Search This Blog

Thursday, June 23, 2011

Amnesty PATI Bermula 11 Julai



KERAJAAN akan melaksanakan proses pendaftaran besar-besaran bermula 11 Julai ini bagi merekodkan jumlah pekerja asing dan pendatang tanpa izin yang berada di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses yang termasuk dalam program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin atau Program 6P itu, akan dilaksana melalui gerakan pendaftaran merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Program itu bertujuan mengumpul data mengenai pendatang asing tanpa izin di negara ini seperti di mana mereka bekerja, dengan siapa dan berapa gaji yang diterima serta beberapa maklumat lain yang diharap dapat membantu ke arah mengatasi isu sosial dan jenayah yang sering dikaitkan dengan kumpulan itu.

"Kita mahu supaya selepas eksesais ini berjalan, kerajaan dapat memperkemaskan rekod berkenaan pekerja-pekerja asing dalam negara dan sekaligus dapat mengurangkan pekerja asing di negara ini," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Rabu selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin.

Program 6P meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan pengusiran.

Timbalan Perdana Menteri berkata program pendaftaran itu terbuka kepada semua pendatang asing di negara ini termasuk mereka yang masuk secara haram menggunakan pas lawatan sosial.

"Mereka yang berbuat demikian tidak akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang," katanya.

Muhyiddin berkata, bagi memastikan proses itu berjalan lancar, kerajaan akan melantik syarikat-syarikat yang berpengalaman dalam menguruskan soal pendaftaran antaranya bagi menemui majikan dan mendaftarkan pekerja-pekerja asing di bawah syarikat terbabit.

"Untuk itu kita minta majikan terlibat secara aktif (membawa keluar dan mendaftarkan pekerja) kerana di bawah program pengampunan ini tidak ada tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka.

"Kerajaan juga ingin memohon kerjasama daripada kerajaan-kerajaan negeri menerusi jawatankuasa-jawatankuasa keselamatan yang ada di seluruh negara serta jawatankuasa keselamatan kampung untuk membantu dalam soal ini kerana mereka lebih tahu di mana pekerja-pekerja tanpa izin itu berada," katanya.

Muhyiddin berkata proses pendaftaran itu juga bertujuan mengenal pasti keperluan guna tenaga industri dan sektor tertentu di negara ini, dan untuk itu, kerajaan telah mengarahkan semua kementerian yang mengetuai sektor perladangan, pembuatan, pembinaan, perkhidmatan serta sub sektor di bawahnya, mengumpul fakta berhubung jumlah guna tenaga yang diperlukan supaya keperluan itu dapat dipenuhi setelah sesi pendaftaran selesai.

Bagaimanapun, katanya, semua keperluan guna tenaga dan jawatan kosong yang terdapat di semua sektor di bawah mana-mana kementerian itu akan diiklankan untuk dipenuhi oleh warga negara Malaysia terlebih dahulu dan akan hanya ditawarkan kepada pendatang asing sekiranya masih terdapat kekosongan.

"Itu eksesais yang perlu kerajaan lakukan untuk maklumkan kepada rakyat bahawa ada peluang pekerjaan dan mereka patut diberikan peluang utama, selepas itu barulah syarikat berkaitan boleh membuka peluang kepada pekerja asing," katanya.

Muhyiddin berkata semua eksesais dalam Program 6P itu akan diselesaikan menjelang penghujung tahun ini.
Ditanya mengenai tempoh masa yang diberikan untuk program itu dan sama ada ia merupakan amaran terakhir kepada pendatang asing tanpa izin, beliau berkata, tempoh itu mungkin dilanjutkan berdasarkan sambutan.

"Kita tak nak kata ini (amaran)...kerajaan bagi mereka peluang untuk mendaftar tetapi jika ingkar seperti biasa akta di bawah peraturan imigresen akan dikuatkuasakan selepas itu," katanya. (BERNAMA)

22 comments:

  1. Why is this amnesty needed?

    ReplyDelete
  2. "Program 6P meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan pengusiran."

