PBRS diberi kerusi tambahan dalam pilihan raya yang akan datang, parti itu mampu menawan kawasan yang diperuntukkan selain kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sook dan Parlimen Pensiangan.

Dun Sook disandang oleh Datuk Ellron Angin yang dilantik sebagai Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar selepas pilihan raya umum 2008.

13 comments:

  1. PBRS, other parties are treated almost the same.

    ReplyDelete
  2. PBRS juga perlu diberi perhatian peranannya dalam BN.

    ReplyDelete
  3. Sebaiknya setiap kompenan parti diambil perhatian sebaiknya. Tidak kira mereka ini dari mana-mana pihak. Yang penting setiap kompenan menikmati dalam satu parti iaitu BN.

    ReplyDelete
  4. BN haruslah adil dalam melayan semua komponen.

    ReplyDelete
  5. kebaikan bersama dan kepentingan semua pihak harus diutamakan.

    ReplyDelete
  6. Semua komponen parti memang patut diberi perhatian jangan sampai ada pihak yang jauh hati pula..

    ReplyDelete
  7. Apapun, PBRS pun janganlah berjauh hati. Tumpukan saja t/jawab pada rakyat dan ketepikann hal lain:)

    ReplyDelete
  8. pbrs sudah tidak relevant untuk generasi muda sabah..

    ReplyDelete
  9. jadi apa tindakan PBRS jika tidak diberikan tambahan kerusi dalam pilihanraya akan datang? bawa PBRS keluar dari BN?

    ReplyDelete
  10. PBRS sepatutnya tampil memperbetulkan masalah2 kritikal di Sabah, bukannya menuntut kerusi dan jawatan kabinet. apa2 pun saya harap pucuk pimpinan sentiasa mengambil berat terhadap masalah2 parti komponen di sabah..

    ReplyDelete
  11. PBRS sepatutnya tutup kedai. Tak payah banyak parti KDM. Keluarlah dari umno kalau masih jantan.

    ReplyDelete
  12. Maybe PBRS wanted the DCM position awarded to them.

    ReplyDelete
  13. Obviously PBRS is eying the DCM seat, hoping that CM will give it to them.

    ReplyDelete