Search This Blog

Wednesday, June 22, 2011

PRU 13 Guna Sistem Biometrik?


Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing pada Selasa mengalu-alukan rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang.
 
"Sistem itu baik dan patut digunakan," katanya kepada Bernama di sini.
Bagaimanapun, Bumburing berkata SPR perlu terlebih dahulu membersihkan senarai pemilih daripada mereka yang disyaki sebagai pengundi hantu, terutama di Sabah.

"Ini kerana penggunaan sistem biometrik tidak boleh menjamin keadilan dalam pengundian sebab seseorang pendatang asing tanpa izin mungkin memegang lebih daripada satu MyKad dengan nama yang sama, tapi nombor yang berbeza, yang akan membolehkannya mengundi jika namanya ada dalam senarai pemilih," kata beliau.

Bumburing berkata demikian untuk mengulas kenyataan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya semalam bahawa suruhanjaya itu merancang menggunakan sistem biometrik untuk membolehkan urusan pengesahan pengundi pada pilihan raya umum akan datang dilaksanakan secara elektronik.

Abdul Aziz dipetik sebagai berkata bahawa SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dalam penggunaan sistem berkenaan, yang kini digunakan dalam urusan pengesahan pengenalan diri warga asing.

Jabatan Imigresen juga menggunakan sistem itu di semua pusat pemeriksaan keluar masuk ke negara ini untuk mencegah jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke Malaysia.

Bumburing berkata sekiranya sistem itu diperkenalkan, ia mestilah merupakan suatu sistem bersepadu yang boleh menjamin terlaksananya prinsip "setiap orang hanya satu undi".

"Semua orang tahu Sabah bergelut dengan masalah pendatang asing tanpa izin sejak sekian lama. Sebab itulah, kita perlu berhati-hati sebelum memperkenalkan sistem biometrik ini," katanya. 

(BERNAMA)

12 comments:

  1. How can we make sure that the election is more transparent?

    ReplyDelete
  2. diharap SPR dapat membersihkan pengundi-pengundi hantu yang dikaitkan dengan PATI.

    ReplyDelete
  3. Mungkin ini satu permulaan yang positif untuk mengatasi masalah pengundi hantu.

    ReplyDelete
  4. Pastikan sistem ini tidak mempunyai kelemahan yang major dan mempengaruhi PRU yang akan datang.

    ReplyDelete
  5. Harap semuanya berjalan dengan lancar semasa PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  6. Kalau semua mahu mennag dengan cara adil rasanya tak perlu guna sistem biometrik pun dah memadai.

    ReplyDelete
  7. Apapun semoga pru13 berjalan lancar tanpa sebarang penipuan berlaku.

    ReplyDelete
  8. jika ianya boleh memastikan pilihanraya berlangsung dengan lebih lancar dan adil, tidak salah jika ia digunapakai.

    ReplyDelete
  9. sistem ini sesuai digunakan bagi memastikan pilihanraya brjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
  10. SPR mesti mencuba terlebih dahulu penggunaan Biometrik ini. PRU13 adalah PRU yang bertuah kerana dikenalkan dengan sistem terbaru yang mudha dan susah untuk ditembusi oleh pengundi hantu.

    ReplyDelete
  11. pilihanraya umum bukan satu peristiwa yang boleh dipandang remeh. so apa sahaja keputusan mesti dinilai baik buruknya terlebih dahulu sebelum digunakan patu waktu pilihanraya.

    ReplyDelete
  12. Baik tunggu dan lihat bagaimana sistem ini akan digunakan.

    ReplyDelete