    Penguatkuasaan pengusiran sangat diperlukan di Sabah.

    ReplyDelete
  3. adakah kerajaan meletakkan kuota untuk pekerja asing di negara ni?

    ReplyDelete
  4. Tidak kah tuan2 perasan ini cuma retorik. 'janji segera' dgn harapan rakyat termakan budi. usaha yg hanya hangat2 tahi ayam. saya rasa ada sesuatu di sebalik semua ini. banyak program kerajaan umno/bn yg meragukan. ia lebih kepada meraih sokongan utk sesuatu yg akan bakal 'datang'. tidak lain dan tidak bukan, pilihanraya umum yang ke-13. kedai runcit 1 malaysia, program pengampunan pati, ura2 bajit tambahan, publisiti meluas ke atas bersih 2.0 dan banyak lagi. saya jamin tidak akan ada apa2 perubahan terhadap masalah pati dan pekerja asing di sabah. kali terakhir usaha pengusiran yg hampir berjaya adalah semasa Chong Kah Kit menjadi KM. Itupun masalah projek M@projek IC tidak pun disentuh.

    ReplyDelete
  5. UMNO is the Mother of All Threat by importing Illegal Immigrants to Sabah in order to outnumber the local Sabah native. This is ethnic cleansing!!!

    All the Javanese, bugis, pakistanese, philipino and dusun will change their race to malay and their process still on going today.

    All the umno leaders should be charged for Treason by selling off our country sovereignty to the Illegal Immigrants!

    Those idiots who still vote BN are their partner in Crime.

    ReplyDelete
  6. Banyak kali 'amnesty' kan bagui jadi banyak PATI lebih minat datang kat Sabah.Kasian juga aku dengan orang Sabah ini.Langsung sunyi senyap macam takut kat sesuatu.Tidak ada keturunan Mat Salleh lagi kah? Semua sudah kena beli termasuk si Salleh Keruak.Nampak gagah ya si Salleh Keruak ini tapi saya dengar pengecut dan hanya gila pangkat dan projek aja.

    ReplyDelete
  7. tidak payah bagi amnesty...diorang sudah puas mencabul hak orang tempatan khasnya di sabah. belum lagi masuk rogol, curi, bunuh dan sebagainya..

    ReplyDelete
  8. pasal kerajaan terlalu lembut dan senang dibodeklah, PATI terus-menerus datang dan tinggal khasnya di sabah..kerajaan patut lebih agresif menangani isu ini..kalau boleh buat 'pembersihan PATI'..tembak saja mana2 PATI sebab menceroboh..

    ReplyDelete
  9. 6P hanya retorik...langsung tidak relevan dan efektif menangani isu PATI di sabah..

    ReplyDelete
  10. Susah lo Sabah.Banyak PATI.Banyak juga jual rokok haram.Saya dengar BN banyak sokong PATI.Cuba datang Sandakan macam negeri pilipin sudah.Semua orang takut jam 7 malam kedai semua tutup lo.

    ReplyDelete
  11. usaha untuk membanteras PATI perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. harap apa yang dilakukan dapat mengurangkan jumlah PATI yang ada di negara ini.

    ReplyDelete
  12. Sudah tau ada PATI kerana UMNO jadi kalau benci PATI kenapa sokong UMNO?

    ReplyDelete
  13. apa yang diharapkan adalah PATI2 dpt dibanteras.

    ReplyDelete
  14. PATI? Kerajaan perlulah melaksanakan tugas mereka untuk menangani masalah PATI ini. Selagi PATI merayau disana sini maka penduduk tempatan duduk dalam ketakutan dan tidak aman. Kerana tengok saja sekarang berita banyak kes bunuh, pecah rumah, merompak dan sebagainya adalah kebanyakkan warga asing. Samapi bila rakyat dalam keadaan ??

