Comment
Saya keliru kenapa SAPP tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan keras bagi membalas kenyataan pakar stretegi PKR, Datuk Karim Ghani bahawa SAPP perlu menyertai Pakatan Rakyat dengan alasan lapuk bahawa parti tempatan Sabah tidak berkesan.
Karim mengatakan bahawa hanya pearti besar peringkat kebangsaan seperi parti kebangsaan atau parti gabungan mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah Sabah. Bukankah itu sebab sama yang karim gunakan ketika berkempen untuk kemasukan Umno di Sabah?
Karim pernah berbangga sebagai orang yang membawa (Umno). Itu selepas dia dipecat oleh Usno pada lewat 1980an.
Dia sangat rapat dengan Timbalan presiden Umno, Anwar Ibrahim ketika itu dan tidak diragui tetapi juga dikaitkan dengan dunia politik suram Umno pada tahun 1990. Dilaporkan bahawa dia merupakan ketua pasukan petugas Umno mengenai ‘pengundi luar’.
Menjadi sebuah misteri apabila PKR bukan sahaja menerimanya tetapi turut menjadikannya sebagai ‘Pengarah Strategi’. Sebagai ketua strategi, strategi pertamanya adalah untuk mengurangkan kepercayaan penyokong SAPP dan orang Sabah lain yang sudah bosan dengan kata-kata perti dari semenanjung.
Seingat saya, alasan Karim meninggalkan Umno ialah kerana katanya Kerajaan Persekutuan di bawah PKR (Pakatan) akan mengembalikan Usno, parti yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk diamatkan. Mana-mana ahli Usno hari ini pasti menyesali pembubaran Usno pada 1992.
Orang Sabah
Saya ingat Karim mengeluarkan kata-kata realiti politik bahawa parti tempatan yang menjadi kerajaan mesti ada hubungkait dengan kerajaan Persekutuan.Sepertimana semua maklum Pakatan sedang berkerja keras untuk ke Putrajaya jadi SAPP mestilah menjadi sebahagian dari perjuangan tersebut dan bukan bersendirian dan acu-tak-acu untuk bersama Pakatan.
ReplyDeletePakatan mengambil berat dan serius P/raya akan datang kerana ianya adalah satu perjalanan yang sukar dan mencabar.Pakatan oleh itu memerlukan sokongan dan bantuan yang padu dan pasti dengan parti-parti pembangkang yang lain.kenyataan Karim mestilah diambil secara positif dan dengan niat yang baik dan bukan untuk menjatuhkan SAPP.Ianya mesti diambil sebagai semangat setiakawan untuk berjuang bersama dibawah satu payung dan bukan berlainan arah.
Mesti di fahamkan bahawa UMNO/BN adalah parti raksasa,kuat dan tidak sekali boleh di perlekehkan.Pembangkang mesti bersatu untuk memberi tentangan hebat.SAPP oleh itu jangan menganggap ianya satu permainan politik kerana bagi Pakatan perjuangan kali ini adalah untuk mencari kemestian untuk menarajui kerajaan di negeri dan Persekutuan dan menafikan BN untuk berkuasa sekali lagi.
AKu tidak percaya sama seorang pengkhianat macam karim ghani ini.
ReplyDeleteDulu dia bagi tahu orang Sabah hanya parti malaya umno boleh menyelesaikan masalah pendatang haram di Sabah. Ada jadi tentang pendatang haram di Sabah?
Sekarang dia pula mempromosikan satu lagi parti dari malaya untuk memperbodohkan orang Sabah berbalik2. Sorilah datuk bodoh macam ini aku tidak akan percaya sama orang ini yang kepala otak cetek dan sombong perangainya.
Baliklah parti malaya!
Aku juga tidak percaya sama SAPP yang bergabung dengan dan membawa masuk UMNO ke Sabah juga.
ReplyDelete