Search This Blog
Tuesday, August 23, 2011
Datuk Radin Malleh bersara politik?
PRESIDEN Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan meminta Datuk Radin Malleh agar terus memimpin Bahagian PBS Melalap dimana khidmat beliau masih diperlukan oleh parti serta masih relevan malah beliau masih mendapat sokongan diperingkat akar umbi.
Kemenangan tanpa bertanding adalah jelas membuktikan bahawa rakyat dikawasan Melalap dalam daerah Tenom masih memerlukan perkhidmatannya untuk terus memacu kecemerlangan PBS pada PRU13 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Malahan Tan Sri Pairin menyifatkan pengumuman persaraan Datuk Radin Malleh berkenaan dengan hasratnya itu sebagai sesuatu yang mengejutkan sambil berkata
“ Sebentar tadi, kita juga telah mendengar penyokong penyokong beliau telah bersuara kuat dan telah memilih Datuk Radin Malleh sebagai Ketua Bahagian tanpa bertanding,”.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri berkata demikian dihadapan kira kira 2,000 perwakilan dan pemerhati parti itu semasa mesyuarat tahunan PBS Bahagian Melalap di kediaman Datuk Radin Malleh diKg Makakumpai pada Ahad.
Tegasnya, pengumuman tersebut tidak kena pada masanya dimana selepas ini parti akan menyuarakan supaya beliau bukan sahaja akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian PBS tetapi juga akan dicadangkan supaya beliau dicalonkan untuk bertanding pada Pilihanraya Umum akan datang di kawasan N35 Melalap.
“Jadi, kenyataan saya ini sudah tentunya agak bertentangan dengan kenyataan beliau itu”, jelasnya sekaligus menyangkal kemungkinan untuk Datuk Radin Malleh mengundur lebih awal sambil menambah...“Itu jauh lagi bah...dan itu terpulang kepada semua.”.
“Kerana saya tahu kita semua ini telah berjuang untuk kepentingan rakyat selama ini. Saya ini pun bersemangat juga, ada juga kemungkinan (untuk bersara) di masa-masa hadapan....tetapi tidak tahu bila” tegasnya secara berseloroh.
“Tetapi kita ketepikan itu dahulu dan kita bersiap sedia dahulu untuk menghadapi pilihanraya,” tambahnya.
Adalah kerana Perdana Menteri sendiri mengatakan pilihanraya akan dialakukan pada bila-bila masa, mungkin tahun ini, tahun depan ataupun tahun 2013, semua ini ada kemungkinan dan hanya Perdana Menteri sahaja tahu., tegas beliau.
“Saya dan Datuk Radin berjuang bukan berseorangan, kita berjuang bersama-sama dengan penyokong yang percaya dengan tujuan perjuangan kita, PBS akan terus relevan dalam perjuangan dalam kepentingan negeri dan rakyat,” jelasnya.
Beliau menegaskan bahawa, selama ini parti tidak pernah mundur daripada perjuangan, mahupun luntur daripada perjuangan untuk rakyat bagi memperbaiki keadaan dan sememangnya perjuangan telah dilalui bukan mudah tetapi mengharungi pelbagai dugaan dan halangan.
“Apabila kita berlayar di lautan yang biru, di sebelah pagi laut tenang, tetapi kemungkinan di sebalah petang boleh berlaku ombak, jadi begitulah juga dengan perjuangan kita selama ini dan seterusnya, memang sahaja cabaran-cabaran yang perlu dihadapai, dan apabila kita menghadapi ombak yang bergelombang sama ada tinggi atau rendah, kita tahu destinasi kita, dan kita akan terus kuat bekerja untuk mencapai matlamat itu seupaya kita sampai ke destinasi yang dituju bersama-sama,” tegasnya.
Selain itu beliau turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan bagi pihak parti kepada penyokong parti khususnya di Kawasan N35 Melalap ini yang kuat memberi semangat kepada kepimpinan Bahagian dan seterusnya kepada pusat.
Malahan beliau menganggapnya sebagai ucapan penghargaan kepadanya sebagai presiden parti dan beliau terima dengan penuh keterbukaan memandangkan beliau masih lagi memegang jawatan tertinggi parti PBS.
Mengenai spekulasi bahawa pilihanraya yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa, tambahan pula bahangnya semakin dirasakan semua pihak beliau berkata,
“ Memanglah beliau mempunyai banyak perkara yang perlu diambil kira (dalam menentukan tarikh pilihanraya), dan satu perkara yang perlu diambil kira apabila kita melakukan piliahnraya umum, ada empat negeri (pembangkang) yang tidak akan ikut jika piliahnraya umum diadakan serentak dengan pilihanraya negeri,” tegasnya.
