Search This Blog

Thursday, June 30, 2011

Lawatan Perdana Menteri UMNO

KOTA KINABALU: Komponen Barisan Nasional terutamanya Parti Parti tempatan seperti UPKO, PBS, PBRS dan LDP seharusnya menyedari hakikat bahawa lawatan Perdana Menteri ke Kawasan Sepanggar adalah hanya untuk ahli ahli UMNO sahaja dan parti parti lain langsung tidak diambil kira. 

Ini dilihat dari segi UMNO memasang benderanya sendiri untuk menyambut lawatan Perdana Menteri ke Pekan Inanam yang dijadualkan pada petang ini. 

Sekiranya Perdana Menteri melawat Pekan Inanam sebagai Perdana Menteri maka seharusnya bendera UMNO tidak dipasang kerana Perdana Menteri adalah dalam lawatan rasmi sebagai Perdana Menteri dan bukannya sebagai Presiden UMNO.

Kepada presiden presiden parti tempatan dalam komponen Barisan Nasional…bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana UMNO memberikan gambaran kepada Perdana Menteri bahawa UMNO saja yang berkuasa…

Oleh HB

24 comments:

  1. UMNO boleh! Umno boleh! hahaha!

    ReplyDelete
  2. mata-mata mata buta?

    ReplyDelete
  3. Najib ini perdana menteri Malaysia kah atau hanya PM untuk umnok dan pendatang haram? Kenapa sia nampak kebanyakan pendatang haram yang datang ke inanam tunggu bos mereka?

    ReplyDelete
  4. Umno boleh pasang bendera sendiri. Parti lain tidak boleh pasang bendera mereka juga kah?

    ReplyDelete
  5. Ini pun boleh ka? ada juga tu bendera BN kena pasang...cuba kunun cari benda lain yg boleh dipolitikkan..bikin ketawa bah kalau ini pun jadi topik perbincangan...

    ReplyDelete
  6. Macam p/.raya oo time Najib lawat Sabah. lepas tu first time aku nampak jalan di Inanam bersih, luas dan tiada muka pilak. hahahhaha

    ReplyDelete
  7. Apapun,isu bendera tak perlu la bah diperbesarkan. Macam bikin lucu pula:P

    ReplyDelete
  8. Tiada2 bah artikel ni. Cari publisiti saja.

    ReplyDelete
  9. Ini barulah macam mahu kasi batu api tapi isu 'failed'.

    ReplyDelete
  10. PM datang ke Sabah kira bagus lah tu. tak payah mau dipolitikkan. macam tiada isu lain ja untuk dibincang.

    ReplyDelete
  11. isu bendera tidak perlulah diperbesarkan...carilah isu lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  12. Isu apa ini. Macam bikin ketawa ja.

    ReplyDelete
  13. Artikel ini saja mahu memancing kemarahan parti BN yang lain. Tidak perlulah PM datang bukan kerana UMNO tapi adalah untuk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  14. he..he...lawak juga ya artikel ni....lucu ..he..he...

    ReplyDelete
  15. hal yang tak patut nak dijadikan isu. kehabisan modal sdah bah ni.

    ReplyDelete
  16. lagi bagus kasi politik itu gambar2 bendera yang koyak rabak tapi masih berkibar2..

    ReplyDelete
  17. Should this even be an issue???Small matter only.

    ReplyDelete
  18. Its good that our PM come to Sabah.

    ReplyDelete
  19. Bendera yang dipakai seharusnya Jalur Gemilang dan bendera BN.

    ReplyDelete
  20. Lawatan kali ini adalah lawatan rasmi sebagai PM kenapa bendera UMNO saja dipasang?

    ReplyDelete
  21. Mungkin pihak yang berkenaan tersilap, lain kali jangan lagi mengulangi kesilapan ini.

    ReplyDelete
  22. pekara remeh-temeh pun dijadikan isu, tiada kerja lain ke??

    ReplyDelete
  23. Kenapa cuma ambil gambar bendera UMNO? Sengaja buat hal?

    ReplyDelete
  24. Apa berita baik yang dibawa oleh PM kali ini? Berapa peruntukan yang dijanjikan?

    ReplyDelete