Search This Blog

Wednesday, March 9, 2011

SAPP Tenom Akan Dipimpin Tenaga Profesional


Oleh: Wahab Timpai

PARTI Maju Sabah (SAPP) kawasan Tenom bakal mendapat pemimpin di kalangan orang muda dan berkelulusan undang-undang dan bakal menjadi calon pada PRU 13 anak Murut berasal di Kampung Pulong.

Bagaimana nama pemuda itu masih dirahsiakan sehingga beliau selesai mengisi borang keahlian kepada Parti Maju Sabah yang dipimpin oleh mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee.

Pemuda Murut itu kini bertugas sebagai peguam di firma swasta di Kuala Lumpur dan beliau akan balik di daerah Tenom bila-bila masa dari sekarang.

Dalam pada itu, SAPP kawasan Tenom telah bersedia menghadapi pilihan raya ke 13, sekiranya diadakan sebelum tempoh yang berakhir 2013, kata seorang penyokong kuat parti itu yang tidak mahu namanya disiarkan dalam portal ini.

Menurut jurucakap dari Parti itu ketika menghubungi wartawan Sabahkini.net menerusi telefon, pilihan itu tepat sekali berdasarkan kehendak rakyat di kawasan Tenom yang memerlukan tenaga orang muda untuk membangunkan Tenom.

Namun SAPP mengharapkan pembangkang tidak lagi mengulangi kesilapan berlaku di pilihan raya kecil di Parlimen Batu Sapi, sebaliknya kekalahan pembangkang di sana menjadi satu pengajaran kepada para pemimpin di kedua-dua parti pembangkang itu.

Sementara itu Setiausaha Cabang PKR Tenom, Masiri Raisimin memberitahu wartawan Sabahkini.net bahawa pihak PKR juga telah mempunyai calon untuk PRU 13 meskipun diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Kawasan Tenom yang mempunyai dua dewan undangan negeri iaitu Melalap dan Kemabong setakat ini hanya dua parti pembangkang PKR dan SAPP, namun SAPP tidak menyertai Pakatan Rakyat.

PKR kawasan Tenom Ketua Cabangnya ialah Datuk Halik Zaman, manakala SAPP dipimpin oleh Naib Presidennya, Jimmy Jawatah selaku Pengerusi CLC.

4 comments:

  1. Semoga memberikan yang terbaik kepada penduduk tenom.

    ReplyDelete
  2. good luck SAPP!! banyak2kan lah ahli dikalangan Bumiputera..

    ReplyDelete
  3. Jangan memperbodohkan rakyat.

    ReplyDelete