Search This Blog

Tuesday, August 23, 2011

DAP mungkin bermimpi tawan Kemabong


Oleh: MEDIA SAPP TENOM 

KEMABONG,Ogos 23: Ketua Peti Undi SAPP Mukim Rundum Palipus Ampasu 50, menafikan dengan sekeras kerasnya penglibatan beliau terhadap aktiviti DAP dikawasan disini dan menyifatkannya sebagai satu spekulasi semata mata yang bertujuan untuk melemahkan keyakinan parti terhadap beliau dan seterusnya memecahbelahkan para penyokong SAPP Kemabong.


Tegasnya, beliau percaya taktik kotor itu sengaja dirancangkan oleh kumpulan yang tidak bertanggung jawab dengan niat tertentu lebih lebih lagi pilihanraya umum kali ke-13 semakin menghampiri tarikh pembubarannya yang akan dilakukan pada bila bila masa dari sekarang.

“ Saya dan ahli ahli SAPP disini tetap tidak berganjak kerana SAPP merupakan sebuah parti tempatan yang perlu disokong untuk mencapai matlamatnya membentuk kerajaan baru selepas PRU13,” kata beliau ketika dihubungi untuk mendapatkan pengesahan spekulasi itu pada Selasa.

Palipus berkata demikian ketika mengulas desas desus yang tersebar luas sejak akhir akhir ini bahawa beliau kononnya berkemungkinan akan berpindah ke parti DAP bersama seorang lagi pemimpin muka baru berkelahiran didaerah disini dimana mereka dijangka akan menemui pemimpin veteran DAP Kebangsaan Lim Kit Siang semasa pemimpin veteran itu berkunjung ke Kuala Tomani pada September 3, 2011.

Bagaimana pun, Palipus menolak dakwaan itu secara total kerana perjuangannya tetap tidak berubah selagi konsep perjuangan SAPP yang sudah sebati dalam sanubarinya begitu yakin dan tegas akan memperjuangkan hak hak rakyat Sabah sepertimana yang termaktub dalam dokumen 20 Perkara berteraskan “Sabah for Sabahan”.

“ Bagaimana rakyat Kemabong yang 90 peratus majoritinya penduduk suku Murut boleh menerima DAP sebuah parti luar Sabah yang berkonsepkan perjuangan untuk membela nasib kebajikan masyarakat Cina? “ tanya beliau.

“Jikalau dikawasan bandar bandar ada rasionalnya…tetapi disni kawasan luar bandar? Mungkin juga DAP sedang dilamun mimpi indah kerana terlalu berangan angan…sedangkan cawangan dan pejabat pun tiada. (jadi)…apa asas dan buktinya DAP boleh letak calon disini,” tambah Palipus lagi.

Palipus seterusnya berkata, rakyat disini memang terkenal dengan gaya kemesraan dan sopan santunnya dimana sesiapa sahaja yang datang melawat rakyat disekitarnya akan melayani mereka namun kesempatan itu (kemesraan) janganlah pula ianya dianggap rakyat sudah bersetuju menyertai DAP.

“ Kita ibaratkan kalau mahu meminang seseorang gadis, takkan lah kita terus jatuh cinta jikalau tak kenal…inikan pula ahli DAP pun belum, cawangan pun tiada, macam mana boleh katakan kita sudah masuk DAP…nanti orang label kita ‘gila politik’ pula,” tambahnya lagi.

46 comments:

  1. Sudah nak tahu siapa rakyat akan menyokong sebab rakyat akan melayan mesra sesiapa pun yang datang melawat mereka.

    ReplyDelete
  2. Baik kita tunggulah PRU_13 untuk mengetahui pilihan raykat.

    ReplyDelete
  3. DAP mmg tiada peluang di Kemabong.

    ReplyDelete
  4. dakwaan yang tidak berasas. pasti ada yang tidak senang dengan kerjasama yang akan dilakukan oleh SAPP dan Pakatan.

    ReplyDelete
  5. tidak mungkin beliau akan berpindah parti ke DAP. semoga perkara ini tidak menjejaskan perjuangan SAPP Kemabong.

    ReplyDelete
  6. DAP adalah parti dari seberang dan parti cina. Janganlah kita bumiputra Sabah ditipu dan diperbodohkan oleh parti cina malaya nie.

    ReplyDelete
  7. Mereka harus mengetahui kelebihan dan kelemahan mereka jika ingin menawan sesuatu tempat.