    ReplyDelete
  15. siapa boleh jamin tidak ada PATI di selangor?? kalau benci PATI kenapa sokong PKR??

    ReplyDelete
  16. kdg2 sa pkir
    budu jgak urg skeliling
    ni taw..kna bikin
    program 6p gni,kmurg
    bising,xda pun bising..
    Jdi pa kmu maw?
    Bebal btul..u guys,
    jgn bilang PATI ambil
    hak kmurg..kmurg
    sndiri yg tidak berusaha..
    Tau komplen sija..

    ReplyDelete
  17. @Peluru,

    PATI adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan kerana Immigration dan Jabatan Pendaftaran adalah dibawah kerajaan Persekutuan iaitu dibawah Menteri Persekutuan seperti Hisham dan Najib.Apa kena mengena dengan PKR?
    PKR tidak perlu PATI untuk menang di Selangor malah mahu PATI dikeluarkan dari negara ini.
    Kalau tidak dapat menilai perbezaan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan maka saya syorkan pergi balik sekolah dan belajar lagi lebih tinggi.
    Saya ingat saudara ini nak syok tulis saja tapi tidak ada akal kerana fakta sebenar pun tidak tahu.

    ReplyDelete
  18. Tunggulah dan lihat macam mana proses pemutihan ini akan berjalan.

    ReplyDelete
  19. Anonymous said... June 24, 2011 1:42 PM

    ini bermakna selagi pembangkang tidak dapat mengambil alih kerajaan persekutuan selagi itu pembangkang tidak mampu menyelesaikan masalah PATI di negeri ini.. kalau begitu tidak ada gunanya kita serahkan negeri ini kepada pembangkang selagi bukan mereka yang kawal kerajaan persekutuan.. tidak payah la berjanji selesaikan masalah itu ini jika akhirnya mereka hanya mempu menawan kerajaan negeri..

    ReplyDelete
  20. Maseh tidak faham juga peluru ini.Kuasa hanya di tangan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah PATI.Pembangkang hanya boleh menegur dan buat cadangan tapi sebagaimana semua maklum kerajaan Persekutuan pura-pura tidak dengar dan adakala tutup mata sahaja.
    Teguran bukan saja dibuat oleh pembangkang tapi juga oleh parti komponen BN.Masalah nya semua teguran tinggal'masuk angin keluar asap' saja.Pembangkang tidak ada kuasa untuk memberi arahan kepada Imigresen,Jabatan Pendaftaran atau Polis untuk mengambil tindakan.Arahan tersebut mestilah di buat oleh Menteri yang berkenaan.
    Memang pembangkang berjanji sekira nya di lantik rakyat ke Putrajaya masalah PATI ini akan diselasaikan dengan kesungguhan dan penuh komitmen dan dengan ada nya kuasa nanti maka komitmen untuk membenteras PATI akan menjadi realiti.
    Peluru mesti faham dan sedar bahawa UMNO/BN telah berkuasa lebih 50 tahun dan telah banyak menimbulkan permasalahan terhadap kehidupan rakyat di Sabah terutama nya dengan PATI.PATI timbul dan hidup di Sabah kerana UMNO bukan pembangkang.Pembangkang maseh belum ada peluang duduk di Putrajaya sebagai Kerajaan dan mungkin akan terus menjadi pembangkang sekiranya banyak rakyat berfikiran dan beranggapan seperti saudara.
    Pakatan yang di anggota oleh PKR,PAS dan DAP mestilah di beri peluang walau sekali pun untuk membuat reformasi sebagai kerajaan.Keupayaan dan kebolehan UMNO/BN sudah diketahui dan di sukat oleh rakyat dan terdapat banyak kecacatan.Rakyat oleh itu patut memberi peluang kepada Pakatan untuk membawa perubahan ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
    Harap saudara faham.

    ReplyDelete
  21. Harap boleh nampak bilangan PATI berkurangan di negeri kita.

    ReplyDelete