“Pembangkang sudah tentunya tidak mahu ikut dan mereka akan memerintah menghabiskan mereka punya tempoh , jadi ini satu masalah yang erlu diambil kira. (Jadi), jika itu yang berlaku, sama ada itu adalah sesuatu yang baik untuk mengadakan pilihanraya serentak, kerana situasi sekarang ini empat negeri berkenaan kemungkinan tidak akan turut serta dalam pilihanraya umum itu kelak,” tambahnya lagi..
“Atapun, mungkin juga pilihanraya akan diadakan sehinggalah ke tahun 2013, dan apapun ini adalah satu teka-teki sahaja,” katanya.
Justeru, beliau mengajak semua hadirin khususnya ahli ahli PBS supaya menguatkan jentera di semua peringkat bermula di peringkat cawangan untuk mempastikan kemenangan calon Barisan Nasional dalam pilihanraya itu akan tercapai.
Terdahulu, Ketua Bahagian PBS Melalap yang menang tanpa bertanding Datuk Radin Malleh mengejutkan hadirin apabila beliau mengumumkan persaraannya setelah menghabiskan penggal akhirnya bagi tahun 2012-2014 menjadikan perwakilan dan pemerhati riuh seketika.
Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PBS dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri membuat pengumuman ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Bahagian pada Mesyuarat Agung Tahunan yang Ke-26 PBS Bahagian N35 Melalap yang diadakan di rumah kediamannya di Kampung Mangkakumpai.
Radin yang menjadi wakil rakyat selama tiga penggal sejak tahun 1994 dan memegang jawatan sebagai Naib Presiden PBS memegang jawatan Ketua Bahagian sejak menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan.
“Ini adalah penggal terakhir saya sebagai Ketua Bahagian dan selepas memegang tanggungjawab sebagai Ketua Bahagian untuk Sesi 2012/2014, saya akan bersara”,
Turut hadi di majlis itu, Timbalan Presiden Parti, Almuddin Kaida, Ketua Penerangan Datuk Johnny Mositun, Ketua Pergerakan Pemuda Datuk Jahid Jahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kiulu Datuk Louis Rampas.
Selain itu beliau berkata, “Walaupun sudah bersara kelak saya akan tetap menjadi penyokong kuat PBS...saya banyak terhutang budi kepada Parti dan lebih-lebih lagi kepada Presiden, jasa beliau tidak tetap akan saya kenang sepanjang hayat”,
“Hutang duit juga banyak, dan saya harap Presiden tidak akan minta bayar”, katanya lagi sambil berseloroh.
Oleh: FRANCIS AU
1. Gambar PAIRIN MENIUP LILIN – Kelihatan TS Pairin sedang meniup lilin simbolik perasmian , manakal Radin (kanan) memerhatinya.
Labels:
PBS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mungkin pengumuman Datuk Radin itu sebagai satu sandiwara politik lagi kerana beliau sudah tahu pengundi2 Dun Melalap sudah bosan dengan gaya perkhidmatannya kpd rakyat..terlalu merosot!
ReplyDeleteAll the best to Datuk Radin Malleh, whether he chose to retire or not.
ReplyDeleteHope that his plans to retire will not affect PBS.
ReplyDeleteBila tiba masanya, beliau akan bersara.... tidak perlu mempertikaikan keputusan beliau, kerana kita semua mempunyai pilihan masing2.
ReplyDeleteSudah masanya untuk PBS mencari dan melatih siapa2 yang layak untuk mengantikan beliau selepas persaraannya.
ReplyDeletePastikan yang akan mengantikan beliau, calon tersebut pasti sama hebat atau lebih hebat daripada beliau.
ReplyDeletekalau masih mendapat sokongan rakyat, apa salahnya untuk terus berkhidmat?
ReplyDeletejika dia nak bersara itu keputusannya walaupun khidmatnya masih diperlukan.
ReplyDeletePBS masih lagi relevan..buktinya sokongan rakyat yang tidak pernah putus..
ReplyDeletejika beliau mengambil keputusan untuk bersara, PBS harus memastikan pengganti datuk radin seorang yang benar2 berkelayakan untuk emneruskan perjuangan PBS.
ReplyDeleteapa2 pun, teruskan perjuangan PBS...
ReplyDeleteKetua bahagian tanpa bertanding? wow, boleh tahan. harap2 perkidmatan sentiasa mantap.
ReplyDeletekita lihat kesan perubahan kepimpinan dalam PBS Melalap pada PRU nanti setelah ketiadaan Datuk Radin.
ReplyDeleteSekiranya khidmat masih diperlukan agak susah mahu bersara.
ReplyDeleteSebelum pengumuman rasmi tarikh PRU, harap2 PBS bekerja keras lebih memperkukuhkan jentera. Diharap juga kerja keras tu akan terus kekal biar pun selepas PRU.