    ReplyDelete
  8. Ada peluang atau tidak hanya penduduk dikemabong sahaja yang dapat menentukan.

    ReplyDelete
  9. Tapi apapun usaha tangga kejayaan. Semua parti yang bertanding harus bekerja keras untuk menawan hati penduduk sekitar dan pastikan anda melakukannya dengan ikhlas.

    ReplyDelete
  10. selama ini DAP memang tiada pengaruh pun di Kemabong...

    ReplyDelete
  11. apa pun, nampaknya semua parti pun berusaha mendapat sokongan sekarang ni..

    ReplyDelete
  12. Bukan tiada peluang tetapi secara jujurnya, agak sukar bagi DAP menawan Kemabong.

    ReplyDelete
  13. PRU 13 semakin hampir. Semua parti pun berusaha nak meraih sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  14. Palipus must show his loyalty to SAPP in order to deny the allegation on him.

    ReplyDelete
  15. DAP memang bersikap begini..tidak tahu malu..ingat dia tu besar sudah suka2 mahu dapat kemabong..

    ReplyDelete
  16. rakyat di kemabong harus membuat pilihan yang tepat agar kawasan mereka dapat dibangunkan..

    ReplyDelete
  17. bukan mudah untuk DAP menawan Kemabong. apapun, itu terpulang pada penduduk Kemabong untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  18. 'Gila politik' hati2. jangan sampai kena kasi label gila politik.

    ReplyDelete
  19. Undi adalah rahsia. DAP jangan cepat meramal.

    ReplyDelete
  20. tiada cawangan, tiada pejabat & tiada calon di Kemabong.LOL. Macam mana mahu bertanding.

    ReplyDelete
  21. wakakakakakakaka who cares brother?? no matter what you do, SAPP & DAP will going to exist la...

    Just keep serving the rakyat & working, don't try to have some cheap publicity like this, you are no one...nobody knows you outside Tenom, maybe even in Keningau...

    Anyway i have a good LOL after reading this news...

    ReplyDelete
  22. Politik sukar diramal jadi kita sepatutnya tunggu dulu.. hehe

    ReplyDelete
  23. Apapun, semuanya terpulang pada rakyat. Kuasa ada ditangan kita dan buatlah apa yang patut.

    ReplyDelete
  24. Jadi nilailah dengan bijak dan dan buatlah pilihan yang tepat next GE nanti.

    ReplyDelete
  25. tanda2 awal.. pakatan dan sapp tidak boleh bekerjasama..

    ReplyDelete
  26. Bukan SAPP cakap akan bersama-sama dengan PR? Kenapa mereka berbut kerusi di Kemabong pula? Maksudnya SAPP dan PR memang tidak sefahaman. Jika tidak sampai bila SAPP mahu mendapat kerusi nanti.

    ReplyDelete
  27. Rebutan kerusi Kemabong antara DAP dan SAPP telah bermula. Mari kita saksikan siapakah yang layak untuk kerusi ini.

    ReplyDelete
  28. Saya mau bercakap benar dalam isu ini sebabnya saya orang Kemabong. Setahu saya ini DAP tiada apa2 pengaruh di Kemabong yg majoritinya org kami Murut. Yg saya tahu ada satu pemimpin dap bergelar DR tapi kadang2 dia bilang dia professor dia datang seorang diri masuk kampong keluar kampong siap dengan kameranya. Lepas itu dia bergambar dgn org kampong dgn tidak bagitau apa tujuan dia, tetapi akhir2nya dia masuk news dia kata ini penyokong dap. Inilah senario yg berlaku sebenarya.

    ReplyDelete
  29. Ansuku, Kemabong said...August 25, 2011 12:58 PM

    jangan bimbang brother, itu news tak ramai orang baca juga, lagi orang ada fikiran nak beza mana yg betul, mana yg tidak betul...yg penting orang2 kampung di kawasan kamu tahu dalam hati mereka siapa mereka sokong...

    tak payah nak masuk2 news dengan berita2 picisan & ulangan2 isu lepas...orang dah muak nak baca...

    ReplyDelete
  30. Kita rakyat Sabah mesti TOLAK parti import cina DAP dari seberang! Kita mesti sokong parti SAPP untuk mengembalikkan otonomi untuk sabah!

