Search This Blog

Tuesday, August 23, 2011

Usah pertikai kewibawaan SAPP menerajui Sabah

Kota Kinabalu: Sudah tiba masanya rakyat Sabah mengubah persepsi dari terus membuat perbandingan di antara zaman PBS dan kerajaan dalam penantian.
Sebaliknya rakyat Sabah harus percaya pada kebijaksanaan dan kewibawaan parti tempatan memimpin kerajaan negeri.

Setiausaha Penganjur SAPP, Jamain Sarudin berkata, tohmahan dan kata-kata kesat yang dilemparkan pada masa ini, kononnya SAPP jika membentuk kerajaan takkan berjaya tanpa Federal hanya retorik yang sengaja diada-adakan untuk memesongkan pemikiran rakyat terutama dari rakan pembangkang sendiri. Jelas ianya menghina anak-anak Sabah dan seolah-olah tahap pemikiran, pendidikan dan kewibawaan orang Sabah masih ditahap rendah yang tak mampu berdiri di kaki sendiri.

Mengambil contoh kerajaan pembangkang di semenanjung Malaysia hari ini masih mampu mentadbir negeri mereka tanpa bantuan Federal kerana anak negeri mereka yakin akan dapat berbuat demikian. Anak Kedah yakin terhadap kerajaan Pas di Kedah, demikian juga anak Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Jika bukan kerana ADUN DAP & PKR melompat parti, kemungkinan Perak masih diperintah oleh Pakatan ketika ini. Sekiranya anak negeri sendiri tiada keyakinan, maka keadaan yang sama bakal dialami sama seperti sekarang apabila Sabah menjadi tunggangan Putrajaya. Tidak mempunyai kuasa autonomi untuk memerintah dan membuat keputusan terhadap negeri sendiri sebaliknya setiap keputusan perlu mendapat keizinan 'tuan besar'.

Jamain yang juga Naib Ketua Pemuda Nasional berkata, parti pembangkang seharusnya memusatkan serangan untuk menentang Barisan Nasional dan bukannya terhadap sesama rakan. Sikap sesetangah pemimpin dan ahli dari pembangkang yang mengapi-apikan pelbagai isu seperti SAS dengan menyalahkan dan menuduh Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee jelas menunjukkan tahap pemahaman dan pengetahuan rakan pembangkang terlalu cetek dan lemah. Ini menunjukkan bahawa kewibawaan mereka amat rapuh dan seolah-olah berada di belakang Barisan Nasional.

Beliau menjelaskan, kedua-dua wakil rakyat yang mewakili SAPP Datuk Liew Teck Chan (Likas) dan Melanie Chia (Luyang) telah berulang kali meminta agar Dewan Undangan Negeri meluluskan usul pengeluaran Kertas Putih (white paper) berkaitan SAS bagi membolehkan dokumen-dokumen tersebut menjadi tatapan awam. Seharusnya ahli dan pemimpin pembangkang lebih tahu bahawa sesuatu dokumen kerajaan tidak boleh di dedah sewenangnya kerana ada akta rahsia rasmi yang menghalangnya atau anda bakal menghadapi tindakan undang-undang.

Sebagaimana diketahui umum PKR, DAP dan PAS di Sabah tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan sebarang keputusan parti, maka Jamain menggesa agar Kepimpinan Parti-parti di dalam Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur (PKR, PAS & DAP) agar mengawal tindak-tanduk pemimpin dan ahli-ahli mereka di Sabah jika tidak mahu dianggap sebagai barua dan ejen kepada Barisan Nasional.

55 comments:

  1. Biar rakyat yang menentukan siapa yang bakal memimpin negeri Sabah.

    ReplyDelete
  2. Baik kita tunggulah PRU untuk membuat keputusan kita.

    ReplyDelete
  3. jika Sabah diberi kuasa autonomi pasti pembangunan di Sabah pasti akan dapat dipercepatkan.

    ReplyDelete
  4. terpulang kepada rakyat untuk memilih parti mana yang dipercayai dapat memperjuangkan hak2 dan kepentingan mereka.

    ReplyDelete
  5. rakyat tau memilih parti mana yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  6. betul tu samanda, biar rakyat yang tentukan kerana rakyat tahu apa yang mereka mahukan.

    ReplyDelete
  7. Work hard to fulfill your dream.

    ReplyDelete
  8. It is not easy to win but it is not difficult to try!

    ReplyDelete
  9. sekarang ni semua parti pun berusaha untuk mendapat sokongan rakyat. biarlah rakyat menilai parti mana selama ini benar-benar berjasa dan bekerja untuk mereka.

