PUTATAN: Landasan Keretapi baru yang beroperasi melintasi Pekan Putatan mengundang berbagai masaalah terutamanya dari sudut keselamatan dan kini menimbulkan masaalah para peniaga dan kesesakan lalulintas disebabkan perancangan tidak systematik tanpa kerjasama pihak-pihak yang berkuasa yang terlibat dalam pembangunan struktur Pekan Putatan.
Jalanraya masuk menuju blok kedai perindustrian ringan yang menjalankan perniagaan seperti tayar, hardware, accessories dan parts kereta dan klinik yang melintasi landasan keretapi tiba-tiba ditutup pihak Jabatan Keretapi tanpa berbincang dengan pihak-pihak lain yang terlibat dalam menentukan ala tuju pembangunan Pekan Putatan, kononnya bagi mengalakkan sebarang kemalangan yang mana pernah berlaku sebelum ini.
Bagaimanapun tindakan serupa ini mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati para pemilik kedai yang merasa terpinggir dan secara langsung perniagaan mereka umpama dibuka sebelah pintu sahaja, tidak seperti sebelum ini begitu terdedah dan mudah untuk dikunjungi pelanggan.
Setiausaha CLC SAPP Bahagian Putatan, Encik Zainerdin Simamah rasa terpanggil dan melihat sendiri tempat berkenaan dan usaha untuk menyelesaikan perkara ini tidak mustahil hanya perlukan kerjasama semua pihak seperti Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya , perlu berkunjung ke kawasan Perniagaan tersebut bukan berdiam diri membiarkan para peniaga menerima risiko hasil daripada perbuatan pihak tertentu yang hanya untuk mengaut keuntungan sendiri.
Pihak kami mencadangkan agar pembagi Jalanraya / sempadan diantara Bangunan Singer dan Grand Plaza Putatan (Lorong Grand Plaza Putatan 4) dapat dibuka bagi membolehkan kenderaan keluar/masuk dengan mudah ke tempat perniagaan ini tanpa berpusing balik keluar daripada tempat mereka masuk.
Sekiranya cadangan ini tidak sesuai diharap pihak Kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian dengan kadar yang segera.
Oleh Zainerdin Simamah, Setiausaha SAPP CLC Putatan
No comments:
Post a Comment