    ReplyDelete
  31. Saudara ongkol...cubalah kalau kita yang kena bikin macam kami orang Kemabong suka2 saja pemimpin lain yang tidak kena mengena dan tidak pun kami kenal tiba2 datang ambil gambar masuk news mengatakan orang Murut Kemabong sudah sokong DAP pada hal tidak pun kami masuk DAP. Kami tahu juga batasan yang dia boleh buat dengan kami tapi kalau sudah masuk news satu dunia pun tahu, nah! berapa malu kami? Kalau bangsa kami ikut adat dulu2 dia kena bayar sogit itu. Kami bukan larang dia kasi perkenalkan parti dia atau buka cawangan diKemabong tapi buatlah betul2 secara sopan dan beradap macam parti lain seperti Umno,UPKO,PBRS,PKR dan SAPP semuanya melalui perundingan yg betul bukan main tutut mata macamlah kami ini Murut palui tidak ada maruah dia buat.

    ReplyDelete
  32. biasalah parti cina dap dari seberang selalu memperalatkan orang kampung untuk publicity murah.

    Orang kita jangan diperbodohkan oleh parti import dari malaya lagi. Orang kita percaya kita BOLEH dan lebih pandai menakbir negeri kita sendiri dan sudah berbukti dalam 1970 sabah adalah negeri terkaya di malaysia.

    parti malaya hanya mahu merampas hasil bumi kita.

    ReplyDelete
  33. tak kira siapa yang menang dalam PRU-13 nanti, pastikan janji-janji anda kepada rakyat akan dipenuhi dan bukannya sekadar janji kosong.

    ReplyDelete
  34. biarlah rakyat yang menentukan nasib parti dalam pilihanraya akan datang

    ReplyDelete
  35. kalau BN nak menang, pastikan rakyat dapat diyakinkan terlebih dahulu, kerajaan mesti jujur dalam matlamat mereka iaitu membangunkan Sabah dan memberi bantuan kepada rakyat miskin.

    ReplyDelete
  36. pastikan PRU akan datang, tidak ada 'phantom voters' yang terlibat

    ReplyDelete
  37. Seharusnya kami bersikap positif terhadap semua parti.. SAPP ke.. DAP ke.. sebenarnya tiada beza langsung, yang beza hanya misi, usaha & dedikasi parti terhadap rakyat je.

    ReplyDelete
  38. Betul kata Anonymous.. memang tidak penting parti mana yang menang, yang diperlukan adalah sama ada mereka menjalankan tugas dan janji-janji kepada rakyat sahaja.

    ReplyDelete
  39. Tidak harus bersikap prejudis.. Kami rakyat Malaysia, tidak harus dibezakan dengan kaum dan bangsa.. Yang penting adakah wakil rakyat tersebut bertanggung jawab dan sanggup berusaha untuk rakyat.. Warna kulit tiada kaitan langsung..

    ReplyDelete
  40. Pandai-pandai lar rakyat menilaikannya. Undi dengan hati yang buka, menilai dengan hati siapakah yang sebenarnya boleh buat kerja dan bersuara untuk anda semua?

    ReplyDelete
  41. Semua ada peluang yang sama dan adil.. Usaha lagi!

    ReplyDelete
  42. Persaingan SAPP & DAP merubut kerusi bermula.. Tiada masalah adanya persaingan supaya parti ni sering berfungsi dengan baik dan mantap.. kami menantikan keputusan.

    ReplyDelete
  43. Sokong kata Peng Sen.. memang tiada bezza semua parti di Malaysia. Cuma kelakuan, usaha, tanggung jawab dll yang membezakan mereka. Kami perlukan wakil yang betul berdedikasi dan ssnggup berusaha untuk rakyat.

    ReplyDelete
  44. Do your best with your strenght.. improve your limitation also.. We all have our own idea about those party.. we judge by your work and dedication to the people. How many among them really put effort and work hard for the people? Sometime what I see is only scream hard their slogan but do nothing..

    ReplyDelete
  45. harap mereka yang terpilih menjadi wakil rakyat di tempat masing2 menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan lagi dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat.

    ReplyDelete
  46. Soal pandai atau tidak terpulanglah kepada anak jati Kemabong khususnya suku Murut yang majoriti dikawasan itu harus diberi peluang menjadi wakil rakyat mereka adalah lebih bagus kerana kalau kesukuan lain dia tidak tahu menilai dan bertindak apakah kemahuan mereka.

    Takkan lah pula kita undang atau import pemimpin politik dari Amerika bertanding diKemabong hanya kerana dia seorang pemimpin berkelas satu.

    ReplyDelete