    ReplyDelete
  10. Best of luck and after all, the people is the main actor here and your fate is in their hand!

    ReplyDelete
  11. GE 13th will be a tough one. Can't wait for it!

    ReplyDelete
  12. Dalam politik, macam2 cara digunakan untuk menjatuhkan pihak lawan. Jika mahu tambat hati rakyat, buktikanlah yang SAPP pun boleh.

    ReplyDelete
  13. PR di sabah memang tidak boleh pakai langsung...
    masing2 mementingkan diri sendiri..

    ReplyDelete
  14. jadi apa kekuatan SAPP untuk menerajui sabah?

    dan kenapa pula tidak boleh pertikaikan kewibawaan SAPP menerajui sabah? rakyat sabah bukan bodohlah..rakyat sabah tahu menilai...jadi apa salahnya rakyat sabah mempersoalkan kewibawaan SAPP untuk menerajui sabah?

    rakyat harus ada keyakinan dan kepercayaan..jika rakyat tidak yakin dan percaya kepada kewibawaan SAPP, maka rakyat tidak akan mengundi dan menyokong SAPP seperti mana yang berlaku sekarang..

    jadi, SAPP, jangan cuba mengajar rakyat sabah..

    ReplyDelete
  15. keputusan terletak di tangan pengundi..

    ReplyDelete
  16. jangan samakan sabah dengan negeri2 di semenanjung..ini kerana senario politik sabah dan semenanjung adalah jauh berbeza..kehendak rakyat sabah dengan semenanjung juga berbeza..sama ada SAPP mahu samakan mereka dengan PR di semenanjung, itu terpulang tapi yang pasti bukan SAPP yang menilai kewibawaannya tetapi rakyat sabah...dan terpulang kepada rakyat sabah untuk memilih kerajaan sabah pada masa PRU nanti.

    ReplyDelete
  17. bagaimana rakyat nak yakin dgn SAPP jika selama ini tidak nampak pun sumbangannya terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  18. The power of vote is in Sabahans hand.

    ReplyDelete
  19. Kesimpulannya, undi rakyat Sabah menentu parti mana yang memerintah.

    ReplyDelete
  20. Doubt is a new word for today.

    ReplyDelete
  21. Bagi saya yang penting adalah pemimpin yang jujur,bersih dan amanah.Seorang yang benci pada rasuah dan skim cepat kaya.Seorang yang sayangkan rakyat dan negeri dan mempertahankan kedaulatan negeri daripada di cabul oleh PATI dan memberi mereka kerakyatan mendadak.

    Kalau lah saya terjumpa pemimpin sedemekian saya rela berkorban nyawa untuk dia.

    Maaf saja kerana sekarang ini semua pemimpin Sabah tidak mempunyai ciri-ciri tersebut.

    ReplyDelete
  22. Banyak suda persaingan jadi pandai2 la.

    ReplyDelete
  23. what the heck...SAPP should stop make press statement on the sake of making a statement...theres no issues here, only repetition.

    concentrate on building a good relation with DAP first, if not, a 3-way fight will surely happen...

    ReplyDelete
  24. What the heck party malaya DAP doing here in Sabah? DAP should go back to malaya!

    ReplyDelete
  25. SAPP bullshit!Opportunists and idiots.

    ReplyDelete
  26. Terpulanglah pada individu untuk membuat pilihan.

    ReplyDelete
  27. Sampai masanya nnati, kita akan tahu juga tu siapa yang jadi pilihan rakyat. Jadi tunggu dan lihat saja nanti. hehehe

    ReplyDelete
  28. Yang pasti para pemimpin harus buktikan pada rakyat kemampuan mereka.

    ReplyDelete
  29. Party import from malaya Pakatan Rakyat Sabah is a RUBBISHES party!

    In 2008 Sabah election PR 1 VS 1 BN only won 1 seat in seri tanjung, tawau.

    This time Sabah people will send them back to malaya!

    ReplyDelete
  30. bila ada masalah di negeri2 yang ditadbir oleh pembangkang, pemimpin2 mereka akan cakap tugas itu dibawah kuasa persekutuan.. ini bermakna pembangkang juga memerlukan kerajaan persekutuan untuk menyempurnakan tugas2 mentadbir negeri..

    ReplyDelete
  31. Lots of issues are yet to be solved.

    ReplyDelete
  32. Bolehkah SAPP menerajui Sabah? Jika begitu kenapa SAPP mahu bersama dengan PAKATAN. Ini boleh menunjukkan sudah kelemahan yang ada pada SAPP itu sendiri. Meminta bantuan dengan parti lain. Macammana nanti mahu menerajui Sabah atau PAKATAN yang menerajuinya nanti SAPP dipijak sana sini.