ReplyDeleteyang jelas isu ini adalah pancingan kepada perkara lebih besar yg bakal datang. saya setuju dgn titikas. politik memangnya politik juga. kita semua tahu, politik adalah pentas yg kotor dan dipenuhi dgn tipu daya. siapa boleh menafikanya? bukitikan saya salah.
ReplyDeleteLetak jawatan terus lah apa lagi tunggu 2014.
ReplyDeleteBersara atau tidak, keputusan di tangan Datuk Radin sendiri. Bila tiba masanya untuk beliau bersara, kenyataan rasmi tentu dibuat.
ReplyDeleteMenang tanpa bertanding itu satu bonus. Yang penting tanggungjawab kepada rakyat harus dipikul dengan penuh dedikasi. Bukan sain dokumen saja. Setiap wakil rakyat kena rajin turun padang tengok keadaan penduduk di kawasannya. Diharap Datuk Radin sudah buat yang terbaik sepanjang tempoh menjadi wakil rakyat..
ReplyDeleteKalau beliau bersara, bolehlah membuka ruang kepada bakal wakil rakyta yang lebih muda.
ReplyDeletesokong dengan kendall J mungkin kalau dalam bola sepak PBS melalap di wakili oleh ayam tua,macam tidak ada pelapis yang berwibawa,mungkin saya respact dengan UPKO dimana ketua bahagian sehingga ke naib dan sebahagian ajk nya mempunyai kelulusan dari IPTA,lihat saja ketua bahagian kelulusan PHD dan timbalan geraduan dari UMS termasuk lah Naib dan setiausaha bahagian nya semua geraduan dari IPTA,kita mahu begini supaya dapat merancang apa keperluan rakyaat.....
ReplyDeleteYa kan Titikas Melalap. Gimik la katakan. hehe
ReplyDeleteApa yang penting sekarang ni, selagi masih bergelar pemimpin buatlah kerja sebaik mungkin. Kepntingan rakyat harus diutamakan.
ReplyDeleteSo bersara atau tak biarlah datuk radin sendiri yang putuskan.
ReplyDeleteSetuju dengan Kendall J. Persaraan beliau akan memberi ruang pada generasi yang lebih muda untuk memimpin.
ReplyDeleteNamun terpulanglah pada rakyat untuk menentukannya. Kalaupun Datuk Radin bersara tapi masyarakat disana masih mahukannya jadi pemimpin konpom dia tetap akan dicalonkan semula.
ReplyDeleteitu terserah kepada beliau sendiri. namun dilihat beliau masih lagi mendapat sokongan..
ReplyDeletebagus lagi bersara dari jadi katak..
ReplyDeleteBetulkah beliau mahu bersara? Rasanya perkhidmatan beliau masih diperlukah dalam PBS.
ReplyDeleteKeputusan ditangan beliau untuk meneruskan ataupun sebaliknya. Tidak ada larangan untuk semua ini.
ReplyDeleteMay be Datuk Radin Malleh think it is a rigth time for him to retire. We should respect his decision, but before his retirement, make sure replace with right candidate that can manage the team and party and strike the best for the people.
ReplyDeleteMemang satu kebiasaan orang baru akan menggantikannya. Moga-moga semua yang terbaik atas pimpinan orang baru yang berpotensi tinggi, berkalibar dan berdedikasi untuk parti dan rakyat tersebut.
ReplyDeleteKami perlu darah baru di PBS..
ReplyDeleteBerterima kasih ke atas perkhidmatan dan usaha Datuk Radin selama ini.. Kami seharus menghormati keputusan beliau.. jika beliau berkeputusan tidak bersara akhir-akhirnya, tetapi memang masa yang betul untuk mencari calon yang paling sesuai untuk menggantikan Datuk dan berusaha lagi untuk rakyat.
ReplyDeleteUsaha dan berpaduan antara semua ahli PBS adalah amat penting untuk mencapai kemenangan di PRu akan datang, yang penting, rakyat perlu diutamakan.
ReplyDeleteSiapakah penggantinya?
ReplyDeleteReally true Kim, we need new blood.. new generation will replace the current also.. These is something really common in politics..
ReplyDeleteWe respect Datuk Radin Malleh decision. He will do the best for himself. Make sure he get right candidates to replace him.. but who? Any idea? Hope PBS will do the same and dedicate the best for the people right and voice for the people.
ReplyDeleteI respect his decision.
ReplyDeleteBeliau rasa telah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal.
ReplyDeleteI wish him all the best.
ReplyDeleteSemoga dia dapat mencari ketenangan.
ReplyDeleteTan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan patut ikut jejak langkah yang dibuat oleh Datuk Radin Malleh.
ReplyDelete