Search This Blog

Friday, June 17, 2011

Perjanjian Malaysia Batal Dan Tidak Sah?

Saudara Pengarang,

SAYA baru pulang daripada London selepas menemui Queen Counsel Anthony Lester berhubung khidmat nasihat untuk merayu kajian semula Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963.

QC Anthony menasihati saya agar meneruskan Kempen Memungut Tandatangan untuk mendesak Kerajaan Malaysia ‘Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963’.

Menurut QC Anthony, Perjanjian Malaysia adalah ‘BATAL DAN TIDAK SAH’ apabila Brunei tidak menandatanganinya selepas 11 Jam dokumen tersebut disediakan dan Selepas Singapura menarik diri pada 1965.

Kami akan melancarkan ‘Pungutan Suara’ berkenaan pada 9 Julai 2011 di Batu Sumpah, Keningau sebelum diedarkan ke Sabah dan Sarawak untuk dikemukakan kepada Ratu Elizabeth Disember 2011 kelak.

Bagi pihak rakyat Sabah, saya mohon ehsan saudara dan Sabahkini.net membantu menjayakan usaha murni ini demi survival rakyat Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Salam Hormat,

DATUK PATRICK SINDU
Aktivis Masyarakat & Hak Asasi Manusia

11 comments:

  1. Berita baik buat rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. Tahniah atas usaha ini. Kita bukan meminta satu pengkajian utk keluar dari Persekutuan, hanya mahu status sama rata antara tiga blok wilayah yang membentuk negara Malaysia seperti yg ada pada hari ini. Pengagihan kekayaan yg saksama lebih terjamin jika kajian semula dibuat terhadap perjanjian penubuhan malaysia. Sebab utama adalah perlembagaan Malaysia yg ada hari ini tidak selari dgn perjanjian 20 perkara bagi Sabah dan 18 perkara bagi Sarawak. kedua, negeri2 di bawah Malaya (Semenanjung Tanah Melayu) tidak menyertai rundingan secara terus dlm usaha utk menubuhkan Malaysia oleh itu status negeri2 ini tidak layak sama sekali utk mempunyai taraf yg sama dgn Sabah dan Sarawak. Ketiga, Perjanjian pembentukan malaysia hanya terpakai jika korum 5 wilayah bagi membentuk 1 negara dipatuhi. dan secara amnya, Malaysia yg ada seperti yg ada hari ini adalah negara yg tidak sah apabila Brunei dan Singapura menarik diri. Oleh itu, perjanjian ini seharusnya disemak semula supaya ia hanya boleh merangkumi 3 bahagia wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan semenanjung tanah melayu. Perkara pokok yg harus diutamakan semasa semakan ialah status sama rata ketiga-tiga wilayah iaitu tiada ada lagi ke 12 dan ke 13.

    Ia seharusnya hanya 3 negeri iaitu negeri Sabah, negeri Sarawak dan negeri Malaya. Negeri2 yg berada di bawah malaya sebelum ini tidak layak utk digelar negeri biarpun mempunyai raja kerana negeri mereka tidak banyak menyumbang kepada ekonomi negara. mereka hanya layak digelar daerah dgn mengambil kira dari segi keluasan geografi. walau bagaimanapun, pilihan ada jika mereka masih berkeras utk mengekalkan negeri beraja, tetapi dgn cara memberi status negara kepada 3 wilayah utama iaitu negara Sabah, Negara Sarawak dan negara Malaya. dengan cara ini, barulah persekutuan Malaysia selayaknya digelar.

    ReplyDelete
  2. Right the Malaysian agreement is actually nullified the moment Singapore - one of the signatory - left the federation. This is the sole reason Malaya purposely refuse to oblige what was stated in the agreementand and worst took all the rights accorded to Sabah and Sarawak for Malaya's gain ie not all taxes collected in the two states should entirely goes to the federal government coffer.

    ReplyDelete
  3. SYABAS DATUK !!! MANA PEMIMPIN LAIN DALAM ISU PENTING DAN BERHARGA INI ???? AYUH SABAHAN TULIN BUKA MATA !!!! SOKONGGGGGGGGGGG

    ReplyDelete
  4. Ambrose M Matthew, TenomJune 18, 2011 at 7:09 PM

    Syabad Datuk,

    Sebenarnya isu Perjanjian Malaysia sudah lama terbatal dan memang telah pun disedari oleh pemimpin2 cendikiawan Sabah dan Sarawak selama ini. Tetapi bila sahaja pemimpin kita suarakan, pastilah pintu tahanan ISA Kamunting terbuka luas.

    Kita bukan takut sebenarnya, tetapi kalau seseorang itu yg membela hak Sabah dan Sarawak sudah berada didalam Tahanan dia tidak berdaya lagi utk lakukan sesuatu termasuk menyatakan tujuannya dan haknya mengikut undang undang.

    Lain lah kalau dia diberi peluang dibicara secara terbuka supaya dia dapat membuktikan haknya dan menyatakan dengan jelas tuntutannya itu utk keadilan di Mahkamah

    ReplyDelete
  5. aKHIRNYA!!! Tahniah DatO.. Sejuat terima kasih daripada generasi muda sabah

    ReplyDelete
  6. congrats dato..
    baharu saja saya berdebat tentang hal sama seperti ini dgn isteri saya, semasa memandu. sampai sahaja di rumah, online facebook, trnampak pula link ini dipost oleh kwn2. wahh.. saya amat menyokong blog ini. kami sbg rakyat tulen sabah sarawak berhak mendapat hak saksama. kami berhak merasai apa yg tanah air kami ini mampu berikan. jika ditanya pasal undian mahupun sokongan rakyat, saya yakin 100% akan disokong oleh rakyat sabah sarawak. terima kasih dato. semoga usaha dato dapat memberi kesedaran kepada mereka yg terlibat. :)

    ReplyDelete
  7. Inilah masanya semua Sabahan harus bangkit, menyokong, bersatu dan berjuangan menuntut hak kita. Bebaskan tanah air ini dari cengkaman penjajah baru iaitu MALAYA! Wujudkanlah impian kita semua untuk mendirikan sebuah negara Republik yang benar-benar merdeka dan berdaulat.

    ReplyDelete
  8. saya sangat sokong..go for it Datuk..maju lah wahai rakyat sabah dan sarawak..banyakkn lagi usaha ke arah ini agar rakyat sabah dan sarawak sedar akan situasi yang berlaku sekarang..go 4 it..

    ReplyDelete
  9. congrats DATUK...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih tuan.....shalom...Tuhan Kristus Yesus melindungi tuan dalam segala usaha...! Amen!

    ReplyDelete