    ReplyDelete
  33. Bukan pertikaikan tapi pertimbangkan.

    ReplyDelete
  34. Ok, so what should we do?

    ReplyDelete
  35. SAPP can close door.People know who the leaders are and they cannot be trusted.They are just a bunch of hooligans.

    ReplyDelete
  36. SAPP is capable to manage and govern Sabah alone. party malaya can focus on federal government.

    Simple logic.

    ReplyDelete
  37. BN and PR can get their boats back to malaya. Sabah do not need them to busybody in Sabah.

    Sabah people preferred local opposition party SAPP and YTL to lead Sabah.

    No doubt! Those party malaya puppets from sabah will envy of the YTL leadership bcos YTL is simply too good for them.

    ReplyDelete
  38. tak kira siapa yang menang dalam PRU-13 nanti, pastikan janji-janji anda kepada rakyat akan dipenuhi dan bukannya sekadar janji kosong.

    ReplyDelete
  39. kerajaan BN perlu menyakinkan rakyat bahawa mereka jujur dalam matlamat mereka iaitu membangunkan Sabah dan memberi bantuan kepada rakyat miskin.

    ReplyDelete
  40. biarlah rakyat yang menentukan nasib parti dalam pilihanraya akan datang

    ReplyDelete
  41. yang penting di PRU akan datang, biarlah pertarungan itu adil dan bersih semoga tidak ada penglibatan 'pengundi hantu'

    ReplyDelete
  42. kuasa autonomi untuk memerintah dan membuat keputusan terhadap negeri sendiri patut dipertimbangkan oleh kerajaan BN Sabah..

    ReplyDelete
  43. Rakyat akan buat penilaian terhadap semua parti.. Peluang dah bagi tetapi adakah semua boleh menunaikan janji mereka terhadap rakyat?

    ReplyDelete
  44. Betul kata Anonymous.. BN memang faham dan jelas dengan misi dan visi mereka terhadap rakyat dan negara. Walaubagaimanapun, semua ada peluang, kami menilai berdasarkan simple prinsip "do your work"..

    ReplyDelete
  45. Semua parti boleh buat "statement" yang cantik semasa PRU akan datang.. tetapi berapa antaranya menunaikannya? Rakyat akan menilaikannya dengan hati mereka, yang penting, PRU perlu bersih dan amanah.

    ReplyDelete
  46. Anonymous said...
    BN and PR can get their boats back to malaya. Sabah do not need them to busybody in Sabah.

    Sabah people preferred local opposition party SAPP and YTL to lead Sabah.

    We have to be a bit open minded even to other party like BN & PR.. We can't deny where the government contribute huge amount of money of RM1.4billion to maintain road and bridges, fixing damaged water pipes, forestry etc..

    Any party that contribute the bets to the people, guess they are the right choices.

    ReplyDelete
  47. Give them a equal chances to proven themself that they can also work and contribute more to the people. I can see BN work very hard to help the local and bring up the economy. Actually, its all about time only!

    ReplyDelete
  48. Tunaikan janji terhadap rakyat adalah penting. Kami berharapkan anda bersuara dan berusahan untuk kami.. Parti mana yang meminpin/menang memang tiada beza.. kami menilaikan anda semasa ke semasa.

    ReplyDelete
  49. Undian kami bukan untuk generasi kami sahaja tetapi untuk generasi muda yang akan datang. Sebab itu lar, kami kena undi dengan cermat dan nilaikan betul-betul siapakah yang berkebolehan.

    ReplyDelete
  50. Billy said...
    We have to be a bit open minded even to other party like BN & PR.. We can't deny where the government contribute huge amount of money of RM1.4billion to maintain road and bridges, fixing damaged water pipes, forestry etc..
    -------------------------------

    I reckon billy do not behave like a katak dibawah tempurung. Without Sabah natural resources, where the hell Federal government money came from?

    No doubt! party malaya either UMNO or PR breed a lot of TRAITORS from Sabah, sigh.

    ReplyDelete
  51. The people will need to vote wisely.

    ReplyDelete
  52. Election doesn't come always. SO when GE comes, its important for everyone who is qualified to vote, to actually come out and vote. Do it for the sake of Sabah. Vote for the best party

    ReplyDelete
  53. All party must show the people why are they worth to be voted. Fulfill every single promises that were made to the people. Do some action and not just talking.

    ReplyDelete
  54. Neway, i hope when election comes, it will be held fair and clean.

    ReplyDelete